Dalam perjalanan kami Jemaah Aura Rezeki mempromosikan produk Garam Aura Rezeki ini banyak ranjau dan duri-duri yang terpaksa kami lalui dari seawal produk ini keluar menjemput pengguna untuk menggunakannya. Adalah perkara biasa permulaan sesuatu bisnes itu untuk menjadi lebih dikenali atau HOT produk. Jemaah pada masa itu tidak ramai macam sekarang, waktu itu hanya ada sebilangan Stokis Negeri dan Stokis Daerah termasuklah aku.
Rintangan yang dilalui oleh kami semua ialah macam-macam soalan yang negatif kadang-kadang membuat kami down. Antara soalan " Mengapa mintak pada garam? mintaklah pada Allah", " Percaya dekat garam ni KHURAFAT". " Tak baik bergantung pada garam". Macam-macam lagi kata-kata negatif yang membuat salah seorang jemaah kami menjadi turut negatif sama. Bukan kerana mengikut apa mereka kata tetapi kata-kata itu membuat rasa kecewa kerana niat jemaah ini ikhlas untuk membantu.
Sebenarnya pengguna mungkin tidak faham atau tidak tahu atau tidak mendengar penjelasan sampai habis, bukan dengar sekerat sekerat je terus buat keputusan. Bukan semua orang tahu garam bukit itu sendiri telah diturunkan oleh Allah sebagai ubat penyembuh kepada 1001 penyakit. Setiap penyakit ada ubatnya dan tugas kita mencarinya yang sesuai dengan penyakit kita. Andainya kita tidak mencuba bagaimana untuk kita mengetahuinya yang mana lebih baik untuk kita.
Sebagai contoh anda sakit kepala, dah tentu anda pergi Klinik untuk mencari ubatnya. Anda jumpa Doktor dan doktor memberi ubat Panadol, balik rumah anda makan Panadol 2 biji tiga kali sehari mengikut diskripsi yang diberi Doktor. Alhamdulillah sakit kepala anda sembuh dengan izin Allah. Sembuhnya Sakit Kepala bukan kerana doktor tetapi diizinkan Allah, Panadol itu hanya ASBAB sahaja, begitu juga dengan Garam Aura Rezeki yang telah diruqyah Assyifa sebagai asbab dan semua ubat atau apa-apa sahaja yang anda ambil atau guna adalah asbab sahaja dan kesembuhan datangnya dari Allah SWT. Anda makan, guna dan anda berdoa dengan izinnya dikabulkan.
Adakah mandi garam selama 21 hari berturut-turut itu susah bagi anda. Macam-macam alasan yang diberi "susahlah nak mandi sampai 21 hari, kadang tak sempat". " Nak mandi pagi-pagi pulak tu sebelum subuh", "Saya ni pagi-pagi tak mandi". Belum mula lagi macam-macam diberi alasan, walhal mereka berhajat dan amat perlukan , Syaitan lagi suka anda tak mandi garam kerana nanti anda menjadi lebih baik dan hilang seorang pengikutnya. Jemaah kami tidak memaksa anda membeli tetapi meyarankan untuk kebaikan anda. Mana tahu pertemuan anda bersama Jemaah kami telah diaturkan oleh Allah kerana Allah kabulkan permintaan anda dalam doa anda untuk menjadi insan yang lebih baik.
MENGAPA KENA MANDI 21 HARI?
Mandian Garam Aura Rezeki perlu dilakukan 21 hari kerana peredaran aura makluk hidup adalah 21 hari dan berputar mengikut pusingan jam atau seperti tawaf.
Jadi apabila kita sudah mulakan mandian garam , aura kita semakin membesar dan membesar dan menjadi cantik sebab itu perlu diteruskan 21 hari.
Bila kita terlupa, aura yang sedang mengembang akan menguncup dan tidak cantik kerana itu perlu diulang semula sehingga 21 hari.
Pusingan hayat sel juga adalah 21 hari. Mereka hidup dan mati. sebelum mati mereka akan "menyampaikan" info tentang khasiat garam kepada sel baru dan ia akan bertindak pantas "menasihatkan" badan dan positifkan pemikiran.
Jika sebaliknya berlaku, sel baru akan bertindak ikut imformasi lama.
Kerana itu mandian 21 hari harus diteruskan berturut-turut. Dari 1 sel }}} 1 tisu }}} 1 organ }}} 1 tubuh,
sel sihat maka tubuh sihat.
Adakah selepas 21 hari mandi Garam Aura Rezeki perlu diteruskan?
Jawapannya 'YA'
Kehidupan seharian anda dikelilingi bermacam-macam yang negatif, diri anda sendiri pun susah untuk mengawal dari emosi marah, ego, mengata dan sebagainya. Contoh yang paling senang (anak-anak membiarkan mainan diruang tamu) sambil kemas anda bermuka masam atau berleter, itu sudah dikira AURA anda sudah bocor. Betapa senangnya Aura anda bocor dan untuk menampalnya anda perlu meneruskan mandian Garam Aura Rezeki supaya AURA anda sentiasa cantik malah anda sendiri akan merasa segar dan tenang tiada stress.
Produk Garam Aura Rezeki semakin hot dan popular sekarang walaupun baru 6 bulan dipasaran, jualannya telah meningkat lebih pada 1 juta. Jemaah Garam Aura Rezeki telah bertambah setiap hari iaitu telah melebihi 100 orang termasuk Stokis Negeri, Stokis Daerah Stokis Mobile dan Dropship. Di Terengganu sahaja Stokis Daerah telah pun penuh. Begitu juga di daerah lain sedang memenuhi daerah-daerah yang masih kosong.
Alhamdulillah pembeli-pembeli kini memahami dan tahu apa itu Garam Aura Rezeki. Tahu pentingnya garam dalam membuang perkara-perkara negatif.
Garam Aura Rezeki adalah yang terbaik kerana ia telah diruqyah Assyifa' dan telah diadunkan dengan aroma Mawar Merah dan kelebihan yang mahal adalah ia dijiwai, mengguna hukum tarikan yang mana bila anda beri kasih sayang, sayang yang anda dapat, cinta, cinta yang anda dapat getaran terus ke jiwa...
boleh hubungi Rohati Ramlee melalui whatsapp, sms, call 0105487126
Boleh layari facebook https://www.facebook.com/pages/Garam-Aura-Rezeki/432577316916720
Anda juga boleh layari blog dibawah ini yang ditulis oleh mentor saya Sabree Hussin
http://www.sabreehussin.com/garam-aura-rezeki-rahsia-keajaiban-garam-mandian-assyifa/
Sunday, 23 August 2015
Friday, 21 August 2015
Guna Amalan Negatif Untuk Dapatkan Kebahagiaan
Mandian Garam Aura Rezeki Botol Ketiga
Disaat orang lain bersenang lenang dengan bersama suami dan anak, tapi Sima mengerang kesakitan seorang diri. Walaupun anak ada disisi tapi Sima tidak mahu membuat anak risau. Suami pulak jauh bekerja nun di Kemaman, mau tak mau Sima hadapi seorang diri.
Untuk melegakan hati dan perasaan Sima whatssap aku dan bercerita tentang sakit kepalanya yang amat sakit. Sehingga kadang-kadang tidak mampu untuk berjalan seperti biasa dan terpaksa merangkak untuk pergi ke bilik air untuk ambil air sembahyang, Sima terpaksa pergi klinik untuk mendapatkan suntikan supaya sakit kepalanya pulih. Tetapi Kesannya tidak lama, sakit kepala muncul kembali. Sakit kepala yang dialami ini berlarutan sehingga berminggu-minggu.
Aku tanya Sima adakah dia masih mandi garam Aura Rezeki, Sima menjawab " garam dah habis kak". Apapun aku suruh dia mandi jugak, aku kirim pada suaminya Garam Aura Rezeki. Alhamdulillah apabila Sima mandi dan mintak pada allah, sakit kepala Sima terus sembuh seolah-olah macam dibuang- buang. Segala-galanya kuasa Allah dia yang memberi sakit dan dia juga menyembuhkannya.
Pada hari itu juga Allah telah membongkar RAHSIA , rahsia yang selama ini tertutup rapat . Setiap malam Sima tidak jemu-jemu berdoa pada Allah untuk memberi jawapan kepada rasa gerak hatinya.Bunyi 'klik' satu mesej telah masuk, Dari mesej ini Sima tahu puncanya dia sakit kepala dan macam-macam masalah yang dia hadapi. Alhamdulillah masalah yang ditanggung selama ini telah beransur baik. Perubahan positif pada suami meyakinkan lagi Sima bahawa masalahnya akan selesai, dan amat bersyukur kepada allah SWT.
Andainya anda ada masalah , berusaha bercakap, berdoa dan meminta pada Allah yang maha kuasa.
Bangunlah solat malam untuk muhasabah diri dan selalulah solat taubat in shaa allah.
Disamping tu berusahalah untuk mendapat pandangan dan pendapat dari seseorang yang anda betul-betul percaya. Tidak tahu kepada siapa? Mintaklah petunjuk pada Allah, in shaa allah Allah akan membantu anda dengan gerak hati anda. Disamping itu anda juga harus berusaha untuk dapat ketenangan supaya anda boleh berfikir dengan waras.
Unuk dapatkan nasihat atau untuk beli Garam Aura Rezeki boleh hubungi saya 0105487126.
https://www.facebook.com/pages/Garam-Aura-Rezeki/432577316916720
Wednesday, 12 August 2015
Tiba-tiba Dapat Call;
Bangun pagi macam biasa, setelah selesai tanggungjawab, aku pun ambil handfon untuk mendapat info-info dan teknik-teknik markerting dari group Aura Rezeki dan juga Sedekah Subuh. Dua group ini aku mesti baca dan copy patse mana-mana ilmu yang aku dapat disimpan supaya boleh dibaca semula dan update dalam facebook aku.
Satu whatsapp dari kawan baik, aku kira dia amat memerlukan pertolongan aku. Aku hulurkan bantuan yang seadanya, Sebenarnya bukan aku nak tunjuk yang aku ni baik sangat tapi bila mandi Garam Aura Rezeki , Allah memberi kekuatan padaku supaya aku menjadi orang yang mudah dibawa berunding, mudah kesian pada orang, mudah membantu sesiapa saja yang dalam kesusahan dan mudah untuk bersedekah seikhlas hati serta mudah mendoakan kebaikan untuk orang lain. Sesungguhnya apa yang kita beri itu , kita akan dapat lebih daripada itu dan bersyukurlah padanya Allah yang maha esa.
Sebenarnya ini adalah perjalanan kehidupan harian ku yang telah ditulis oleh Allah. Pukul 9.00 pagi aku dapat satu call dari seorang wanita yang juga seorang bisnes woman yang berjaya, tetapi line tidak berapa elok, aku tak dapat dengar dengan jelas. Aku call balik Maria dan dia menyuruh aku pergi interview untuk dapatkan tapak perniagaan pasar tani . Aku dapatkan butir-butir lokasi dan jabatan yang kelolakan interview tersebut. Sesungguhnya aku tidak memohon atau mengisi borang untuk mendapatkan tapak tersebut.
Subhanallah aku dikejutkan supaya aku pergi interview, namun begitu aku yakin ini semua Allah dah aturkan perjalanan hidup aku hari ini. Aku dengan positifnya terus bersiap-siap untuk ke lokasi yang diberitahu. Sebenarnya walaupun aku orang Terengganu tetapi aku banyak duduk di Penang dan last aku duduk di Kemaman, Untuk ke lokasi aku mengambil masa sedikit untuk sampai kerana terpaksa tanya orang , dan nama tempat yang diberi sedikit berlainan. Apa pun aku mengikut gerak hati dan ternampak signboard Jabatan Pembangunan Wanita, Aku kira inilah kot, dan tekaan ku tepat sekali.
Sampai di depan pintu aku terus membuka pintu , tapi aku tengok mereka sedang makan , ada jamuan Hari Raya. Aku cuba bertanya dan salah seorang pegawai menjawab dengan senyuman dan penuh sopan serta menunjuk ke arah tingkat atas . Aku rasa seperti dihormati dan dihargai. Sampai di tingkat atas aku juga dilayan sama juga sehinggalah aku berjumpa dengan orang yang aku cari iaitu Bossnya.
Disini aku dilayan baik oleh pegawai yang handle tentang tapak ini, diberi penerangan dan mohon maaf padaku kerana produkku tidak menepati kehendaknya. Tetapi dia berjanji akan hubungi balik untuk tapak yang bersangkutan dengan produk ku. Alhamdulillah aku telahpun memberi butir-butir peribadi, flyers dan namekad kepadanya. Bagi aku mesti ada yang tersembunyi disebalik apa yang terjadi pagi ini.
Semasa hendak keluar dari bilik puan Rokiah, aku bersalam dengan calon-calon lain yang sama-sama datang untuk interview tapak. Aku seperti biasa memberi flyers dan namecard dan cerita sikit-sikit kepadanya. Aku pun hairan kenapa aku tidak marah, tidak juga merasa hampa malah aku bertenaga
dan begitu yakin sekali dengan allah, semuanya adalah aturannya.
Disini sebenarnya ujian yang aku terima ini aku dapat menerima dengan redha, dan aku juga berfikir kenapa aku tidak marah-marah atau melenting, subhanallah aku cukup tenang sekali. Terima kasih Allah , Terima Kasih Allah.
Dapatkan Garam Aura Rezeki dengan Whatsapp 0105487126
Saya memohon tuan puan boleh like page saya dibawah. Tuan puan juga boleh layari page saya ini untuk dapat lebih info.
https://www.facebook.com/pages/Garam-Aura-Rezeki/432577316916720
Sunday, 2 August 2015
Rezeki Menyebelahiku
JIWAI AURAMU
Alhamdulillah ibuku, adik, anak , mak saudara, sepupu telah pun mandi garam Aura Rezeki. Begitu juga dengan kawan-kawanku yang telah mandi dan sama-sama menjual garam Aura Rezeki, walaupun kami sebelum ni tidak kenal antara satu sama lain tetapi bila kami jumpa seolah-olah kami kenal dah lama. Jalinan ukhwah yang luar biasa dimana kami satu kepala seolah-olah kami tahu apa yang tersurat dan tersirat. Bila berjumpa terasa masa kami bersama amat pendek. Inilah yang dikatakan kekuatan minda yang positif, dimana apa yang diluahkan secara terus terang dan didoa bersama akhirnya yang dihajati tercapai dalam masa yang amat singkat.
Pertemuan kami memberi dan menerima ilmu yang masing-masing ada ilmu yang boleh kami share. Itulah yang untungnya kami menjadi Jemaah Aura Rezeki kerana dapat menimba ILMU Mudahnya Menjemput Rezeki dari CEO JM dan Penasihat WALID. kami diberi Ilmu melalui group, juga melalui perjumpaan dan seminar-seminar yang dianjurkan. Kami diberi tips-tips , ayat-ayat markerting dan tidak lupa mengingati antara kami untuk melakukan solat tahajud, taubat, hajat dan dhuha serta berdoa sama-sama untuk Jemaah Aura Rezeki.
Kami juga diasuh bagaimana untuk bersedekah dengan redha serta ikhlas. Kami ada group Sedekah Subuh dimana kami diajar untuk bersedekah sebanyak RM1 setiap hari selepas subuh selama 40 hari. Setelah cukup 40 hari masing-masing akan kira dan akan bank in ke Tabung Sedekah Subuh. Duit yang terkumpul kami akan agihkan kepada tempat-tempat yang amat memerlukan pertolongan kami seperti Rumah anak yatim, Rumah orang tua, Mangsa banjir, orang perseorangan yang memerlukan.
Aku sebelum ini hanya sedekah bila teringat, hari jumaat, atau mereka datang meminta sedekah , tapi kini hari-hari aku sedekah melalui sedekah subuh. Aku boleh sedekah berapa banyak aku nak sedekah dalam tabung sedekah subuh janji aku betul-betul ikhlas. Apa yang diamalkan ini mengajar aku tidak sayang atau kedekut untuk bersedekah. Aku tidak akan memikirkan duit tak cukup dan sebagainya kerana kami diberi kesedaran tentang sedekah. Aku tahu bila sedekah banyak , allah akan memberi padaku lagi banyak. So pakat-pakatlah kita semua bersedekah. Jangan merasa tak cukup atau miskin bila kita betsedekah.
Ini adalah salah seorangTestimoni dari group sedekah subuh, dari pengalamannya juga mengajar kami supaya istiqomah sedekah subuh dan sedekah RM yang paling besar anda ada. Contoh bila anda buka beg duit, anda dapati RM50 yang paling besar , so masukkan dalam tabung sedekah subuh RM50. Begitu juga dengan hari hari yang lain . Hasil dari apa yang dilakukan olehnya , beliau sentiasa ada duit dan tak pernah putus malah beliau dapat menyimpan sehingga 5 angka. Beliau juga menabung di rumah sebanyak 4 tabung lain, beliau tidak mengusik atau ambil duit dari tabung-tabung tersebut. Walhal sebelum ini tidak pernah dapat menyimpan duit dan juga menabung. Sekiranya menabung pun , tabung sentiasa tiada duit kerana digunakannya. Betapa besarnya nikmat allah pada kita yang sedekah subuh.
Begitu juga dengan aku sendiri dapat merasa keajaiban ini, dimana aku juga sentiasa ada duit dan tak pernah putus. Aku juga menabung sepertinya alhamdulillah aku juga tak pernah ambik duit dari tabungku. Aku juga mudah untuk memberi sedekah , dan tiada rasa sayang atau kedekut malah sudah menjadi perkara biasa.
Yang bestnya rezeki online aku amat mudah sekali, aku tak perlu nk update hari-hari status facebook. Ada je rezeki ku melalui blog-blog yang aku tulis. Dulu aku selalu iklankan dalam group untuk dapatkan customer tapi kini aku hanya update status sesekali dan update blog dengan testimoni-testimoni yang sebenar. Aku memang suka cerita kisah sebenar dalam blog-blog aku. Apa yang aku cerita adalah kebanyakan kisah diriku sendiri dan kisah-kisah customerku sendiri.
Aku banyak dapat customer-customer yang sudah dikenali dan sudah mempunyai pendapatan 5 angka setiap bulan. Puratanya mereka memang berniaga secara online dan offline. Banyak diantara mereka yang ada masalah kurang sale, malah ada juga yang tidak ada sale lansung seolah-olah ditutup dari pandangan customer-customer yang lalu lalang. Ada juga yang hadapi masalah diri yang malas dan letih lesu tidak bertenaga. Ada juga tidak boleh tidor malah badan-badan merasa sakit-sakit seluruh badan. Ada juga yang ada masalah keluarga dan asyik bertengkar je, namun begitu segala-galanya adalah dari Allah. Semua perjalanan harian kita sudah tertulis sejak azali lagi.
Jadi anda dan aku juga perlu berusaha untuk mencari jalan untuk menyembuhkan diri , keluarga dari apa-apa kesakitan yang dihadapi. Contoh apabila sakit kepala anda akan pergi klinik untuk dapat rawatan dari doktor, doktor akan cek dan sahkan penyakit anda serta memberi ubat panadol.,anda menelan ubat untuk sembuh dari sakit kepala dan yang menyembuhkannya adalah Allah. Panadol hanyalah asbab sahaja. Begitu juga dengan penyakit-penyakit lain anda perlu mencari dan berusaha untuk mengatasinya dan berserah pada Allah.
Setiap penyakit ada ubatnya, dan setiap dugaan dan ujian ada hikmahnya dimana Allah akan memberi yang lebih baik daripada apa yang anda ada. Allah ingin membersihkan segala kekotoran pada anda semoga apa yang salah dapat diperbetulkan dan hidup anda akan menjadi lebih tenang dan jiwa anda lebih kuat serta menghargai apa yang anda ada. Sentiasa bersyukur pada Allah dan sentiasa bersedekah kepada mereka yang amat memerlukan.
Garam bukit yang diturunkan Allah sebagai ubat , anda hanya perlu berusaha dan bertawakal kepadanya. Alhamdulillah customer aku selepas mandi garam dan telah bersihkan dari kekotoran dan perkara negatif, rezeki datang tidak berhenti-henti malah ada yang tidak menang tangan . Namun begitu jangan leka dengan pemberiannya, mesti laksanakan tanggungjawab kepadanya serta orang sekeliling. Perlu diingat apa yang anda dapat sebenarnya ada juga bahagian orang lain. Jika diabaikan Allah tidak sesekali membiarkannya, malah Allah akan menarik dengan serta merta. Waktu itu menyesal tidak berguna lagi.
Apa yang aku katakan berlandaskan cerita benar dimana hamba allah ini diberi rezeki yang melimpah ruah dimana jualan susu kambing meningkat hari demi hari. Allah beri apa yang diminta sebelum ini, beliau selalu mengerjakan tanggungjawabnya pada allah. Malah bangun malam untuk solat tahajud, solat taubat , solat hajat dan juga buat solat dhuha. Alhamdulillah Allah kabulkan permintaannya dengan memberi rezeki yang mencurah-curah sehingga dia lupa pada Allah. Duit yang banyaknya tidak sempat untuk dibilang malah dia tidor bersama-sama dengan duit disekelilingnya. Oleh kerana penat dan terlalu sibuknya sehingga tidak berpeluang untuk solat lima waktu, dan begitu asyik melayan customer-customer.
Dalam masa tiga bulan sahaja Allah telah menarik semuanya dan akhirnya baru dia menyesal dan berazam tidak akan buat bisnes sampai lupakan Allah, hanya buat bisnes santai-santai sahaja sudah cukup baginya. Alhamdulillah syukur kerana dia sempat sedar dan balik ke pangkal jalan . Sifat manusia yang tamak dan dihasut oleh syaitan yang keji amat sukar untuk menghindarinya.
Ayuh jadikan cerita aku ini sebagai iktibar dalam perjalanan hari-harian mu dimuka bumi Allah ini. Sebenarnya aku mengambil kisah ini sebagai pendorong untuk lebih dekat pada Allah. Aku juga yang dulunya buat solat malam, solat dhuha tetapi tidak istiqomah. Hasil dari penceritaan ini aku mula menyedari dan belajar memperbetulkan diriku sendiri dan aku merasa beruntung sekali kerana masih sempat sedar walaupun aku telah berusia.
Terima kasih Allah kerana aku berjumpa dengan produk garam Aura Rezeki dimana aku dapat membantu insan-insan diluar sana yang memerlukan pertolonganku.
Boleh hubungi saya Rohati Ramlee dengan whatsapp, call, sms 0105487126
Boleh juga layari page saya Garam Aura Rezeki
https://www.facebook.com/pages/Garam-Aura-Rezeki/432577316916720
Subscribe to:
Posts (Atom)