CASE STUDY PEMASARAN OFFLINE (Ebook yang tak siap)
Assalamualaikum w.b.t
Pernah ke anda mempunyai pengalaman menjalankan bisnes ? Tidak kira bisnes apa-apa pun tapi tetap menjadikan satu pengalaman indah dimana orang lain tidak boleh merasai apa yang anda alami. Samada ianya pahit atau pun manis.
Saya akan kupaskan dalam CASE STUDY saya ini satu persatu melalui pengalaman –pengalaman yang telah saya hadapi dari mula sampai sekarang.
Dari meja laptop saya:
.
Saya diberi nama Rohati binti Ramlee , berasal dari Kuala Terengganu. Ayah saya seorang Askar dan emak saya seorang suri rumahtangga. Saya belajar sehingga tingkatan 5, lepas setahun menganggur saya dapat kerja sebagai Pegawai Kastam di Pulau Pinang pada tahun 1981.
.
Semasa kecil saya telah dididik dengan asas bisnes kedai runcit dan setelah berkerja minat bisnes dibawa sekali . Setiap kali saya balik kampong, saya mesti ambik order dari kawan-kawan untuk membeli barang-barang dari Terengganu seperti keropok lekor, keropok keeping, kain batik, dan kain songket.
.
Saya tinggal di pulau Pinang hampir 20 tahun, Dalam masa tu saya ada join bermacam-macam bisnes MLM tapi tidak berjaya. Produk yang saya jual laris tapi hanya dapat untung runcit sahaja kerana saya tidak tahu bagaimana untuk berkembang. Upline ada tapi saya tidak duplikasi apa yang diajar, dan saya tidak bersungguh-sungguh dalam bisnes . Mungkin waktu saya sibuk dengan anak-anak, suami dan memikirkan mereka lebih penting, lagipun saya berkerja.
.
Saya tidak membenarkan diri saya untuk pergi lebih jauh dengan berbagai alasan. Asasnya ada dan minat tu tetap ada. Pada 2000 saya telah bertukar balik ke Kemaman Terengganu. Pada 2004 saya telah berpisah dengan suami, so kata orang bila kita terdesak kita akan memberikan masa dan ruang untuk diri kita membuat sesuatu untuk menanpung keperluan keluarga.
Dari situ saya mula join bisnes MLM, jatuh bangun semua dah rasa tapi saya tidak mengalah. Apa yang berlaku saya belajar dari kesilapan dan dari situ saya berusaha dengan tunjuk ajar yang diberi oleh upline akhirnya saya mengapai impian.
.
Dari apa yang saya belajar , try and error saya akan bentangkan pada anda rahsia-rahsia kejayaan yang patut anda tahu dan semat dalam jiwa anda.
.
.
KATA PENDAHULUAN
Semua orang yang menjalankan bisnes mesti bermula dari zero, dimana mereka tiada apa-apa pengalaman. Jatuh bangun dalam perniagaan itu menjadikan pengalaman kepada seseorang. Pengalaman itu sendiri memberi kekuatan dan keberanian , keyakinan, ketabahan , kesabaran dan mengajar anda supaya perbaiki apa-apa kesilapan lama menjadi lebih baik.
MENGAPA?
1. Sesetengah orang ada keinginan untuk berniaga tapi TAKUT
2. Saya tidak suka cari orang
3. Saya tiada masa
4. Saya takut kena TIPU
5. Saya takut RUGI
6. Saya malu jumpa orang
7. Saya tidak pandai bercakap
8. Saya takut tak jadi
9. Ada ke orang nak beli
10. Nanti apa orang kata, macam tak cukup duit je
11. Boleh ke kita percaya syarikat tu
12. Kukuh ke syarikat ini
13. Syarikat BARU ke
Bermacam-macam soalan akan timbul dari diri anda dan disamping tu anda juga mendapat pandangan dari keluarga dan rakan-rakan. Anda dahlah takut-takut dapat pulak pandangan yang negative lagi hancus.
Apabila anda negative, anda tidak akan memulakan sesuatu itu walaupun anda bercita-cita untuk mencari pendapatan sampingan. Dengan modal RM10 pun anda tidak akan lakukan ini pulak dengan modal RM100, RM1000, RM10000 danseterusnya.
Bila anda dalam keadaan begini anda tidak dapat merubah kehidupan anda. Inilah DILEMA yang perlu anda buang jauh-jauh dari anda.
BAGAIMANA
.
Ambil sehelai kertas dan catitkan perkara-perkara yang negative , yang ada dalam diri anda. Kalau boleh catit sehingga 100 . Setelah siap anda berjanji bersungguh-sungguh pada diri anda bahawa anda akan buang semua perkara negative dalam hidup anda. Dengan penuh yakin kertas yang di tulis perkara negative tadi dikoyak dan buang terus kedalam tong sampah. Bayangkan diminda anda bahawa anda sudah positif, semua perkara yang anda lakukan adalah positif.
Anda lakukan perkara yang sama , tetapi anda menulis perkara-perkara yang positif sahaja. Simpan kertas ini dan tampalkan dalam bilik anda . Tampal ditempat yang mudah untuk anda lihat dan baca .
CABARAN YANG PERLU ANDA TEMPUH
.
Sebagai peniaga tidak lari dari cabaran-cabaran diluar sana yang membuatkan anda merasa kecewa dan putus asa. Anda akan mendengar kata-kata sinis dari keluarga, kawan-kawan dan juga rakan-rakan anda. Anda tidak dapat sokongan dari kaum keluarga dan kawan-kawan anda malah mereka akan berkata kepada anda dengan kata-kata negative.
.
Kadang-kadang tu mereka memberi cabaran kepada anda dengan kata-kata “ aku nak tengok engkau bertahan lama mana dalam bisnes ini.” Atau “ aku tak nampak pun apa kejayaan yang engkau capai? Ada kereta besar ke? Ada duit banyak ke? “ . Kata-kata ini jadikan ia sebagai motivasi untuk anda maju kedepan, bukannya berundur atau berhenti .
KETAHANAN DAN KEKUATAN ANDA DALAM MENANGKIS EMOSI ANDA
.
Sebagai manusia kita ada emosi yang kadang-kadang kita tidak dapat atasi dengan satu-satu situasi. Anda akan hadapi banyak gangguan dalam bisnes apa pun untuk berjaya. Hanya orang yang dapat mengawal perasaan emosi sahaja yang boleh lalui semua rintangan bisik-bisik negative disepanjang perjalanan dari satu fasa ke satu fasa.
.
Apakah bisik –bisik yang anda akan dengar dan lalui sebagai dugaan perasaan emosi anda. Diantaranya apabila anda nak mula menjejak kaki untuk berjumpa dengan prospek yang telah anda janji. Dari malam lagi anda beremosi takut, gementar, mengiggil, termenung, dan akhir sekali perkataan ini “nak pergi ke tak” berulang-ulang bermain diminda anda.
AWAS! Perasaan ini boleh menukarkan tujuan anda sebenar dengan sekelip mata anda boleh mengambil keputusan tidak pergi berjumpa denga prospek.
.
Ini baru bertempur dengan diri sendiri belum lagi bertempur dengan prospek dimana akan keluar segala pertanyaan yang anda tidak bersedia untuk menjawab. Contohnya “ Boleh percaya ke syarikat awak ni? Mampu ke syarikat ini membayar komisen pada kami? Ada sijil halal ke? Ada kelulusan KKM ke? Produk ni tiruan ke?” dan banyak lagi ungkapan-ungkapan yang akan keluar dari mulut prospek.
.
Itu baru tanya pasal syarikat atau produk, bagaimana pulak dengan reaksi prospek yang suka buat alasan. Contohnya : Berjanji dengan prospek pukul 12tengahari, tiba-tiba dia talipon“ saya tak dapat jumpa hari ni sebab ada meeting at hoc, “saya busy sangat ni , kita jumpa hari lain ya”. Ini alasan diberi sebelum jumpa. Bagaimana alasan yang diberi ketika anda baru mula bercerita intro tetapi prospek dah potong, “ saya nak cepat ni nak pergi ambik anak kat sekolah “ dengan memandang jam ditangannya. Ini adalah diantara yang perlu anda hadapi .
.
Bukan itu saja anda juga berhadapan dengan pesaing anda seperti ini { tengah kita bercakap dengan prospek tiba-tiba dia datang , dia cuba untuk close bagi pihak dia}. Memang ramai orang macam ni, usaha dia senang je dia ambik diakhir penyampaian kita, maksudnya kita baru nak closing.
.
Ada juga gangguan dari bisnes lain yang mengajak kita untuk buat bisnes diaorang, dengan offer yang berbagai cara menggamit anda untuk menyertainya.
MENGATASI
Apa yang perlu anda lakukan pertama sekali untuk menjadi usahawan berjaya anda perlu bersedia dari awal lagi sebelum anda berjumpa prospek dan bercerita berkenaan produk anda.
Yang paling penting image seseorang itu amat penting kerana dari situ orang sudah boleh baca personality anda. Itu sebab anda kena ada ilmu, kata orang sebelum berjuang mesti ada senjata. Kalau tak anda mungkin kecundang ditengah jalan.
Contoh : Anda ingin menjual produk kesihatan iaitu merupakan produk menguruskan badan.
.
1. Kenali produk anda dengan sebenar-benarnya
2. Kenali secara menyeluruh mengenai syarikat sendiri
3. Kenali pesaing anda
4. Kenali kekurangan dan kelebihan produk anda
5. Guna produk untuk diri sendiri dahulu
6. Anda adalah Testimoni
7. Anda hendaklah mempunyai bentuk badan slim
8. Anda kelihatan cergas,bertenaga dan ceria
APA YANG SAYA BUAT SEMASA SAYA BUAT BISNES OFFLINE DALAM
TAHUN 2009 - 2012
1.Apa yang saya lakukan ialah dengan membaca dari page satu sampai habis mengenai produk dan jika saya lupa saya akan refer balik ,saya akan mengingati fungsi dan kebaikan produk dan mencatatkan nota penting bagi memudahkan saya supaya cepat ingat . Saya guna produk dan saya rasai terlebih dahulu dan baru saya boleh cerita kepada pelanggan saya dari hati. Bila saya guna saya tahu produk itu bagus atau tidak dan apa yang keluar dari mulut saya adalah yang benar.
Saya jadikan diri saya sebagai testimony dimana bila saya bercerita sudah memberi keyakinan kepada pelanggan dan dengan mudah saya mendapat sale.
2. Pastikan anda mempunyai bentuk badan menarik sekiranya anda menjual produk langsing. Sekiranya anda gemuk orang tidak akan mempercayai produk yang anda jual itu boleh menurunkan berat badan kecuali anda ada TESTIMONI yang boleh membuktikan kepada mereka. Contoh dulu saya 100kg sekarang telah turun sebanyak 20kg dalam masa seminggu. Begitu juga dengan produk kecantikan untuk putih, awet muda, gebu , mulus.
Bersambung........... in shaa allah
Monday, 25 December 2017
Sunday, 24 December 2017
Produk Aura Rezeki Terkini
AURA REZEKI DENGAN WAJAH BARU
Wajah baru yang comel serta menarik ini membuka hati sesiapa yang melihatnya. Dengan berat yang ringan .serta harga berpatutan. Semua orang boleh merasai khasiat Garam Aura rezeki ini dan semua orang boleh mendapatkannya dengan harga yang mampu milik.
Mungkin dulu anda merasa mahal dan berfikir 2 kali untuk mendapat khasiat dan manafaat produk ini, yang mampu mengubah hari-hari yang mendatang dengan lebih gembira dan bahagia.
Bila Aura Negatif dan Tenaga Negatif tiada lagi .Masalah akan selesai satu persatu dengan lebih mudah dan Aura positif akan menarik perkara perkara yang baik baik seperti kewangan, kebahgiaan, kegembiraan , kesihatan dan lain lain lagi.
BERMINAT UNTUK DAPATKAN INFO PRODUK AURA REZEKI YANG SEDANG MELETOP SILA WASSAP KE
Telefon/wasap 0105487126
Anda juga boleh layari Page
Garam Aura Rezeki
https://www.facebook.com/rohatiramlee/
Anda juga boleh layari Page
Garam Aura Rezeki
https://www.facebook.com/rohatiramlee/
AURA REZEKI (500grm)
LADY MILLIONAIRE
(500gram)
SUKSES MASKULIN (950gram)
HARGA: RM70
SIRAMAN 7 PURNAMA
HARGA: RM70
ROMANTIKA
HARGA : RM55 SEM
RM60 SS
BB MANJE bb cushion
RM70 SM
RM75 SS
Telefon/wasap ke 0105487126
JIWA SOAP
RM45 SEM
RM50 SS
SCRUB CRYSTAL
RM50 SEM
RM55 SS
MISTRAL ROSES anti Aging
RM25 65ML
RM15 35ML
GINCU AURA MACIC CREAM
RM49 SEM
RM59 SS
Telefon/wasap ke 0105487125
Subscribe to:
Posts (Atom)