Sunday, 2 October 2016

SUKSES MASKULIN



























Pada 26hb September dilancarkan dengan resminya produk terbaru keluaran Produk  Aura Rezeki khusus untuk lelaki iaitu



SUKSES MASKULIN UNTUK LELAKI'Lelaki berani sukses"



1001 KHASIAT RAHSIA ALAM GARAM MANDIAN SUKSES MASKULIN AURA REZEKI
"Lelaki berani sukses"


Diadun dengan wangian KEBERANIAN (only the brave)
# membantu dengan berkesan membuang negatif dalam diri
# membantu mengekalkan POSITIF DALAM DIRI
# Menyerlahkan diri agar TAMPAK BERANI DAN BERGAYA
# Menangani serta menghilangkan stress dan tekanan perasaan
# Menampal AURA BOCOR merawat serta membesarkan AURA diri
# Membantu meningkatkan KEYAKINAN DIRI
# Membantu serlah POTENSI DIRI
# Memulikan SEMANGAT DIRI
# Membantu MAGNET KEKAYAAN DAN KEJAYAAN DIRI
# Membantu sebagai PENARIK semulajadi untuk meningkatkan perniagaan dan kerjaya
# Membantu menangani serta mengelakkan gangguan makhluk halus


***semua atas izin ALLAH







HARGA RM70

GARAM SUKSES MASKULIN INI DIDATANGKAN DENGAN SERUM SUKSES MASKULIN (PERCUMA)



BERATNYA 900GRAM







Ini adalah Serum Sukses Maskulin 35ml untuk LELAKI yang diberi PERCUMA setiap pembelian 1 set

Khasiat Serum Sukses Maskulin


  • Mistral Serum Sukses Maskulin anti aging ini adalah dari pati suling kelopak bunga mawar segar
  • Berfungsi memberi kesegaran dan kelembapan pada kulit wajah
  • Menghilangkan stress dan tekanan perasaan atau sebagai terapi minda
  • Merawat jerawat/jeragat
  • Menghilangkan keletihan/mengantuk
  • mengecilkan liang poriserta menganjalkan kulit
  • Kulit menjadi halus, gebu dan glowing wajah serta menambah keserian pada wajah agar kelihatan lebih muda serta melambatkan proses penuaan.







Betapa Gagahnya serta Berani Coach Zadaar Academy bersama dengan Sukses Maskulin







MENGAPA KENA MANDI 21 HARI?


Mandian Garam Sukses Maskulin perlu dilakukan 21 hari kerana peredaran aura makhluk hidup adalah 21 hari dan berputar mengikut pusingan jam atau seperti tawaf. Jadi apabila kita sudah mulakan mandian aura kita semakin membesar dan membesar dan menjadi cantik sebab itu perlu diteruskan 21 hari.


Bila kita terlupa, aura yang sedang mengembang akan menguncup dan tidak cantik kerana itu perlu diulang semula sehingga 21 hari.Pusingan hayat sel juga adalah 21 hari. Mereka hidup dan mati. sebelum mati mereka akan “menyampaikan” info tentang khasiat garam kepada sel baru dan ia akan bertindak pantas “menasihatkan” badan dan positifkan pemikiran. Jika sebaliknya berlaku, sel baru akan bertindak ikut imformasi lama.

Kerana itu mandian 21 hari harus diteruskan berturut-turut. Dari 1 sel –> 1 tisu –> 1 organ –> 1 tubuh,sel sihat maka tubuh sihat.

SEKIRANYA TERLUPA ATAU TERTINGGAL 1 HARI, MAKA ANDA KENA  MULA BALIK DARI AWAL.


Stok sedia ada cuma anda perlu dial no 0105487126 untuk dapatkannya dan juga info-info berkenaanya.



Anda ada masalah-masalah ini tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya.


1. Bisnes yang sunyi sepi
2. Gangguan iaitu rasa malas, sakit-sakit badan terutama bahu, sakit kepala, kaki, pinggang, tangan dll.
3. Rumahtangga yang sentiasa bergolak, kadang-kadang puncanya dari gangguan atau sihir juga.
4. Kurang berkeyakinan
5. Tidak bersemangat.
6. Stress
7. Susah nak dapat kerja
8. Masalah Jodoh
9. Selalu ada masalah dekat pejabat.
10. Panas baran
11. Jumpa Customer tapi tak melekat
12. Kedai tak ada orang masuk
13. Balik rumah rasa tak seronok, serabut je
14. Muka tak berseri , tapi majlis dah dekat.
15. Buat sesuatu kerja susah nak berjaya


TESTIMONI SUKSES MASKULIN


Ada je masalah diatas jangan tunggu-tunggu lagi wassap je ke 0105487126






BOLEH BUAT BAYARAN DENGAN NO AKAUN DIBAWAH DAN SILA WASSAP SLIP BAYARAN DAN DETAILS KE NO 0105487126




Rohati Ramlee
Stokis Aura Rezeki













Friday, 19 August 2016

Macam Mana Nak Buat Blog

Membina Blog (create Blog)
Sebelum membina blog anda perlu ada emel gmail. Sekiranya anda tidak ada emel gmail anda mesti create emel tersebut dahulu .
Sila ke web ini untuk create emel gmail www.gmail.com







Dah ada emel gmail anda dah boleh start buat blog. Dalam google satu emel boleh guna untuk semua fungsi.
Anda sekarang dah boleh buat blog.
Sila klik link ini untuk create blog www.blogspot.com
Gambar dibawah akan muncul dan anda isikan title blog anda




Contoh: Garam Aura Rezeki
Anda juga boleh letak nama anda atau sebagainya
Link saya :http://rohatiramleegaramaurarezeki.blogspot.com
Anda boleh letak http://namaanda.blogspot.com
Tertakluk pada available

Anda boleh pilih template simple dan klik create blog yang diarahkan oleh arrow warna merah.

Setelah pilih nama blog dan pilihan link untuk blog, sila klik “create blog”
Setelah dah klik “create blog” akan keluar gambar macam di bawah. Sekarang dah boleh mula berblogging, tulis apa saja yang anda inginkan.
Klik “start posting” untuk bermula.

















Mudahkan, so dah boleh buat blog untuk jadikan web anda.
Andainya anda ingin membuka semula blog untuk edit anda hanya klik post.





















Jom kita mula buat minisite. Anda boleh bermula menulis dulu atau pun setting 
template design pun boleh.Sekiranya anda baru nak bermula menulis jom ikut saya sampai jadi.

1.  Klik Layout





























2.  Klik template design seperti gambar dibawah ditunjukkan dengan arrow merah.









Bila Template Design dah diklik akan keluar gambar macam dibawah
Blogger Template Design. Disini anda boleh bermain-main dengan template-template yang ada. Pilihlah untuk layout untuk body layout dan footer layout.

Pilihan anda menentukan susunan blog anda nanti. Anda boleh adjust macam mana anda nak susunan blog anda mengikut pilihan yang diberi.







Saya telah tanda anak panah merah di layout, body layout , footer layout dan apply to blog. Apa-apa yang dipilih hendaklah apply to blog.


Saya memilih body layout yang border warna kuning begitu juga dengan footer layout.








Selepas itu klik pada template untuk memilih template .Klik pada mana-mana template dibawah.Saya pilih yang simple untuk permulaan.


Saya memilih warna jingga dan anda boleh pilih warna apa pun yang blog sediakan. Selepas memilih saya ke arrow apply to blog. Apa-apa perubahan yang anda buat hendaklah klik apply to blog




Sekiranya anda klik mana-mana template diatas anda boleh melihat warna blog yang andapilih.

Di gambar dibawah ditunjukkan  warna-warna yang ada untuk pilihan anda. Ada arrow menunjukkan background, klik disitu untuk mengubah warna background anda.Selepas itu klik aply to blog. Anda boleh klik mana-mana warna yang tertera dan ditunjukkan arrow .








Selepas itu anda klik advanced untuk menukar huruf abjad anda. Klik pada page text. Kebiasaannya digunakan “Verdana” lebih sesuai. Klik apply to blog.

Anda juga boleh bermain-main disini untuk melihat bentuk huruf anda. Sekiranya telah apply ke blog tapi masih lagi diubah semula hanya klik pada advance.
















Klik pada backgrounds seperti ditunjukkan arrow. Ada tiga bahagian disitu iaitu 1.Outer background, 2. Main background 3. Header Background.

Anda boleh pilih warna apa-apa untuk tiga-tiga bahagian, kemudian apply to blog.
















Ini apa yang saya pilih warna template saya. Saya terus apply to blog.








so ini yang anda akan dapat melihat bila preview nanti.


Dia akan keluar seperti dibawah.

Ada 2 kotak dibawah

1.  Gambaran akan dilihat melalui pc atau laptop
2.  Gambaran akan dilihat melalui mobile.

Sekarang blog kita hanya ada tajuk sahaja.Untuk menulis dibodynya harus pergi ke post. Klik post seperti anak panah itu.

















Ini popup yang akan muncul di skrin anda. Anda sudah boleh mula menulis dengan klik create a new post seperti ditunjukkan arrow warna hitam.







Setelah klik “create a new post” gambar seperti dibawah akan muncul.






Anda sudah boleh menulis sekarang seperti yang saya tulis dibawah. Anda boleh ikut apa yang saya tulis atau anda menggunakkan ayat sendiri. Sewaktu pertama saya belajar dahulu, saya hanya ikut apa yang diajar oleh mentor saya Sabree Hussin.


1.  Untuk menulis blog sila klik compose
2.  Untuk masukkan gambar klik pic yang ditunjuk oleh arrow
3.  Untuk lihat bagaimana rupa blog, klik preview.
4.  Apa-apa perubahan hendaklah sentiasa klik save
5.  Selesai semua boleh klik publish.

Semua langkah-langkah ini ada dalam gambar dibawah









Ini adalah gambar blog preview. Anda boleh melihat dulu sebelum publish.


















Boleh cuba dan jangan risau kerana boleh diedit semula. Selamat explore.

Tak cuba tak tahu



Rohati Ramlee
0105487126













Monday, 25 July 2016

Perjalanan Kearah Kejayaan

Apa yang perlu ada pada kita untuk berjaya dalam perniagaan?

Bagaimana nak mula?

Produk apa yang terbaik dan laris untuk dijual?

Modalnya bagaimana?

Mampu ke ?

Ada ke orang nak beli?


Bermacam-macam pertanyaan yang bermain difikiran aku tetapi satu jawapan pun tak dapat. Keinginan tu ada kerana minat dan ingin menambah pendapatan. Setiap kali mencuba tapi seperti hangat-hangat tahi ayam, panas sekejap je lepas tu terus sejuk bila banyak halangan yang perlu hadapi. Akhirnya apa pun tak jadi, tengok orang boleh berjaya sampai kemana-mana. Itulah aku dulu semasa muda, orang ajak join ini masuk, join itu masuk tapi habuk pun tak ada. Akhirnya jadi pekasam, kalu nak dihitung banyak juga hehe....

Kenapa ianya tidak menjadi kerana tiada ilmu dan banyak alasan, syarikat buat kelas tak hadir, ada perjumpaan macam-macam alasan yang direka. Join banyak mana syarikat pun tak akan berjaya kalau awal-awal lagi penuh dengan alasan-alasan yang diberi sekadar untuk menyedapkan hati sendiri.

Naknya dapat income lebih sekurang-kurangnya dapat membantu suami atau keluarga dikampung, dapat balik berhari raya dikampung lama sikit ke untuk menampung perjalanan, makan dan minum disana kononnya. Hakikatnya tak kesampaian kerana tiada jiwa yang bersungguh-sungguh untuk merubah nasib.

Akhirnya aku dapat tukar ke Kemaman Terengganu pada tahun 2000. Alhamdulillah syukur pada Allah kerana apa yang aku mintak dimakbulkan. Bermula disini pada tahun 2008 aku mula kembali berjinak-jinak join MLM . Dari company H aku telah belajar berhutang dengan Bank untuk mendapatkan modal perniagaan. Tetapi aku kecundang dengan hutang bank yang terpaksa bayar setiap bulan. Tetapi masih juga tidak serik lagi pada 2009 aku join company A, Alhamdulillah aku mula belajar dari A sampai Z , semuanya berusaha sendiri dengan diajar oleh leader yang jauh di Kuala Terengganu. Akhirnya dari bawah aku merangkak sendiri sambil belajar tentang produk melalui guna sendiri, bacaan dan berusaha pergi kelas untuk mendapat ILMU. Dari situ aku mempraktikkan apa yang dipelajari serta berusaha untuk bercerita kepada pelanggan tentang kehebatan produk. Aku buang malu, segan, takut dan berusaha untuk mendapat keyakinan diri dengan memujuk hati supaya bertenang, tidak gelabah,tidak gentar dan akhirnya aku berjaya mengatasinya.

Betullah kata orang nak seribu daya , aku berusaha dari bawah sehingga mendapat pangkat Manager, dan waktu itu aku tak takut lagi untuk menjadi jurucakap atau bercakap didepan orang ramai. Duit banyak tetapi tak nampak untung kemana, modal kemana. Aku rasa penat , duit banyak habis jumpa orang sana sini tu semua perlu modal, akhirnya aku jadi pengguna sahaja.

Keinginan untuk berjaya itu masih ada dalam hati , pada 2013 aku mula beralih mencari ilmu bagaimana untuk berjaya dalam jualan online. Aku turun naik ke Kuala Lumpur untuk hadir Kursus atau Seminar. Dalam masa yang sama aku juga membeli ebook2 yang dijual oleh internet-internet markerter yang terkenal. Banyak juga duit habis tapi apa yang aku cari tak dapat-dapat, ilmu dah ada tetapi nak mula tu macam mana. Memang semua orang boleh buat fb, page tapi ada ke orang nak beli barang kita, Sekiranya tak kene cara dan orang tidak mengenali kita dan tidak dapat memberi keyakinan dan kepercayaan pada pelanggan.

Satu hari mungkin ditakdirkan allah berjumpa dengan seorang anak muda yang bermurah hati untuk memberi cara-cara bagaimana nak add friends tanpa diblock oleh fb. Akhirnya dia menjadi MENTORku dengan beli ebook yang berharga RM5, akhirnya dari situ aku belajar. Dalam ebook itu mengajar dari A sampai Z. Bagi aku yang zero ni boleh mengikutinya satu persatu. Penerangan yang cukup mudah dan bersistem, aku belajar dari bagaimana nak buat facebook yang berkualiti, page, nak buat fb group, nak buat blog, minisite, landing page, emel markerting, ayat-ayat emel dan banyak lagi. Inilah yang aku cari sebenarnya iaitu bagaimana nak bermula. Aku habiskan masa lebih kurang 3 minggu untuk step-step emel markerting, dari buat blog, minisite , ayat-ayat emel dan lain-lain. Tak jadi buat lagi dan lagi sehingga jadi. Dah jadi aku sungguh2 hepi dan syukur sangat-sangat kerana segalanya adalah darinya.

Bila dah pandai aku menyahut cabaran Mentorku untuk menjadi agen affilliatenya, iaitu menjual ebook yang berharga RM5 tu. Alhamdulillah aku baru bermula dalam bisnes online markerting atau kata lain Internet Markerter.


Ini adalah jualan ebook aku yang pertama dan masa tu baru nak belajar jadi agen affilliate.

Statistic Akaun Affiliate Anda
Rekod Klik Terhadap Link Affiliate Anda
54 Click(s)
Rekod Jualan Anda - PENDING
0 Unit
MYR 0
Rekod Jualan Anda - VERIFIED
0 Unit
MYR 0
Rekod Jualan Anda - PAID
5 Unit
MYR 25



Aku pernah menjual ebook dari harga RM5 hingga Rm100 . Bukan senang untuk menjual ebook pada waktu itu dengan aku ini belum lagi dikenali , tapi alhamdulillah berkat usaha yang tak pernah putus asa.

http://tanpakos.blogspot.my/2014/04/apa-dia-panduan-dominasi-fb-group-mesti.html

Boleh layari blog aku mengenai kisah lanjut di link yang diberi diatas.


Dalam banyak-banyak bisnes yang aku ceburi, aku rasa bisnes Garam Aura Rezeki paling sesuai dengan jiwa aku. Aku rasa mudah dan senang serta rapat sangat dengan pelanggan-pelanggan. Sambil menjual dalam masa yang sama aku dapat menjalinkan ukhwah dengan mereka. Aku rasa rapat dan terlalu dekat dengan pelanggan-pelanggan dan Agen-agen aku.


Uniknya berada dalam jemaah ini aku mendapat banyak ilmu serta tip-tips bagaimana untuk melonjakkan sales secara menjemput rezeki. Sebenarnya mudah je iaitu balik kepada ASAS sebagai seorang Islam dan melakukan tanggungjawab yang disuruh Allah azawajalla. Kebanyakkan kita tidak melakukan kewajipannya dengan sempurna sehingga sanggup meninggalkan terus atau tidak cukup 5 waktu oleh kerana semata-mata mengejar rezeki.

Dalam group Aura Rezeki kami diterapkan dengan info-info ASAS dan juga berkenaan produk knowledge supaya tahu bagaimana untuk menjawab persoalan-persoalan yang mungkin ditanya oleh customer. Group Support memang best penuh dengan kualiti, aktif dan sama-sama berusaha mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna.

Kami diberi ILMU melalui wassap group dan juga Seminar Jiwai Auramu dengan tag line "Bangkit Cipta Sejuta atau dikenali BCS". Kali pertama hadiri seminar telah membuka minda aku dimana yang pasti mesti perbetulkan niat. Diajar dan diberi maksud perbetulkan niat, ya aku sebelum ni memang pernah mendengar perkataan ini "perbetulkan niat" . Tapi tak faham , dan aku kira orang lain pun macam tu, sebab tidak diberitahu secara detail apa itu perbetulkan niat.

Aku bertuah kerana dalam Seminar Jiwai Auramu aku rasa lain dari yang lain sebab dalam seminar tidak menyentuh mengenai produk tapi menitikkan diri untuk menjaga networking dengan Allah dan selalu subbmit diawal waktu serta sentiasa yakin dan pasti rezeki adalah dari Allah.

Dari seminar aku dapat ilmu baru yang mungkin.tidak.dapat diluar sana. Syukur alhamdulillah banyak yang aku belajar dari Seminar ini. Tentang Senaman Pukau , mesti anda berfikir yang negatifkan. Senaman berupa membangkitkan zikir-zikir yang disukai allah seperti subhanallah, alhamdulillah, allah huakbar. Menerap zikir-zikir dalam jiwa agar sentiasa dekat pada allah.

Dalam masa yang sama digabungkan dengan bayangan hipnosis otak bawah sedar , so nak tahu bagaimana boleh hadiri Seminar Jiwai Auramu Bangkit Cipta Sejuta..

Kami diberi ilmu potensi diri dan warna diri secara asas. Dengan ilmu yang asas ini boleh membangkitkan jiwa dan dalam masa yang sama boleh melonjakkan sales secara tak langsung.
Kami diajar tentang elemen dan warna dimana boleh mengenali diri sendiri tentang keupayaan dan kelemahan diri. Dari situ kami boleh memperbaiki kelemahan menjadikan lebih yakin dan lebih fokus. Dalam masa yang sama kami menjadikan terapi warna booster sebagai pakaian harian supaya ianya menjadi sebati dan boleh menonjolkan aura positif yang WOW.

Kami belajar menginfaqkan dahulu atau asingkan dulu 10 peratus daripada barang yang hendak diniagakan. Contoh yang paling senang 10 peratus dari produk garam aura rezeki. 100set garam hanya 10set darinya yg perlu diinfaqkan.
Hasilnya bisnes kami tetap utuh dan kukuh berdiri kerana sedekah yang diberi itu digandakan 10 kali ganda oleh allah swt. Dari situ kami diajar dan dididik secara ilmiah yang menguatkan keyakinan kepada allah itu lebih tinggi dan tidak ada lagi perasaan takut, kedekut, risau untuk bersedekah.

Memang banyak yang kami belajar dan memberi kami kekuatan untuk hadapi sesuatu ujian atau dugaan dengan tenang. Nilai-nilai murni dalam jiwa menjadikan kami menerima sesuatu itu dengan keredhaan. Dengan redha kami tahu Allah akan memberi lebih lagi dari yang sedia ada.

Yang best kami diberi bimbingan melalui whatsap , bagaimana untuk up kan sales kami . Apa2 yang tak faham boleh tanye dlm group. In shaa allah akan dapat jawapan dan juga testimoni.

Aku memang bertuah kerana apa yang aku pelajari sebelum ini aku boleh match sekali dimana ia memberi kekuatan dalam sales aku setiap bulan. Tools-tools seperti page, fb ads, blog dan insta membantu melonjakkan Sales aku.

Untuk berjaya perlu ada ilmu dan juga tindakan, kedua-duanya mesti seiring baru ada perubahan dan akan mencapai target anda. Seperti Aur dengan tebing memerlukan diatara satu sama lain begitulah Ilmu dan Tindakan.



Rohati Ramlee

0105487126
Roharnetwork