Friday, 19 August 2016

Macam Mana Nak Buat Blog

Membina Blog (create Blog)
Sebelum membina blog anda perlu ada emel gmail. Sekiranya anda tidak ada emel gmail anda mesti create emel tersebut dahulu .
Sila ke web ini untuk create emel gmail www.gmail.com







Dah ada emel gmail anda dah boleh start buat blog. Dalam google satu emel boleh guna untuk semua fungsi.
Anda sekarang dah boleh buat blog.
Sila klik link ini untuk create blog www.blogspot.com
Gambar dibawah akan muncul dan anda isikan title blog anda




Contoh: Garam Aura Rezeki
Anda juga boleh letak nama anda atau sebagainya
Link saya :http://rohatiramleegaramaurarezeki.blogspot.com
Anda boleh letak http://namaanda.blogspot.com
Tertakluk pada available

Anda boleh pilih template simple dan klik create blog yang diarahkan oleh arrow warna merah.

Setelah pilih nama blog dan pilihan link untuk blog, sila klik “create blog”
Setelah dah klik “create blog” akan keluar gambar macam di bawah. Sekarang dah boleh mula berblogging, tulis apa saja yang anda inginkan.
Klik “start posting” untuk bermula.

















Mudahkan, so dah boleh buat blog untuk jadikan web anda.
Andainya anda ingin membuka semula blog untuk edit anda hanya klik post.





















Jom kita mula buat minisite. Anda boleh bermula menulis dulu atau pun setting 
template design pun boleh.Sekiranya anda baru nak bermula menulis jom ikut saya sampai jadi.

1.  Klik Layout





























2.  Klik template design seperti gambar dibawah ditunjukkan dengan arrow merah.









Bila Template Design dah diklik akan keluar gambar macam dibawah
Blogger Template Design. Disini anda boleh bermain-main dengan template-template yang ada. Pilihlah untuk layout untuk body layout dan footer layout.

Pilihan anda menentukan susunan blog anda nanti. Anda boleh adjust macam mana anda nak susunan blog anda mengikut pilihan yang diberi.







Saya telah tanda anak panah merah di layout, body layout , footer layout dan apply to blog. Apa-apa yang dipilih hendaklah apply to blog.


Saya memilih body layout yang border warna kuning begitu juga dengan footer layout.








Selepas itu klik pada template untuk memilih template .Klik pada mana-mana template dibawah.Saya pilih yang simple untuk permulaan.


Saya memilih warna jingga dan anda boleh pilih warna apa pun yang blog sediakan. Selepas memilih saya ke arrow apply to blog. Apa-apa perubahan yang anda buat hendaklah klik apply to blog




Sekiranya anda klik mana-mana template diatas anda boleh melihat warna blog yang andapilih.

Di gambar dibawah ditunjukkan  warna-warna yang ada untuk pilihan anda. Ada arrow menunjukkan background, klik disitu untuk mengubah warna background anda.Selepas itu klik aply to blog. Anda boleh klik mana-mana warna yang tertera dan ditunjukkan arrow .








Selepas itu anda klik advanced untuk menukar huruf abjad anda. Klik pada page text. Kebiasaannya digunakan “Verdana” lebih sesuai. Klik apply to blog.

Anda juga boleh bermain-main disini untuk melihat bentuk huruf anda. Sekiranya telah apply ke blog tapi masih lagi diubah semula hanya klik pada advance.
















Klik pada backgrounds seperti ditunjukkan arrow. Ada tiga bahagian disitu iaitu 1.Outer background, 2. Main background 3. Header Background.

Anda boleh pilih warna apa-apa untuk tiga-tiga bahagian, kemudian apply to blog.
















Ini apa yang saya pilih warna template saya. Saya terus apply to blog.








so ini yang anda akan dapat melihat bila preview nanti.


Dia akan keluar seperti dibawah.

Ada 2 kotak dibawah

1.  Gambaran akan dilihat melalui pc atau laptop
2.  Gambaran akan dilihat melalui mobile.

Sekarang blog kita hanya ada tajuk sahaja.Untuk menulis dibodynya harus pergi ke post. Klik post seperti anak panah itu.

















Ini popup yang akan muncul di skrin anda. Anda sudah boleh mula menulis dengan klik create a new post seperti ditunjukkan arrow warna hitam.







Setelah klik “create a new post” gambar seperti dibawah akan muncul.






Anda sudah boleh menulis sekarang seperti yang saya tulis dibawah. Anda boleh ikut apa yang saya tulis atau anda menggunakkan ayat sendiri. Sewaktu pertama saya belajar dahulu, saya hanya ikut apa yang diajar oleh mentor saya Sabree Hussin.


1.  Untuk menulis blog sila klik compose
2.  Untuk masukkan gambar klik pic yang ditunjuk oleh arrow
3.  Untuk lihat bagaimana rupa blog, klik preview.
4.  Apa-apa perubahan hendaklah sentiasa klik save
5.  Selesai semua boleh klik publish.

Semua langkah-langkah ini ada dalam gambar dibawah









Ini adalah gambar blog preview. Anda boleh melihat dulu sebelum publish.


















Boleh cuba dan jangan risau kerana boleh diedit semula. Selamat explore.

Tak cuba tak tahu



Rohati Ramlee
0105487126













Monday, 25 July 2016

Perjalanan Kearah Kejayaan

Apa yang perlu ada pada kita untuk berjaya dalam perniagaan?

Bagaimana nak mula?

Produk apa yang terbaik dan laris untuk dijual?

Modalnya bagaimana?

Mampu ke ?

Ada ke orang nak beli?


Bermacam-macam pertanyaan yang bermain difikiran aku tetapi satu jawapan pun tak dapat. Keinginan tu ada kerana minat dan ingin menambah pendapatan. Setiap kali mencuba tapi seperti hangat-hangat tahi ayam, panas sekejap je lepas tu terus sejuk bila banyak halangan yang perlu hadapi. Akhirnya apa pun tak jadi, tengok orang boleh berjaya sampai kemana-mana. Itulah aku dulu semasa muda, orang ajak join ini masuk, join itu masuk tapi habuk pun tak ada. Akhirnya jadi pekasam, kalu nak dihitung banyak juga hehe....

Kenapa ianya tidak menjadi kerana tiada ilmu dan banyak alasan, syarikat buat kelas tak hadir, ada perjumpaan macam-macam alasan yang direka. Join banyak mana syarikat pun tak akan berjaya kalau awal-awal lagi penuh dengan alasan-alasan yang diberi sekadar untuk menyedapkan hati sendiri.

Naknya dapat income lebih sekurang-kurangnya dapat membantu suami atau keluarga dikampung, dapat balik berhari raya dikampung lama sikit ke untuk menampung perjalanan, makan dan minum disana kononnya. Hakikatnya tak kesampaian kerana tiada jiwa yang bersungguh-sungguh untuk merubah nasib.

Akhirnya aku dapat tukar ke Kemaman Terengganu pada tahun 2000. Alhamdulillah syukur pada Allah kerana apa yang aku mintak dimakbulkan. Bermula disini pada tahun 2008 aku mula kembali berjinak-jinak join MLM . Dari company H aku telah belajar berhutang dengan Bank untuk mendapatkan modal perniagaan. Tetapi aku kecundang dengan hutang bank yang terpaksa bayar setiap bulan. Tetapi masih juga tidak serik lagi pada 2009 aku join company A, Alhamdulillah aku mula belajar dari A sampai Z , semuanya berusaha sendiri dengan diajar oleh leader yang jauh di Kuala Terengganu. Akhirnya dari bawah aku merangkak sendiri sambil belajar tentang produk melalui guna sendiri, bacaan dan berusaha pergi kelas untuk mendapat ILMU. Dari situ aku mempraktikkan apa yang dipelajari serta berusaha untuk bercerita kepada pelanggan tentang kehebatan produk. Aku buang malu, segan, takut dan berusaha untuk mendapat keyakinan diri dengan memujuk hati supaya bertenang, tidak gelabah,tidak gentar dan akhirnya aku berjaya mengatasinya.

Betullah kata orang nak seribu daya , aku berusaha dari bawah sehingga mendapat pangkat Manager, dan waktu itu aku tak takut lagi untuk menjadi jurucakap atau bercakap didepan orang ramai. Duit banyak tetapi tak nampak untung kemana, modal kemana. Aku rasa penat , duit banyak habis jumpa orang sana sini tu semua perlu modal, akhirnya aku jadi pengguna sahaja.

Keinginan untuk berjaya itu masih ada dalam hati , pada 2013 aku mula beralih mencari ilmu bagaimana untuk berjaya dalam jualan online. Aku turun naik ke Kuala Lumpur untuk hadir Kursus atau Seminar. Dalam masa yang sama aku juga membeli ebook2 yang dijual oleh internet-internet markerter yang terkenal. Banyak juga duit habis tapi apa yang aku cari tak dapat-dapat, ilmu dah ada tetapi nak mula tu macam mana. Memang semua orang boleh buat fb, page tapi ada ke orang nak beli barang kita, Sekiranya tak kene cara dan orang tidak mengenali kita dan tidak dapat memberi keyakinan dan kepercayaan pada pelanggan.

Satu hari mungkin ditakdirkan allah berjumpa dengan seorang anak muda yang bermurah hati untuk memberi cara-cara bagaimana nak add friends tanpa diblock oleh fb. Akhirnya dia menjadi MENTORku dengan beli ebook yang berharga RM5, akhirnya dari situ aku belajar. Dalam ebook itu mengajar dari A sampai Z. Bagi aku yang zero ni boleh mengikutinya satu persatu. Penerangan yang cukup mudah dan bersistem, aku belajar dari bagaimana nak buat facebook yang berkualiti, page, nak buat fb group, nak buat blog, minisite, landing page, emel markerting, ayat-ayat emel dan banyak lagi. Inilah yang aku cari sebenarnya iaitu bagaimana nak bermula. Aku habiskan masa lebih kurang 3 minggu untuk step-step emel markerting, dari buat blog, minisite , ayat-ayat emel dan lain-lain. Tak jadi buat lagi dan lagi sehingga jadi. Dah jadi aku sungguh2 hepi dan syukur sangat-sangat kerana segalanya adalah darinya.

Bila dah pandai aku menyahut cabaran Mentorku untuk menjadi agen affilliatenya, iaitu menjual ebook yang berharga RM5 tu. Alhamdulillah aku baru bermula dalam bisnes online markerting atau kata lain Internet Markerter.


Ini adalah jualan ebook aku yang pertama dan masa tu baru nak belajar jadi agen affilliate.

Statistic Akaun Affiliate Anda
Rekod Klik Terhadap Link Affiliate Anda
54 Click(s)
Rekod Jualan Anda - PENDING
0 Unit
MYR 0
Rekod Jualan Anda - VERIFIED
0 Unit
MYR 0
Rekod Jualan Anda - PAID
5 Unit
MYR 25



Aku pernah menjual ebook dari harga RM5 hingga Rm100 . Bukan senang untuk menjual ebook pada waktu itu dengan aku ini belum lagi dikenali , tapi alhamdulillah berkat usaha yang tak pernah putus asa.

http://tanpakos.blogspot.my/2014/04/apa-dia-panduan-dominasi-fb-group-mesti.html

Boleh layari blog aku mengenai kisah lanjut di link yang diberi diatas.


Dalam banyak-banyak bisnes yang aku ceburi, aku rasa bisnes Garam Aura Rezeki paling sesuai dengan jiwa aku. Aku rasa mudah dan senang serta rapat sangat dengan pelanggan-pelanggan. Sambil menjual dalam masa yang sama aku dapat menjalinkan ukhwah dengan mereka. Aku rasa rapat dan terlalu dekat dengan pelanggan-pelanggan dan Agen-agen aku.


Uniknya berada dalam jemaah ini aku mendapat banyak ilmu serta tip-tips bagaimana untuk melonjakkan sales secara menjemput rezeki. Sebenarnya mudah je iaitu balik kepada ASAS sebagai seorang Islam dan melakukan tanggungjawab yang disuruh Allah azawajalla. Kebanyakkan kita tidak melakukan kewajipannya dengan sempurna sehingga sanggup meninggalkan terus atau tidak cukup 5 waktu oleh kerana semata-mata mengejar rezeki.

Dalam group Aura Rezeki kami diterapkan dengan info-info ASAS dan juga berkenaan produk knowledge supaya tahu bagaimana untuk menjawab persoalan-persoalan yang mungkin ditanya oleh customer. Group Support memang best penuh dengan kualiti, aktif dan sama-sama berusaha mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna.

Kami diberi ILMU melalui wassap group dan juga Seminar Jiwai Auramu dengan tag line "Bangkit Cipta Sejuta atau dikenali BCS". Kali pertama hadiri seminar telah membuka minda aku dimana yang pasti mesti perbetulkan niat. Diajar dan diberi maksud perbetulkan niat, ya aku sebelum ni memang pernah mendengar perkataan ini "perbetulkan niat" . Tapi tak faham , dan aku kira orang lain pun macam tu, sebab tidak diberitahu secara detail apa itu perbetulkan niat.

Aku bertuah kerana dalam Seminar Jiwai Auramu aku rasa lain dari yang lain sebab dalam seminar tidak menyentuh mengenai produk tapi menitikkan diri untuk menjaga networking dengan Allah dan selalu subbmit diawal waktu serta sentiasa yakin dan pasti rezeki adalah dari Allah.

Dari seminar aku dapat ilmu baru yang mungkin.tidak.dapat diluar sana. Syukur alhamdulillah banyak yang aku belajar dari Seminar ini. Tentang Senaman Pukau , mesti anda berfikir yang negatifkan. Senaman berupa membangkitkan zikir-zikir yang disukai allah seperti subhanallah, alhamdulillah, allah huakbar. Menerap zikir-zikir dalam jiwa agar sentiasa dekat pada allah.

Dalam masa yang sama digabungkan dengan bayangan hipnosis otak bawah sedar , so nak tahu bagaimana boleh hadiri Seminar Jiwai Auramu Bangkit Cipta Sejuta..

Kami diberi ilmu potensi diri dan warna diri secara asas. Dengan ilmu yang asas ini boleh membangkitkan jiwa dan dalam masa yang sama boleh melonjakkan sales secara tak langsung.
Kami diajar tentang elemen dan warna dimana boleh mengenali diri sendiri tentang keupayaan dan kelemahan diri. Dari situ kami boleh memperbaiki kelemahan menjadikan lebih yakin dan lebih fokus. Dalam masa yang sama kami menjadikan terapi warna booster sebagai pakaian harian supaya ianya menjadi sebati dan boleh menonjolkan aura positif yang WOW.

Kami belajar menginfaqkan dahulu atau asingkan dulu 10 peratus daripada barang yang hendak diniagakan. Contoh yang paling senang 10 peratus dari produk garam aura rezeki. 100set garam hanya 10set darinya yg perlu diinfaqkan.
Hasilnya bisnes kami tetap utuh dan kukuh berdiri kerana sedekah yang diberi itu digandakan 10 kali ganda oleh allah swt. Dari situ kami diajar dan dididik secara ilmiah yang menguatkan keyakinan kepada allah itu lebih tinggi dan tidak ada lagi perasaan takut, kedekut, risau untuk bersedekah.

Memang banyak yang kami belajar dan memberi kami kekuatan untuk hadapi sesuatu ujian atau dugaan dengan tenang. Nilai-nilai murni dalam jiwa menjadikan kami menerima sesuatu itu dengan keredhaan. Dengan redha kami tahu Allah akan memberi lebih lagi dari yang sedia ada.

Yang best kami diberi bimbingan melalui whatsap , bagaimana untuk up kan sales kami . Apa2 yang tak faham boleh tanye dlm group. In shaa allah akan dapat jawapan dan juga testimoni.

Aku memang bertuah kerana apa yang aku pelajari sebelum ini aku boleh match sekali dimana ia memberi kekuatan dalam sales aku setiap bulan. Tools-tools seperti page, fb ads, blog dan insta membantu melonjakkan Sales aku.

Untuk berjaya perlu ada ilmu dan juga tindakan, kedua-duanya mesti seiring baru ada perubahan dan akan mencapai target anda. Seperti Aur dengan tebing memerlukan diatara satu sama lain begitulah Ilmu dan Tindakan.



Rohati Ramlee

0105487126
Roharnetwork





Thursday, 19 May 2016

BILA KITA REDHA DENGAN UJIAN ADA SESUATU YANG ALLAH BAGI


"Asalamualaikum puan
Saya berminat nak jadi agen dibawah puan...
Boleh ke puan beri saya peluang tu."
Aku menerima wassap dari customer baru  yang dah baca blog aku, Seperti biasa aku akan bertanya soalan-soalan pengenalan. Setelah memberi penerangan panjang lebar berkenaan syarat-syarat menjadi agen,
 aku pun masukkan dia dalam group. Supaya dia dapat mempelajari dan mendapat ilmu .



Dari perbualan kami dalam wassap tu dia memang sangat-sangat berminat untuk jadi agen million dan seterusnya untuk upgrade ke agen billion. Dia juga ada buat bisnes lain sikit-sikit. kami macam kenal dah lama walaupun dalam wassap. 2 hari selepas tu Z tanya macam mana nak dapatkan hadiah TUALA . Aku menerang padanya secara jelas iaitu beli 1 kotak (15sets) dengan harga RM41 x 15 = RM615, postage RM25 . Ini terus jadi Agen Million. "Tamat sampai bila kak ?". Aku jawab sampai bulan ni rasanya.



Pada 12hb April Z left group kerana telah join dengan Agen Billion lain. Aku menerimanya dengan redha dan menghalalkan apa saja ilmu yang diberi dalam group aku. Aku juga mendoakannya semoga berjaya. Aku juga mendoakan dimurah rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Aku bangga dengan Z sebab berterus terang dia nak keluar group, "dia mengucapkan terima kasih sambil berkata rezeki kita tak bersama ya kak".



Pada 27 April Z wassap aku "akk ingat x pasal tuala tu kak.. Mcm mana nak dptkan tuala tu ea kak".
aku jawab "beli 1 kotak dapat tuala percuma". Z berkata " nampaknya saya ni  kene tipu, rasa xhepyy lah kak, saya join niat betol sambil nak dapatkan tuala tu." Subhanallah kesian dia , begitu mengharap. Aku bersimpati padanya dan cuba memujuknya untuk menerima ketentuan allah. Aku sarankan padanya agar memaafkan orang itu dan mendoakan supaya dilembutkan hatinya.
Mungkin tanpa disedari agen tersebut  telah melukai hati orang dan dalam masa yang sama dia telah ambik hak orang lain. Dan lagi sebagai agen kene amanah atas infaq yang telah diamanahkan oleh pihak syarikat . Seandainya dijual dan digunanya apa hukumnya? Subhanallah bagaimana untuk dijawab diakhirat kelak. Elaklah daripada perkara-perkara yang remeh temeh begini pada dasarnya , tetapi akan dibawa bersama sehingga ke liang lahad.



Z akhirnya kembali semula dalam group aku, Bukan senang untuk memaafkan orang yang telah menipu kita, sekiranya maaf pun masih ada luka yang masih berparut. Aku memohon pada Z " Z akak nak Z maafkan dia, Z doakan dia supaya berubah ya. Dari situ Z belajar apa erti keredhaan. Bukan senang nak dapat redha allah. So mungkin allah nak uji Z. So ambik ni sebagai ujian. Menerima dengan penuh ikhlas in shaa allah allah akan beri lebih baik dari apa yang dia dapat. Percayalah Z." "Saya dah cuba tapi hati saya tetap tak ikhlas," kata Z. " Akak jika kita jahat kita boleh bertaubat mohon ampun pada allah...tp kalau sesama kita... kita x jujur... kat akhirat kelak org tu merangkak cari kita.."



" ya betul , mungkin kita xikhlas sekarang, kita belajar menerima.  Apa yang berlaku itu adalah ujian allah...  nanti in shaa allah kita boleh maafkan orang dengan ikhlas dan redha...bukan senang nak redha...tp kita kene belajar menerima kesakitan itu. Satu hari Z akan rasa lapang dada bila kita memaafkan orang dan allah tahu Z orang yang kuat,.. redha itu juga rezeki Z... banyak2 bersabar in shaa allah ada hikmah disebaliknya... dalam akhirat kita juga xnak merangkak mencari orangkan, byk mana kita bwk pahala bergunung2.. kita xnk yang kita bwk tu menjadi muflis.. so kita mudah maafkan orangkan, orang lain pun mudah maafkan kita... kita xnampak dan xsdr kadang2 kita juga mungkin menyakiti hati org lain... so kita maafkan org.. org pun maafkan kita tanpa kita sdr.." Z berkata " mungkin bukan sekarang .."



Dua hari selepas tu Z mendapat surat tawaran  Perumahan Rakyat Mampu Milik, hanya menunggu jawapan dari Z...Yang best tu pihak Syarikat itu sendiri yang menalipon Z bertanyakan nak atau tak tawaran rumah tu. Syukur alhamdulillah berkat kesabaran diatas ujiannya dan sudah mula meredhakan apa yang berlaku.



Sejak dapat surat tawaran rumah, Z telah nampak hikmah disebaliknya, alhamdulillah dia telah betul-betul redha dengan ujian itu. Bayangkan Z hanya menerima ujian itu dengan perkara yang amat kecil iaitu rasa tertipu dan tuala hanya berharga RM30 sahaja. Tetapi Allah beri padanya sesuatu yang sememangnya dia idam-idamkan selama ini. Telah berkali-kali membuat permohonan tetapi tak pernah dapat-dapat. Z amat hepi dan amat bersyukur kerana impiannya telah dikabulkan allah.



Redha juga adalah salah satu cara Menjemput Rezeki, Redha itu sendiri adalah rezeki kerana bukan senang untuk meredhai sesuatu yang kita suka, sayang . Dengan usaha untuk meredhakan apa yang berlaku adalah nikmat yang paling besar kepada setiap orang yang merasainya. Kerana redha itu sendiri mendekatkan diri kita pada allah swt, dan boleh merasai kasih sayang allah pada kita.


Subhanallah!


Ya Allah jadikan kami semua yang membaca cerita ini sebagai panduan untuk mendekatkan hati kami kepada mu ya allah. Peliharalah kami dari leka, mementingkan diri sendiri, alpa dan dosa yang tak nampak atau rasainya. Jadikan kami insan-insan yang sentiasa bertaubat kepadamu ya allah

Aminn   Aminn  Aminn ya Rabb
.
 
0105487126
Rohati Ramlee
Internet Markerter/Finiancial Freedom

Tuesday, 22 March 2016

AGEN AURA REZEKI

Adakah anda sedang mencari pendapatan tambahan atau pekerjaan tetap.....




Inilah bisnes Alternatif untuk menambah pendapatan.
Inilah bisnes bagi mereka yang suka berkerje dari rumah
Inilah bisnes yang suka bersantai-santai
Inilah bisnes yang anda boleh membantu orang yang ada masalah dalam masa yang sama memberi pendapatan 
Inilah bisnes yang tiada tekanan Mental dan Fizikal
Inilah bisnes yang mudah repeat sale dan keperluan setiap individu.

Sila baca dengan teliti. Sebelum anda menutup web ini.



"Bisnes Paling Top dan Paling LARIS abad ini."





kerana ini peluang terbaik untuk anda mengubah kewangan anda, 12 bulan dari sekarang anda sudah berpendapatan 5 angka.




Dari Laptop: Rohati Ramlee,

Assalamualaikum WBT dan Sejahtera.

Nama saya Rohati binti Ramlee, saya adalah agen Billion Aura Rezeki yang sah .

Bermula pada April 2015 saya telahpun mengguna Garam Aura Rezeki, saya merasa bersyukur kerana Allah mempertemukan saya dengan produk ini dimana saya merasa tenang, rilex, dan rasa seronok kerana dapat membantu kawan-kawan yang ada masalah dari segi JODOH, GANGGUAN mAKHLUK hALUS, BISNES, RUMAHTANGGA, PEKERJAAN dan lain-lain.

Yang best anda merasa mudah untuk berkomunikasi, berkeyakinan dan kehidupan anda teratur serta anda merasa mudah untuk beramal. 

Dengan bermodalkan serendah RM410 anda telah dapat jadi Agen Million. Anda juga boleh buat bisnes ini tanpa modal iaitu dengan Dropship. 

Uniknya AURA REZEKI ialah Trading berjemaah serta memberi seminar untuk Bangkit Cipta Sejuta. Memberi tunjuk ajar  melalui metafizik , bagaimana anda mengenali siapa diri anda , dimana kekuatan anda dan kelemahan anda. Dari situ anda dapat memperbaiki diri anda untuk lebih berjaya dalam bisnes serta kehidupan anda. 

Saya ingin membantu anda untuk bersama-sama merealisasikan impian untuk menambah pendapatan anda. Segalanya terletak pada tangan anda untuk mengapai cita-cita yang terpendam sekian lama. Inilah masanya untuk anda mengubah kewangan anda dan kehidupan anda.


Anda Buat Anda Dapat. Kejarlah akhirat in shaa allah dunia akan mengejar anda.


Hanya bermodalkan RM615 
Sahaja Anda Sudah Menjadi Agen dan Dapat Menikmati Semua Produk Dengan Harga Agen. Cukup Berbaloi-baloi....





HARGA 15SET RM615 SAHAJA

DAN

POSTAGE RM25


Saya mencari 100 Agen Million dan Dropship yang betul-betul komited dalam perniagaan ini.

untuk mereka yang membeli sekarang hingga 31hb disember akan mendapat hadiah MISTERI khusus dari saya.



Saya nak belilah dapat Hadiah Misteri Lagi!!!!!!
Tak akan dapat dimana-mana pun hanya disini sahaja

Ya Betul

TUNGGU DULU!!!!!

Ada LagiAnda juga akan mendapat  Flyers dan Banting




BOLEH CALL, SMS, WASSAP KE 0105487126


Saya nak yang betul-betul ingin belajar selok belok perniagaan ini, yang mempunyai hati yang kental berhadapan dengan CABARAN yang mendatang. Ada keinginan menambah ILMU dan BERAMAL serta ISTIQOMAH. Sanggup belajar dari bawah dan aplikasi serta upgrade diri dari masa ke semasa. Berusaha tanpa jemu dan tidak ada putus asa dalam kamus kehidupan. Sentiasa POSITIF dan tidak ada ALASAN dalam tugas yang diberi. Mesti ada GOLD dengan TARGET yang ditetapkan sendiri. Mesti ada DISIPLIN diri dalam mencapai cita-cita.

MENGAPA MESTI JADI AGEN SAYA?


Saya akan beri didikan terbaik untuk Agen-agen saya supaya mereka menjadi seperti saya.

1. Akan dimasukkan dalam Group Terapi Aura Rezeki dimana disitu boleh berkomunikasi dengan agen-agen yang lain, dalam masa yang sama boleh mendapat info-info dari JMV, Testimoni dan sebagainya.

2. Boleh berkomunikasi direct dengan saya sendiri untuk mendapat info-info terbaru.

3. Diberi tunjuk ajar bagaimana untuk membina page,blog dan fb ads asas untuk pemasaran.

4. Diberi tunjuk ajar bagaimana untuk menjawab soalan pertama customer wassap atau PM.

5. Diberi tunjuk ajar apa yang harus dilakukan bila dapat wassap atau pm dari customer.

6. Bagaimana untuk kembangkan modal anda menjadi 50K pertama dalam masa 6 bulan.

7. Bagaimana untuk uruskan Agen anda.

8.Kenali Potensi diri,warna diri, element diri anda melalui Tarikh Lahir.

9. Bagaimana untuk menjemput rezeki.

10. Senaman Bangkit Cipta Sejuta

11. Sedekah Subuh.

12. Sedekah Alfatihah

13. Sedekah/Infaq 10 peratus daripada produk anda.




SAYA LEBIH BANYAK MENGGUNA WHATSAPP UNTUK BERKOMUNIKASI





TESTIMONI YANG TELAH BERJAYA BERSAMA SAYA


" Seorang bekas pengacara TV yang telah meletak jawatannya, dan mula berkecimpung dalam perniagaan ONLINE. telah berjaya membuat sales sebanyak 600sets Garam Aura Rezeki dibulan pertama September 2015 menjadi Agen Billion. Mulai dari situ beliau telah upgrade target setiap bulan, bulan Oktober salesnya terus meningkat sebanyak 1200 set, bulan november 1200 set. Akhirnya 6hb Disember Farhah upgrade menjadi Stokis Negeri Perak. Alhamdulillah salesnya terus melonjak ke 2100 set untuk Disember , January 2200 sets dan Febuari terus meningkat 3500 set sebulan dan kini telah mempunyai Agen Billion , Agen Million dan Dropship yang aktif menggunakan fb ads. Apa pun aku bersyukur sangat kerana mempunyai anak didik seperti Farhah yang tidak pernah jemu menimba ilmu dan tidak pernah lupa asalnya. Sentiasa bercerita, dan akulah tempatnya mengadu untuk mendapat pandangan serta rujukan, kami seolah-olah ibu dengan anak, Apa pun aku bangga dengan pencapaiannya yang consistance, dan itulah yang sepatutnya.

Sebagai stokis Negeri Farhah telah membuka ofice dan mengajikan 2 orang pekerja untuk mengguruskan order yang diterima setiap hari. Kejayaan yang diambilnya hanya dalam masa 6 bulan sahaja, syukur alhamdulillah dengan izinnya inilah hasilnya."

Farhah 016 920 9965
Stokis Negeri Perak
-----------------------------------------------------------------------------------------------------



Dari Dropship upgrade ke Million Agen, Akhirnya upgrade ke Billion pada Disember 2015. Seorang yang masih muda dan sudah ada bisnes sendiri dan hanya mula-mula guna untuk diri sendiri . Merasa dan menjiwai akhirnya dengan niat untuk membantu dan berkongsi kepada orang-orang disekelilingnya ,lama-lama seronok dan rasa amat MUDAH untuk buat sales. Ditambah lagi rasa bahagia bila dapat membantu insan-insan yang ada masalah dimana dapat meringankan dan dalam masa yang sama dapat penyelesaian.

Bulan Disember dapat sales 150 set, January 165 set, Febuari 90 set menurun sedikit , perkara biasa dalam perniagaan turun naik. Tapi untuk orang baru alhamdulillah salesnya.

Mardhiah 01116173259.
Agen Billion Petaling Jaya




TESTIMONI MARDHIAH YANG TERBARU

--------------------------------------------------------------------------------------------------



Begitu juga dengan Norafzalina dari Kuantan, dari pengguna menjadi agen Million dan akhirnya upgrade ke agen Billion. Alhamdulillah syukur kepada ilahi, beliau seorang yang fokus serta aplikasi apa yang telah ditunjuk ajar. Walaupun beliau telah mempunyai 2 bisnes online yang lain tetapi sales garam Aura Rezeki sentiasa aktif. Mempunyai agen Million dibawahnya dan juga agen Billion. Seorang yang aktif dalam bisnes dan kreatif serta berusaha mencari ILMU untuk berjaya dalam Bisnes.

Norafzailina 012 9612791
Agen Billion Kuantan

--------------------------------------------------------------------------------------------------



Alhamdulillah Agen-agen Billion dan Million dibawah saya semuanya aktif-aktif semua. Mereka boleh boleh buat sales. Mereka diajar Senaman Bangkit Cipta Sejuta, Sedekah Subuh, Menjemput Rezeki. 


Kejayaan saya sendiri alhamdulillah syukur sangat-sangat kepada Allah yang telah memberi rezeki pada saya dimana dalam banyak-banyak bisnes yang telah saya buat. Inilah bisnes yang sangat mudah dan secara rilex-rilex buat dirumah secara online boleh mengapai impian untuk mendapat pendapatan 5 angka dan boleh mengembangkan ilmu kepada agen-agen saya yang tersayang. Saya telah mempunyai 15 Agen Billion , 19 Agen Million dan Dropship yang semuanya aktif dan duplicate apa yang saya buat. Berkat sokongan dan kesetiaan mereka dibawah bimbingan saya, alhamdulillah group sales bulan Febuari meningkat 1000 sets.

Untuk mengetahui berkenenaan produk boleh baca tulisan-tulisan saya sebelum ini.

Untuk Pertanyaan sila wassap ke 0105487126



Siapa saya?

Saya akan memperkenalkan diri saya sebelum mengajak anda untuk menyertai rangkaian saya. Anda juga perlu tahu latar belakang saya, betul tak?

saya adalah seorang Internet Markerter. Sebelum ini saya adalah seorang penjawat awam dan telah pencen secara pilihan.
Saya mengguna medium internet sepenuhnya dalam markerting untuk bisnes online saya.

Saya seorang markerter, blogger dan juga seorang penulis ebook.

Untuk tujuan pemasaran saya mengguna tools-tools seperti emel, facebook dan blog di media sosial.

Alhamdulillah syukur dengan kepakaran saya dalam bisnes online saya mempunyai Agen-agen diserata malaysia tanpa berjumpa face to face.

Sepanjang penglibatan saya dalam bisnes Aura Rezeki, saya pernah berjumpa dengan Agen saya yang berada dipersekitaran saya sahaja. Yang lain kami hanya berhubung melalui wassap, sms, facebook atau telefon sahaja.

"semuanya online"

Bagaimana saya close deals, beri support dan berkomunikasi dengan rangkaian saya diserata Malaysia dan Brunei ? 

Senang je, saya guna emel, facebook, sms, whatsapp dan telefon untuk berkomunikasi dengan rangkaian agen saya di serata Malaysia.

Inilah bisnes yang paling senang & simple yang pernah saya jumpa .









Rohati Ramlee
Finance Freedom 
0105487126