Alhamdulillah syukur dengan nikmat Allah yang diberi walaupun lambat tapi akhirnya jumpa juga aku dengan produk Garam Aura Rezeki. Sebelum ini aku buat bisnes terasa kosong walaupun laris jualannya tetapi tiada perasaan yang seindah sekarang. Kiranya terasa begitu kuat ukhwah dan amat erat dengan customer-customerku. Walaupun tidak mengenali face to face tetapi keakraban serta keserasian dapat menjiwai jiwa-jiwa mereka dengan penuh perasaan.
Dari hari ke hari aku banyak belajar mengenai garam bukit ini, rupanya garam boleh merakam apa saja yang kita ucapkan sama seperti dengan air dan mawar merah. So bila kita bercakap tu kena yang baik-baik sahaja kerana percakapan kita itu adalah doa. Selama ni yang aku tahu orang tua-tua dulu kalau demam campak, demam panas dan apa-apa masalah gangguan makhluk halus, dia orang bawak air pergi jumpa ustaz-ustaz untuk dibaca dan bagi minum pada kita yang sakit.
Kalau ada gangguan yang teruk bawak garam untuk dibaca dan ditabur sekeliling rumah sebagai pendinding dan juga untuk jin atau makhluk halus keluar dari rumah.
Masa dulu-dulu kalau anak dara lambat kawin mandi 7 bungga supaya buang semua yang negatif supaya bersih dan baru nampak wajah berser-seri. So mudahlah dapat JODOH.
Dah 6 bulan bersama garam Aura Rezeki dan memang jodohku dengan garam ni, Alhamdulillah dah ramai customerku dan ada di seluruh Malaysia termasuk Thailand dan terbaru Brunei Darul salam. Aku juga ada group aku sendiri, dan namanya " Terapi Aura Rezeki RR" , dapatlah mereka menjalin ukhwah dan juga berkongsi perniagaan mereka. Ada group ni senang sikit nak update apa-apa maklumat untuk mereka. Dulu aku kena copy patse je hehe... maklum masa tu tak nampak lagi, bila anak didik aku memberi idea macam mana dia pun buat group untuk garam. Maka tercetuslah sebuah group yang meningkat naik bilangannya.
Aku banyak menerima customer yang ada gangguan makluk halus, sales menurun , jodoh , buatan orang dan saka. Aku bukannya pandai sangat tetapi aku sendiri ada pengalaman sebagai mangsa gangguan yang dihantar kepadaku. Aku berubat dan ada kawan-kawan yang memberi cadangan supaya membaca surah Al MATHURAT untuk pelindung dan surah Al HASYAR untuk buang keluar.
Maklum sajalah bila kita berniaga ni ramai orang tidak suka tengok orang berjaya, walhal kita tidak ganggu pun kerana Allah telah siapkan rezeki untuk kita sejak masih dalam perut mak kita. So pandai-pandailah kita berusaha dan bagaimana. Perjalanan kehidupan Harian kita telah pun ditulis cuma kita yang tidak tahu.
Berbekal dengan pengalaman aku dapat memberi cara-cara terbaik untuk mengguna garam bukit yang telah diruqyah assyifa' sebagai perubatan alternatif untuk pelanggan yang memerlukan pertolongan. Aku juga sedia menjadi pendengar kepada pemasalahan dan menasihat kepada yang lebih positif. Hidup kita ni kena sentiasa positif dan tinggalkan perkara-perkara negatif yang tidak memberi faedah kepada orang sekeliling kita.
Apa yang kita fikirkan dalam hati mesti positif kerana ia adalah permulaan dan titik tolak sesuatu perkara yang baik-baik dan jika berfikir kepada negatif maka sebaliknyalah yang terjadi. Ia bersangkut dengan Hukum Tarikan dimana bila kita berfikir yang negatif maka tarikan negatif yang kita dapat. Contoh anda selalu sebut "aku minum kopi nanti sakit kepala", dan selalu berulang-ulang perkataan itu disebut so anda akan mengalami sakit kepala bila minum kopi.
Alhamdulillah syukurnya aku kerana dapat menghadiri diri ke Seminar Jiwai Auramu @ Bangkit Cipta Sejuta Dengan Menjiwai Cinta Allah yang dibawa oleh JMV . Mula2 aku ingat mereka ni bercerita pasal garam, tekaan aku meleset sama sekali. Bila sudah berada didalam Seminar ini. baru aku tahu Ya Allah syukur padamu kerana aku ditemukan dengan garam Aura Rezeki juga diberi peluang hadir seminar ini.
SEMINAR DI KUANTAN PAHANG
Dalam Seminar ini Pengasas Garam Aura Rezeki menceritakan bagaimana dia bangkit cipta sejuta dalam masa 4 bulan. Disini dia membongkarkan step by step apa yang dia buat dari permulaan untuk bangun semula dari kejatuhannya dalam perniagaan dulu. Semasa dalam delima beliau telah ditemukan dengan garam yang diruqyah assyifa telah dapat memulihkan jiwanya yang dalam keadaan murung dan kosong. Selepas itu niat hatinya untuk membantu jiwa-jiwa diluar sana yang menghadapi masalah-masalah supaya boleh bangkit semula.
Bermula dari keyakinan berdiri diatas kaki sendiri dalam masa 4 bulan pengasas Aura Rezeki telah membina empayarnya melalui produk Garam Aura Rezeki.
Dari situ tercetusnya keinginan untuk memberi ilmu bagaimana menjadi Jutawan Beriman dengan Menjiwai Cinta Allah. Beliau menyampaikan Elmu melalui Seminar JIWAI AURAMU @ BANGKIT CIPTA SEJUTA dimana didalamnya menceritakan kisah beliau Jatuh dan Naik. Apa yang beliau lakukan 9 perkara semasa mula bangkit dibongkarkan step by step mencipta keyakinan diri dan kejayaan. Semuanya meletakkan ALLAH didepan sebagai tempat meminta dan bergantung semasa senang atau susah. Meredhakan apa yang telah berlaku dan menjadi pegangan dalam meniti Kejayaan bersama-sama Jemaah yang disayangi.
Alhamdulillah telah 3 kali aku menghadiri Seminar ini, syukur kehadrat ilahi mengerakkan hati aku untuk sampai disini. Subhanallah terlalu berbeza dengan seminar yang aku pernah hadiri sebelum ini. Ingin aku kongsikan apa yang aku rasai dan aku dapat setelah 6 jam mempelajari elmu yang bukan senang untuk dapat dengan bayaran yang cukup murah , sebab dengan RM50 semua orang mampu. Seandainya anda berkira-kira memang anda rugi kerana elmu ini boleh merubah cara kehidupan anda menjadi lebih baik dan menyedarkan diri anda dari keseronokan duniawi.
Apa yang aku belajar SENAMAN PUKAU, mula-mula buat ingat tak ingat step pertama dah bercampur tapi aku terus buat dan perbetulkan. Susah juga nak istiqomah dan menghayati tapi akhirnya aku boleh menjiwainya . Subhanallah! Maha Kaya Allah , aku mula merasai ada perbezaan.
Aku juga melakukan INFAQ barang yang aku jual sebanyak 10 peratus , aku ketepikan dulu untuk infaq baru yang baki tu aku boleh jual. Memang janji Allah setiap sedekah dan infaq akan diberi ganti. Subhanallah petang ni infaq ,esok pagi-pagi lagi orang dah beli. Kebetulan esoknya perjalanan kami ke majlis pertunangan anakku di Kelantan. Pagi ni aku kerumah mak , dalam perjalanan aku rasa nak sarapan pagi tapi berat pulak nak berhenti. Sampai je rumah mak memang langkah kanan kerana adik dah masak nasi minyak. Pagi tu juga adik nombor dua talipon ajak makan pagi untuk esoknya sebelum mulakan perjalanan kami ke Kelantan. Memang Allah maha Pengasih lagi penyayang dan maha memberi. Setiap yang kita beri ada balasnya tapi kadang-kadang kita tak nampak sebab Allah beri dalam bentuk lain.
Petang tu aku suruh anak aku servis kereta sebelum pergi Kelantan esoknya, subhanallah Allah telah membantu aku sekeluarga supaya perjalanan aku esok MUDAH, kerana petang tu juga aku terpaksa ganti tayar kereta kerana sudah merekah. Syukur Alhamdulillah perjalanan kami pergi dan balik selamat dan dimudahkan Allah.
Hampir sebulan aku istiqomah senaman PUKAU , subhanallah apa yang aku setkan diMinda menjadi kenyataan. Ya Allah aku dapat sale sehari RM1k dan aku dapat customer yang jadi Stokis Mobile mula bertambah dari 5 orang menjadi 10 orang. Kini mereka juga sales bertambah dan mula aktif. Aku amalkan sedekah AL Fatihah dan sebut nama mereka masa selepas solat dan semasa azan sedang berkumandang niat dihati untuk sedekah. Aku juga sedekah Al Fatihah semasa customer bertanya berkenaan garam Aura Rezeki dan berdoa untuk mereka semoga dilimpahi rezeki yang banyak supaya dia dapat membantu orang sekelilingnya.
Amalan yang dilakukan oleh mereka Jutawan ialah singgah di Masjid mula-mula ditempuhinya untuk solat dhuha dan bersedekah, sedekah yang diberi adalah RM yang paling besar dalam dompet. Cuba anda lakukan sekiranya ingin tahu apa jawapannya dan apa perkhabaran baik yang anda dapat. Lakukan juga Solat sunat Zohor 4 rakaat 2 salam sebelum solat zohor dan solat-solat sunat waktu yang lain, in shaa allah anda akan mendapat perkhabaran yang baik.
Selain menjiwai cinta Allah seminar ini juga mengajar mengenali POTENSI DIRI secara asasnya dan warna-warna Booster yang sebaik-baiknya dipakai setiap hari atau warna mengikut harian. Memang Amazing bila dicantumkan sekali dengan amalan-amalan seharian. So anda ingin mengubah hidup anda yang sekarang ini sentiasa bermasalah, jangan tunggu lagi angkat talipon dan dial ke 0105487126 in shaa allah saya akan bantu anda. Mungkin dah lama anda mencari bagaimana untuk menyelesaikan masalah anda yang bertimpa-timpa tetapi malu untuk bertanya atau tidak tahu bagaimana.
Aku pergi seminar yang sama untuk kali ke tiga di Kuantan dan aku berjumpa dengan 3 customer aku yang sama-sama menghadiri diri di Seminar ini. Syukur Alhamdulillah pada Allah kerana telah mempertemukan kami sejak di alam cyber hingga ke alam nyata. Betapa bahgianya kami bertemu walaupun itu adalah kali pertama bersua muka, hebatnya Allah mengatur segala-galanya. Aku amat gembira bila dapat membantu mereka dan alhamdulillah mereka mendapat fitback yang amat bagus sekali setelah balik dari Seminar. Masalah dapat diselesai satu persatu dan telah mengorak langkah kehadapan untuk Maju menjadi Jutawan Beriman Dunia Akhirat dengan menjiwai cinta Allah.
TESTIMONI 1
Setelah mandi garam masalah Ima dapat diselesaikan satu persatu, semuanya kehendak Allah, aku selalu memberi kata positif untuk dia lebih kuat dan lebih keyakinan diri. Dalam masa yang sama aku memberi tips senaman Pukau untuk dia amalkan, ima amal tidak istiqomah tetapi satu hari Ima mencuba mencari peluang di Pejabat Daerah dan niatnya untuk mendapat info dan memohon projek. Sebelum pergi pagi tu Ima mandi air garam Aura Rezeki dan melakukan senaman Pukau. Sampai disana Ima ditawarkan untuk menjadi penganjur kepada program memancing secara PERCUMA. Ima menolak kerana tidak cukup masa untuk mencari penaja untuk event tu. Dalam masa yang sama Ima ditawarkan menganjur event2 sepanjang tahun 2016. Subhanallah semua kuasa Allah
FITBACK SELEPAS SEMINAR
Group Terengganu sales meroket 1000 sets dalam masa 2 hari dan terus meroket order setiap hari sehingga mawar serum kehabisan stok. Bayangkan beratus-ratus set garam Aura Rezeki yang baru order dari kilang sudah ada tuannya. Memang tidak sempat untuk menyimpan stok kerana lonjakan sales meningkat 200 peratus. Bukan negeri Terengganu sahaja , kini telah merebak ke Utara.
Berkat doa berjemaah yang dibaca dan diaminn bersama-sama rupanya menjadikan impian itu kenyataan. Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah! ... Lagi bes bila yang tidak aktif sudah mula bergegar Auranya menjadi lebih positif dan sama-sama menjadikan team Terengganu dan Pantai Timur TOP SALE. Syukur Alhamdulillah kepada yang maha esa.
TESTIMONI 2
Selepas aku balik seminar aku memperkemaskan lagi set minda , senaman pukau dan mengamalkan zikir-zikir yang disukai Allah, sedekah Al Fatihah kepada semua customer aku dan agen-agen aku supaya dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah. Alhamdulillah pengguna menjadi Stokis Mobile di Kuantan dan aku tinggal di Terengganu. Sekarang dah tidak ada masalah lagi bila ada orang nk cod .
Tiba-tiba je ada customer yang nak garam di Kuantan, aku pun suruh nurul hantar untuk cod kepada fy. Aku wassap fy untuk tanyakan dah terima ke garam Aura Rezeki? Alhamdulillah fy telah menerimanya, dalam masa kami sembang tiba-tiba suaminya call memberitahu ada orang nak sewa kereta selama sebulan dan bayar cash. Ketika itu juga ada pelanggannya yang suruh datang collect duit malam ni dan tambah sewa 2 hari lagi menjadikan RM800. Subhanallah! kalau Allah nak bagi rezeki berdesup-desup sehingga kita tidak dapat fikir dengan akal tetapi semua itu kehendaknya. Boleh baca sendiri testimoni dibawah ini .
Adakah anda masih berfikir lagi untuk hadiri seminar ini, lagi lambat anda bertindak lagi lambat anda dapat merubah kehidupan anda. Jangan tunggu dan terlalu banyak alasan , kini anda telah berjumpa sesuatu yang amat bermakna dan luarbiasa pastikan anda tidak ketinggalan untuk ke seminar Jiwai Auramu @ Bangkit Cipta Sejuta jiwai Cinta Allah. Anda akan dapat dari seminar ini diantaranya mengenali potensi diri, apa itu hikmah sedekah, menjiwai atas iman dan banyak lagi, nak rasai dan tahu jom berseminar.
Hubungi saya Rohati Ramlee , call, sms,wassap ke 0105487126 in shaa allah saya bantu anda. Saya sedia mendengar masalah anda.
RAHSIA LONJAKAN SALES
TESTIMONI SELEPAS SEMINAR
SEMINAR DI KUANTAN PAHANG
RAHSIA LONJAKAN SALES
GAMBAR SEMINAR DI SELURUH MALAYSIA
No comments:
Post a Comment