Wednesday, 29 July 2015

Banyak-banyak blog, blog aku jadi pilihannya


Kekuatan Aura Seseorang

Cerita benar tetapi nama dan tempat telah diubah untuk menjaga privacy seseorang.



Seperti biasa aku bangun awal pagi untuk solat sunat dan mengerjakan tanggungjawab sebagai muslimat. Setelah selesai semua aku mengambil handfon aku untuk melihat whatsapp dari customer. Tiba-tiba terlihat satu mesej " assalam, saya nak tanya pasal AR tapi tak boleh whatsapp....ima"

Dengan serta merta aku menjawab mesejnya dan add ima to contact. Selepas itu kami boleh berwhatsapp, dan aku telah memberi info-info berkenaan garam aura rezeki termasuk testimoni-testimoni. Sebelum aku teruskan info-info lain, aku tanya "Ima ada pertanyaan apa-apa tak ? ". Ima jawab " subhanallah banyaknya info terima kasih kak, akak buat saya tambah kuat keinginan untuk menampal aura saya yang sedang tenat."  Aku kata padanya, "banyak lagi info , tapi akak nak bersembang dengan ima sikit boleh tak?"  Ima menjawab "boleh kak... ya allah terima kasih". Pada ima kerana aku sudi nak bersembang dengannya membuatkan perasaannya hiba dan terharu serta airmata tiba-tiba mencucuri tidak berhenti. Entah kenapa aku belum habis lagi bagi testimoni tetapi hati ini tergerak untuk bersembang dengannya.

Dari sembang-sembang baru aku tahu cerita ima sebenar rupanya dia adalah seorang bisnes woman yang berjaya . Dia pernah menjalani  kehidupan cemerlang dan amat bahgia suatu ketika dulu. Pernah mempunyai banglo mewah, kereta mewah dan ramai rakan-rakan yang dikenali tetapi setelah mendung berarak dengan ribut petir kilat sabung meyabung, maka tiada lagi saudara dan kawan-kawan yang dulu sama-sama bergelak tawa. Hilang semuanya, hanya yang tinggal cemuhan dan kata-kata yang menyakitkan. Ingatkan kawan boleh membantu tetapi masing-masing menjauhkan diri sambil memandang serong. Itulah hakikat hidup yang terpaksa ditanggung oleh semua orang bila jatuh. Dan ingatlah bukan senang untuk mencari kawan yang sentiasa bersama  kita waktu senang atau susah. Bak kata orang temam masa senang ramai tetapi teman masa susah tiada.

 Ima seorang yang cekal dan kuat walaupun semuanya telah hilang dari gengaman tapi semangatnya untuk terus berniaga masih kuat walaupun terlalu banyak halangan-halangan yang dihadapinya. Bayangkan sewaktu dulu mempunyai syarikat oil and gas dan property dan semuanya hancur tetapi itu tidak menjadi halangan untuk ima kembali bangun semula . Syukur alhamdulillah ima tidak patah semangat untuk teruskan berniaga.

Untuk teruskan kehidupan ima berpindah ke Besut, tinggalkan semua kehidupan lama . Ima memulakan kehidupan baru dengan memulakan perniagaan dari rumah iaitu membuat bisnes bakery and pastry. Bermula dengan modal yang sedikit dan menbuat jualan melalui online, tetapi tidak juga mendapat sambutan. Ima tukar cara dari online ke offline dan hanya membuat donut sahaja , donut dihantar ke kedai-kedai kopi. Usaha ima masih tidak berhenti disitu, ima mencari sesuatu untuk memperbaiki kewangan yang sangat merunching. Memang suami ima bekerja tetapi pendapatan hanya sekadar cukup untuk makan pakai sahaja dan masih lagi memerlukan sokongan untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Didalam pencarian untuk pengisian diri ima banyak membaca blog-blog produk Aura Rezeki , sekian lama beristhikarah dan mendapat banyak info dari blog Aura Rezeki tapi allah gerakkan hatinya hanya blog aku menjadi pilihan ima. Ima bersyukur ditemukan dengan aku, Ima mula menghubungi aku melalui whatsap tetapi tidak dapat, ima tetap berusaha hubungi aku melalui sms dan akhirnya ima berjaya mendapat info-info garam Aura Rezeki dariku. Kata ima " sebenarnya perkara positif dah mula menjengok sejak mula saya kontak akak dan bagitau betapa hati saya meronta ronta hendak berikhtiar menggunakan produk ini. Aaminn Ya Rabb,terima kasih kak sebab jadi penghubung pada ikhtiar ini." Aku hanyalah insan biasa yang sama dengan anda semua tetapi pertemuan aku dengan ima adalah dari allah, munkin rezeki ima dan aku untuk berkongsi pengalaman yang ada padaku. Dan niat aku sejak mula kenal dengan produk ini untuk membantu insan-insan yang perlukan pertolongan.

Kadang-kadang pengalaman yang kita ada boleh membantu insan-insan diluar sana untuk memberi motivasi dan nasihat-nasihat yang terbaik. Apa pun kita boleh memberi nasihat tetapi tuan punya diri perlu memilih mengikut kesesuaian dan kehendak individu itu sendiri. Begitu juga dengan REZEKI ia meliputi semua dan telah diaturkan oleh Allah sejak azali, so rezeki untuk seseorang itu tidak pernah salah alamat. Andainya bukan rezeki kita ia akan singgah sekejap untuk mendapat info tetapi ia akan pergi ke tempat yang sepatutnya telah tertulis.

Begitu juga dengan ima, Allah dah tetapkan kemana hala tuju untuk mendapat bantuan yang diperlukan dan sememangnya sama dengan kehendak jiwanya ketika itu dan bertetapan dengan keadaan semasa ima. Dan aku adalah pilihan yang tepat baginya, dan aku bersyukur alhamdulillah kerana Allah temukan aku dengannya.

So ima telahpun mendapatkan Garam Aura Rezeki dan aku menasihatkannya untuk kasih sayang terlebih dahulu supaya merapatkan anak-anak, suami dan keluarga. Alhamdulillah ima telah merasai kehebatan mandian garam Aura Rezeki dimana sepanjang hari pertama hampir semua  posituf telah terjadi. "Ceritanya sejak mac tahun 2015 saya telah berusaha untuk dapatkan bantuan peralatan projek bakeri dengan 1 jabatan. Macam-macam prosedur saya kena lalui hinggalah yang terakhir untuk dapatkan sebutharga. Banyak kedai yang saya pergi hampir semua menolak dengan macam-macam alasan, tapi pagi ni selepas mandian dan semburan mawar pertama itu, saya pergi ke kedai yang sama. Peliknya tuan kedai tanpa banyak soal terus setuju buatkan saya quatotion dalam masa tidak sampai 30 minit je.... syukur alhamdulillah."

Esoknya  ima memberi sedikit garam kepada anaknya untuk diberi kepada emak pada kawannya yang sakit. Tetapi kawan tu tidak datang kerana demam. Keajaiban berlaku pada anak ima, anaknya Ahmad ada kelas hafazan pada hari tu, Ahmad hanya menghafal dua surah ayat tetapi dengan izin allah Ahmad dapat membaca 4 surah didepan ustaznya. Ahmad telah menjadi tontonan ustaz dan cikgu-cikgu lain kerana telah dapat membuat hafazan dengan baik sekali.

Kadang-kadang kita hanya berfikir rezeki itu hanyalah duit ringgit sahaja tapi sebenarnya ia merangkumi banyak perkara. Kesihatan, pelajaran anak-anak, kasih sayang, mempunyai keluarga bahgia dan keredhaan yang diterima dan diberi. Banyak lagi untuk dihuraikan tetapi biarlah saya huraikan dilain tajuk pula ya.

Cerita ima belum berakhir lagi , in shaa allah saya akan sambung semula dengan lebih menarik.





Whatsap Rohati Ramlee 0105487126


Wednesday, 22 July 2015

Rezeki Tetap Menjengok Dalam Masa Diperlukan

Rezeki Tetap Menjengok Dalam Masa Diperlukan.


Apa yang saya cerita disini adalah kisah benar, saya guna nama samaran untuk menjaga privacy seseorang.

Aku membuka booth Garam Aura Rezeki di TTI (Taman Tamadun Islam) sekitar bulan April 2015 selama 2 hari. Kali pertama bersama penganjur karnival ini, sale kurang memberangsangkan dan Inilah pertama kali untuk produk Garam Aura Rezeki.

Waktu cuti sekolah tetapi terlalu banyak karnival yang sedang berlansung di sekitar Kuala Terengganu waktu itu. Bukan aku sorang je merasa kurang senang sebab tapak mahal tapi sale hampas, begitu juga dengan vendor2 yang lain. Malah ramai yang terpaksa mengalami kerugian kerana tidak dapat menampung kos tapak , pengankutan, hotel dan pekerja.

Apa pun aku dan vendor-vendor yang lain kena terima apa yang telah ditentukan oleh Allah. Hari ini kita mungkin rugi tapi esok atau lusa mungkin kita akan dapat lebih banyak keuntungan yang diberi Allah. Berbalik pasal aku dan kawan-kawan aku yang sama-sama berkongsi tapak , hari pertama aku jaga booth dari pagi sampai petang dan dua dari kawan aku sebelah petang himgga malam. Hari kedua aku jaga booth dari pagi hingga malam, mereka hadir pada malamya  dengan alasan tidak ada transport dan tertido. Apa yang berlaku aku akur dan menerima dengan ikhlas kerana semuanya dari allah. Jadi aku sorang yang jual Garam Aura Rezeki manakala kawan sorang lagi jual minyak kelapa dara.

Hari pertama  aku dapat jual 3 botol garam aura rezeki, hari kedua dari pagi sampai petang tidak ada sale langsung, apa pun aku redha. Tetapi aku tidak mendiamkan diriku , aku ambil kesempatan untuk memberi flyers dan sedikit penerangan tentang garam aura rezeki kepada vendor-vendor yang aku sempat jumpa. Aku juga memberi flyers kepada pengunjung-pengunjung karnival.

Alhamdulillah pada sebelah malam aku dapat seorang sub agen dari vendor muslimah yang terkenal yang mempunyai 3 outlet dan 2 vendor yang lain. Aku bersyukur diatas semua pemberian allah kepadaku. Dua kawan aku memberi 100 peratus kepada aku hasil jualan garam aura rezeki kepadaku. Bila kita redha dan ikhlas allah akan memberi pada kita tanpa kita sangka kerana rezeki diberi diakhir malam. Selesailah kisah di TTI tapi akan menyusul kisah mereka yang telah mengguna mandian garam aura rezeki.

Seperti biasa aku akan membuat follow up kepada customer-customer yang telah membeli garam aura rezeki. Ada yang belum mandi dan ada juga yang tidak dapat dihubungi. Ada kes mereka tidak dapat hubungi aku kerana tab aku rosak dan sehingga hampir seminggu aku tidak dapat whatsapp atau mesej kepada pelanggan. Ya dugaan demi dugaan aku lalui. Aku terpaksa membeli talipon baru , baru aku dapat follow up balik customer.

Vendor (zirah ) yang beli 10 botol garam aura rezeki aku cuba dapat fitback darinya, pada permulaan mandi merasa tenang dan tidak stress . Selepas hari ke3 zirah mandi 4 orang pekerjanya berhenti secara serentak dan sale mereka turun , malah tiada sale langsung . Yang paling sedih facebook admin dengan fanpage telah didelete oleh salah seorang dari pekerja mereka yang berhenti. Zirah cuba hubungi pekerja terlibat tetapi tiada jawapan. Bayangkan selama ini jenama zirah telah dikenali melalui facebook dan fanpage, dan telah mempunyai lebih 200K like.  Melalui facebook juga boleh mendapat sale sehari rm8K hingga 10K sehari di bulan ramadhan. Fanpage merupakan nadi atau tulang belakang selain mengikuti karnival-karnival jualan di seluruh Malaysia.

Untuk build bisnes online yang berjenama dan dikenali memakan masa 3 hingga 5 tahun, dan untuk mendapat like dan juga iklan memerlukan wang puluhan ribu . Tapi apa yang berlaku hanya sekelip mata sahaja hilang begitu sahaja oleh perbuatan manusia yang dengki dan dendam.

Sebagai ketua atau boss perlu berhati-hati dan waspada supaya tidak memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pekerja. Dalam masa yang sama hal-hal berkaitan punca pendapatan itu hendaklah di awas atau sentiasa alert. Tidak boleh diberi harapan sepenuhnya atau memberi tugas kepada orang yang sama dari a-z untuk handle fanpage. Fanpage merupakan source kepada syarikat. Disini ingin saya ingatkan kepada pengusaha bisnes online supaya take note atas apa yang berlaku kepada zirah sebagai tauladan dan iktibar.

Yang baiknya zirah begitu tabah dengan apa yg terjadi, dia masih meneruskan mandi garam aura rezeki. Dia juga tidak memyalahkan kerana mandi garam perniagaannya menjadi huru hara. Dia berfikiran positif Walaupun hatinya susah memikirkan perniagaannya. Yang best dia seorang yang suka bertanya dan berterus terang pada saya dan menerima nasihat.

 Disini apabila kita mandi garam aura rezeki, ada heeling crisis. Untuk zirah dan syarikat allah telah membongkar rahsia siapa sebenar pekerjanya. Dalam masa sama yang negatif akan keluar dengan sendirinya tanpa disuruh. Ini dinamakan pembersihan dan zirah perlu kuat dan cekal untuk hadapi semua ini.

Hari-hari berlalu dan zirah hadapi saat-saat getir yang semua orang takut untuk hadapi kejatuhan sebuah syarikat yang telah dibina selama 5 tahun. Mandian garam sudah melepasi 21 hari, zirah tetap hadapi sale yang menjunam dari kesemua ketiga-tiga outlet. Zirah masih lagi membuat jualan di kanival-karnival yang telah disertai sebelum ini, ke sarawak tetapi tiada jugak sale, ke kelantan pun sama.

Akhirnya satu hari zirah telah menceritakan pada aku tanggungan yang dilalui dengan hutang yang tidak dapat dijelaskan termasuk rumah mewah, kereta BMW, dan hutang bank. Bagaimana dia untuk menyelesaikan semua ini dengan mengambil tindakan untuk melepaskan rumah, kereta dan juga ofis yang telah dibangunkan 5 tahun dulu. Rumahtangga juga sudah mula bergoyang. Aku merasa cukup sedih dan dalam hati terdetik untuk membantunya dengan memberitahu founder produk garam aura rezeki.

Aku mintak izin dari zirah untuk memberitahu founder, dia bersetuju. Masa itu juga aku whatsap ke founder dengan bercerita sedikit sebanyak apa yang telah berlaku dan aku juga memberi nombor talipon zirah padanya. Alhamdulillah zirah dapat jumpa dengan seorang penasihat syarikat dan diberi motivasi serta teknik-teknik untuk bangkit semula. Dan yang paling best sale mula kembali meletop apabila suaminya mandi garam aura rezeki. Zirah masih terus mandi , begitu juga dengan suaminya.

Aku merasa bersyukur sangat kerana dapat menyelesaikan masalahnya, yang paling best aku adalah tempat zirah berkongsi dan kami menjadi akrab.

Buat zirah apa yang berlaku padanya adalah ujian allah samada zirah dapat bertahan dan berusaha untuk memulihkannya. Dalam ujian yang diberi allah mesti ada hikmahnya. So usaha doa dan tawakal padanya.

Garam aura rezeki hanya sebagai asbab sahaja, tapi allah tempat kita meminta dan hanya allah sahaja yang boleh memberi dan juga menarik balik diatas apa yang telah diberinya. So jangan lalai dan selalulah bersedekah dan mendekatkan diri padanya.

Aaminn

Wednesday, 8 July 2015

Rezeki itu datang dengan berbagai cara



Mudahnya Menjemput Rezeki


Hampir 3 bulan aku menggunakan Garam Aura Rezeki





Ini adalah kisah yang terjadi padaku seminggu lepas.


"Semalam aku seperti biasa membuka facebook untuk update status. Terdengar deruman mesin pemotong rumput, rupanya jiran sebelah telah mengupah seseorang untuk membersih kawasan lamannya termasuk memotong dahan-dahan pokok didepan rumahnya.

Sebenarnya aku dah banyak hari tengok-tengok rumput yang agak panjang dibahu jalan memasuki pagar rumahku. Dalam hati duk fikir-fikir macam mana nak buat dan nak mengupah siapa ya..
Ya lah aku masih baru disini. 

Bila aku melihat melalui tingkap rumah aku, mereka dah hampir selesai membersihkan kawasan rumah jiran aku. Dalam kepala nak sangat mengupah dia orang tapi aku tidak tergamak untuk keluar rumah kerana mereka lelaki.

Aku membiarkan saja , masih terdengar mesin rumput itu dan sehinggalah tidak mendengar lagi bunyi mesin rumput. Ini bermakna kerja-kerja mereka telahpun selesai.

Jam telah menunjukkan pukul 3 petang, seperti biasa aku akan balik berbuka umah mak . Alangkah terkejutnya aku bila aku keluar untuk pulang ke rumah mak aku,
aku dapati rumput dibahu jalan didepan rumah aku siap dipotong.
Aku ingat pihak Bandaraya yang bersihkan, tapi hanya rumah aku dan jiran sebelah sahaja yang dipotongnya.

Subhanallah! aku mengucap panjang kerana apa yang aku fikirkan Allah telah tunaikan serta merta. Aku bersyukur sangat .
Rezeki itu bukanya wang segalanya tetapi merangkumi segala aspek. Apa yang terjadi padaku pun adalah rezeki allah."

Banyak sebenarnya apa yang telah berlaku pada saya, harap bersabar menunggu untuk saya kongsikan disini, dilain hari bila saya berkesempatan. 

Boleh dapatkan info,juga boleh bercerita apa masalah anda hadapi untuk meredakan tanggungan atau bebanan yang dihadapi tuan / puan dari saya terus. In Shaa Allah saya akan menjadi pendengar terbaik. Tiada apa-apa caj untuk bercerita atau untuk mendapat INFO.
Boleh dapatkan Garam Aura Rezeki dari saya whatsapp atau call ke 0105487126.