Kekuatan Aura Seseorang
Cerita benar tetapi nama dan tempat telah diubah untuk menjaga privacy seseorang.
Seperti biasa aku bangun awal pagi untuk solat sunat dan mengerjakan tanggungjawab sebagai muslimat. Setelah selesai semua aku mengambil handfon aku untuk melihat whatsapp dari customer. Tiba-tiba terlihat satu mesej " assalam, saya nak tanya pasal AR tapi tak boleh whatsapp....ima"
Dengan serta merta aku menjawab mesejnya dan add ima to contact. Selepas itu kami boleh berwhatsapp, dan aku telah memberi info-info berkenaan garam aura rezeki termasuk testimoni-testimoni. Sebelum aku teruskan info-info lain, aku tanya "Ima ada pertanyaan apa-apa tak ? ". Ima jawab " subhanallah banyaknya info terima kasih kak, akak buat saya tambah kuat keinginan untuk menampal aura saya yang sedang tenat." Aku kata padanya, "banyak lagi info , tapi akak nak bersembang dengan ima sikit boleh tak?" Ima menjawab "boleh kak... ya allah terima kasih". Pada ima kerana aku sudi nak bersembang dengannya membuatkan perasaannya hiba dan terharu serta airmata tiba-tiba mencucuri tidak berhenti. Entah kenapa aku belum habis lagi bagi testimoni tetapi hati ini tergerak untuk bersembang dengannya.
Dari sembang-sembang baru aku tahu cerita ima sebenar rupanya dia adalah seorang bisnes woman yang berjaya . Dia pernah menjalani kehidupan cemerlang dan amat bahgia suatu ketika dulu. Pernah mempunyai banglo mewah, kereta mewah dan ramai rakan-rakan yang dikenali tetapi setelah mendung berarak dengan ribut petir kilat sabung meyabung, maka tiada lagi saudara dan kawan-kawan yang dulu sama-sama bergelak tawa. Hilang semuanya, hanya yang tinggal cemuhan dan kata-kata yang menyakitkan. Ingatkan kawan boleh membantu tetapi masing-masing menjauhkan diri sambil memandang serong. Itulah hakikat hidup yang terpaksa ditanggung oleh semua orang bila jatuh. Dan ingatlah bukan senang untuk mencari kawan yang sentiasa bersama kita waktu senang atau susah. Bak kata orang temam masa senang ramai tetapi teman masa susah tiada.
Ima seorang yang cekal dan kuat walaupun semuanya telah hilang dari gengaman tapi semangatnya untuk terus berniaga masih kuat walaupun terlalu banyak halangan-halangan yang dihadapinya. Bayangkan sewaktu dulu mempunyai syarikat oil and gas dan property dan semuanya hancur tetapi itu tidak menjadi halangan untuk ima kembali bangun semula . Syukur alhamdulillah ima tidak patah semangat untuk teruskan berniaga.
Untuk teruskan kehidupan ima berpindah ke Besut, tinggalkan semua kehidupan lama . Ima memulakan kehidupan baru dengan memulakan perniagaan dari rumah iaitu membuat bisnes bakery and pastry. Bermula dengan modal yang sedikit dan menbuat jualan melalui online, tetapi tidak juga mendapat sambutan. Ima tukar cara dari online ke offline dan hanya membuat donut sahaja , donut dihantar ke kedai-kedai kopi. Usaha ima masih tidak berhenti disitu, ima mencari sesuatu untuk memperbaiki kewangan yang sangat merunching. Memang suami ima bekerja tetapi pendapatan hanya sekadar cukup untuk makan pakai sahaja dan masih lagi memerlukan sokongan untuk menampung perbelanjaan keluarga.
Didalam pencarian untuk pengisian diri ima banyak membaca blog-blog produk Aura Rezeki , sekian lama beristhikarah dan mendapat banyak info dari blog Aura Rezeki tapi allah gerakkan hatinya hanya blog aku menjadi pilihan ima. Ima bersyukur ditemukan dengan aku, Ima mula menghubungi aku melalui whatsap tetapi tidak dapat, ima tetap berusaha hubungi aku melalui sms dan akhirnya ima berjaya mendapat info-info garam Aura Rezeki dariku. Kata ima " sebenarnya perkara positif dah mula menjengok sejak mula saya kontak akak dan bagitau betapa hati saya meronta ronta hendak berikhtiar menggunakan produk ini. Aaminn Ya Rabb,terima kasih kak sebab jadi penghubung pada ikhtiar ini." Aku hanyalah insan biasa yang sama dengan anda semua tetapi pertemuan aku dengan ima adalah dari allah, munkin rezeki ima dan aku untuk berkongsi pengalaman yang ada padaku. Dan niat aku sejak mula kenal dengan produk ini untuk membantu insan-insan yang perlukan pertolongan.
Kadang-kadang pengalaman yang kita ada boleh membantu insan-insan diluar sana untuk memberi motivasi dan nasihat-nasihat yang terbaik. Apa pun kita boleh memberi nasihat tetapi tuan punya diri perlu memilih mengikut kesesuaian dan kehendak individu itu sendiri. Begitu juga dengan REZEKI ia meliputi semua dan telah diaturkan oleh Allah sejak azali, so rezeki untuk seseorang itu tidak pernah salah alamat. Andainya bukan rezeki kita ia akan singgah sekejap untuk mendapat info tetapi ia akan pergi ke tempat yang sepatutnya telah tertulis.
Begitu juga dengan ima, Allah dah tetapkan kemana hala tuju untuk mendapat bantuan yang diperlukan dan sememangnya sama dengan kehendak jiwanya ketika itu dan bertetapan dengan keadaan semasa ima. Dan aku adalah pilihan yang tepat baginya, dan aku bersyukur alhamdulillah kerana Allah temukan aku dengannya.
So ima telahpun mendapatkan Garam Aura Rezeki dan aku menasihatkannya untuk kasih sayang terlebih dahulu supaya merapatkan anak-anak, suami dan keluarga. Alhamdulillah ima telah merasai kehebatan mandian garam Aura Rezeki dimana sepanjang hari pertama hampir semua posituf telah terjadi. "Ceritanya sejak mac tahun 2015 saya telah berusaha untuk dapatkan bantuan peralatan projek bakeri dengan 1 jabatan. Macam-macam prosedur saya kena lalui hinggalah yang terakhir untuk dapatkan sebutharga. Banyak kedai yang saya pergi hampir semua menolak dengan macam-macam alasan, tapi pagi ni selepas mandian dan semburan mawar pertama itu, saya pergi ke kedai yang sama. Peliknya tuan kedai tanpa banyak soal terus setuju buatkan saya quatotion dalam masa tidak sampai 30 minit je.... syukur alhamdulillah."
Esoknya ima memberi sedikit garam kepada anaknya untuk diberi kepada emak pada kawannya yang sakit. Tetapi kawan tu tidak datang kerana demam. Keajaiban berlaku pada anak ima, anaknya Ahmad ada kelas hafazan pada hari tu, Ahmad hanya menghafal dua surah ayat tetapi dengan izin allah Ahmad dapat membaca 4 surah didepan ustaznya. Ahmad telah menjadi tontonan ustaz dan cikgu-cikgu lain kerana telah dapat membuat hafazan dengan baik sekali.
Kadang-kadang kita hanya berfikir rezeki itu hanyalah duit ringgit sahaja tapi sebenarnya ia merangkumi banyak perkara. Kesihatan, pelajaran anak-anak, kasih sayang, mempunyai keluarga bahgia dan keredhaan yang diterima dan diberi. Banyak lagi untuk dihuraikan tetapi biarlah saya huraikan dilain tajuk pula ya.
Cerita ima belum berakhir lagi , in shaa allah saya akan sambung semula dengan lebih menarik.
No comments:
Post a Comment