Wednesday, 22 July 2015

Rezeki Tetap Menjengok Dalam Masa Diperlukan

Rezeki Tetap Menjengok Dalam Masa Diperlukan.


Apa yang saya cerita disini adalah kisah benar, saya guna nama samaran untuk menjaga privacy seseorang.

Aku membuka booth Garam Aura Rezeki di TTI (Taman Tamadun Islam) sekitar bulan April 2015 selama 2 hari. Kali pertama bersama penganjur karnival ini, sale kurang memberangsangkan dan Inilah pertama kali untuk produk Garam Aura Rezeki.

Waktu cuti sekolah tetapi terlalu banyak karnival yang sedang berlansung di sekitar Kuala Terengganu waktu itu. Bukan aku sorang je merasa kurang senang sebab tapak mahal tapi sale hampas, begitu juga dengan vendor2 yang lain. Malah ramai yang terpaksa mengalami kerugian kerana tidak dapat menampung kos tapak , pengankutan, hotel dan pekerja.

Apa pun aku dan vendor-vendor yang lain kena terima apa yang telah ditentukan oleh Allah. Hari ini kita mungkin rugi tapi esok atau lusa mungkin kita akan dapat lebih banyak keuntungan yang diberi Allah. Berbalik pasal aku dan kawan-kawan aku yang sama-sama berkongsi tapak , hari pertama aku jaga booth dari pagi sampai petang dan dua dari kawan aku sebelah petang himgga malam. Hari kedua aku jaga booth dari pagi hingga malam, mereka hadir pada malamya  dengan alasan tidak ada transport dan tertido. Apa yang berlaku aku akur dan menerima dengan ikhlas kerana semuanya dari allah. Jadi aku sorang yang jual Garam Aura Rezeki manakala kawan sorang lagi jual minyak kelapa dara.

Hari pertama  aku dapat jual 3 botol garam aura rezeki, hari kedua dari pagi sampai petang tidak ada sale langsung, apa pun aku redha. Tetapi aku tidak mendiamkan diriku , aku ambil kesempatan untuk memberi flyers dan sedikit penerangan tentang garam aura rezeki kepada vendor-vendor yang aku sempat jumpa. Aku juga memberi flyers kepada pengunjung-pengunjung karnival.

Alhamdulillah pada sebelah malam aku dapat seorang sub agen dari vendor muslimah yang terkenal yang mempunyai 3 outlet dan 2 vendor yang lain. Aku bersyukur diatas semua pemberian allah kepadaku. Dua kawan aku memberi 100 peratus kepada aku hasil jualan garam aura rezeki kepadaku. Bila kita redha dan ikhlas allah akan memberi pada kita tanpa kita sangka kerana rezeki diberi diakhir malam. Selesailah kisah di TTI tapi akan menyusul kisah mereka yang telah mengguna mandian garam aura rezeki.

Seperti biasa aku akan membuat follow up kepada customer-customer yang telah membeli garam aura rezeki. Ada yang belum mandi dan ada juga yang tidak dapat dihubungi. Ada kes mereka tidak dapat hubungi aku kerana tab aku rosak dan sehingga hampir seminggu aku tidak dapat whatsapp atau mesej kepada pelanggan. Ya dugaan demi dugaan aku lalui. Aku terpaksa membeli talipon baru , baru aku dapat follow up balik customer.

Vendor (zirah ) yang beli 10 botol garam aura rezeki aku cuba dapat fitback darinya, pada permulaan mandi merasa tenang dan tidak stress . Selepas hari ke3 zirah mandi 4 orang pekerjanya berhenti secara serentak dan sale mereka turun , malah tiada sale langsung . Yang paling sedih facebook admin dengan fanpage telah didelete oleh salah seorang dari pekerja mereka yang berhenti. Zirah cuba hubungi pekerja terlibat tetapi tiada jawapan. Bayangkan selama ini jenama zirah telah dikenali melalui facebook dan fanpage, dan telah mempunyai lebih 200K like.  Melalui facebook juga boleh mendapat sale sehari rm8K hingga 10K sehari di bulan ramadhan. Fanpage merupakan nadi atau tulang belakang selain mengikuti karnival-karnival jualan di seluruh Malaysia.

Untuk build bisnes online yang berjenama dan dikenali memakan masa 3 hingga 5 tahun, dan untuk mendapat like dan juga iklan memerlukan wang puluhan ribu . Tapi apa yang berlaku hanya sekelip mata sahaja hilang begitu sahaja oleh perbuatan manusia yang dengki dan dendam.

Sebagai ketua atau boss perlu berhati-hati dan waspada supaya tidak memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pekerja. Dalam masa yang sama hal-hal berkaitan punca pendapatan itu hendaklah di awas atau sentiasa alert. Tidak boleh diberi harapan sepenuhnya atau memberi tugas kepada orang yang sama dari a-z untuk handle fanpage. Fanpage merupakan source kepada syarikat. Disini ingin saya ingatkan kepada pengusaha bisnes online supaya take note atas apa yang berlaku kepada zirah sebagai tauladan dan iktibar.

Yang baiknya zirah begitu tabah dengan apa yg terjadi, dia masih meneruskan mandi garam aura rezeki. Dia juga tidak memyalahkan kerana mandi garam perniagaannya menjadi huru hara. Dia berfikiran positif Walaupun hatinya susah memikirkan perniagaannya. Yang best dia seorang yang suka bertanya dan berterus terang pada saya dan menerima nasihat.

 Disini apabila kita mandi garam aura rezeki, ada heeling crisis. Untuk zirah dan syarikat allah telah membongkar rahsia siapa sebenar pekerjanya. Dalam masa sama yang negatif akan keluar dengan sendirinya tanpa disuruh. Ini dinamakan pembersihan dan zirah perlu kuat dan cekal untuk hadapi semua ini.

Hari-hari berlalu dan zirah hadapi saat-saat getir yang semua orang takut untuk hadapi kejatuhan sebuah syarikat yang telah dibina selama 5 tahun. Mandian garam sudah melepasi 21 hari, zirah tetap hadapi sale yang menjunam dari kesemua ketiga-tiga outlet. Zirah masih lagi membuat jualan di kanival-karnival yang telah disertai sebelum ini, ke sarawak tetapi tiada jugak sale, ke kelantan pun sama.

Akhirnya satu hari zirah telah menceritakan pada aku tanggungan yang dilalui dengan hutang yang tidak dapat dijelaskan termasuk rumah mewah, kereta BMW, dan hutang bank. Bagaimana dia untuk menyelesaikan semua ini dengan mengambil tindakan untuk melepaskan rumah, kereta dan juga ofis yang telah dibangunkan 5 tahun dulu. Rumahtangga juga sudah mula bergoyang. Aku merasa cukup sedih dan dalam hati terdetik untuk membantunya dengan memberitahu founder produk garam aura rezeki.

Aku mintak izin dari zirah untuk memberitahu founder, dia bersetuju. Masa itu juga aku whatsap ke founder dengan bercerita sedikit sebanyak apa yang telah berlaku dan aku juga memberi nombor talipon zirah padanya. Alhamdulillah zirah dapat jumpa dengan seorang penasihat syarikat dan diberi motivasi serta teknik-teknik untuk bangkit semula. Dan yang paling best sale mula kembali meletop apabila suaminya mandi garam aura rezeki. Zirah masih terus mandi , begitu juga dengan suaminya.

Aku merasa bersyukur sangat kerana dapat menyelesaikan masalahnya, yang paling best aku adalah tempat zirah berkongsi dan kami menjadi akrab.

Buat zirah apa yang berlaku padanya adalah ujian allah samada zirah dapat bertahan dan berusaha untuk memulihkannya. Dalam ujian yang diberi allah mesti ada hikmahnya. So usaha doa dan tawakal padanya.

Garam aura rezeki hanya sebagai asbab sahaja, tapi allah tempat kita meminta dan hanya allah sahaja yang boleh memberi dan juga menarik balik diatas apa yang telah diberinya. So jangan lalai dan selalulah bersedekah dan mendekatkan diri padanya.

Aaminn

No comments:

Post a Comment