Sunday 20 September 2015

Pelaris Semulajadi

Dulu hari-hari post iklan kat Fb Group hingga sampai100 group, kadang-kadang tu sampai 200 group.Pagi-pagi lagi dah duk depan laptop, tak sedar masa berlalu begitu cepat. Siap ada waktu-waktu tertentu yang bagus untuk post iklan iaitu pagi tengahari dan malam. 



Kata orang kerja kat rumah buat je sehingga tak sedar masa berlalu dengan banyak kerja-kerja rumah yang tertunggak. Penat tu tak payah ceritalah kerana asyik mengadap laptop, penat mata, fikiran dan stress juga walaupun tak perlu keluar rumah.



Lagi "STRESS" bila tak laku atau tak ada sale, otak bekerja dengan ligatnya mengatur strategi demi strategi. Kadang-kadang kewajiban sebagai seorang islam lambat ditunaikan. Tanggapan orang kerja kat rumah senang je, tapi dia orang tak tahu betapa letihnya badan dan letih segala-galanya.



Tak ada sale jawabnya tak berasaplah dapur, bukan orang makan gaji setiap bulan dapat gaji memang dah tetap. Tapi sejak jumpa dengan "Pelaris Semulajadi" aku tidak risau lagi. Aku merasa tenang je , tak perlu risau tentang jualan ada ke tak. 

Sungguh! aku tak tipu, pada mula-mula aku menggunakan Terapi Mandian Garam Aura Rezeki ini, aku rasa semua urusan aku mudah. Mudah menjalankan aktiviti harianku, aku tak perlu post iklan bagai nak rak hanya dengan update status sahaja aku dapat melakukan sale. Kebetulan pada bulan tu aku telah diblock oleh facebook, tak boleh nak post bagai.

Allah punya kuasa PM tak putus-putus dan melalui whatsapp pun bertalu-talu. Aku tetap sabar menjawab PM mereka dan aku tidak gopoh gapah macam biasa. Takut customer larilah bila lambat jawab PM, aku rasa rilex je dan tidak STRESS kerana diri ini telah menjalankan terapi mandian Garam Aura Rezeki. 

Mandian Garam Aura Rezeki yang telah disyifa' melalui proses pembersihan, pengeringan, adunan aroma mawar dan kelebihan yang paling mahal adalah dijiwai, menggunakan formula hukum tarikkan (Law of Attraction) , yang mana bila kita beri sayang, sayang yang kita dapat, diberi cinta, cinta yang kita dapat..
Vibration terus ke jiwa.



Dari April sehingga sekarang aku masih lagi mengguna terapi mandian garam aura rezeki ini, dan aku merasa cukup selesa kerana aku hanya update status sahaja dan Alhamdulillah rezeki sentiasa ada. Aku tidak lagi macam dulu berkira-kira dahulu untuk bersedekah atau membantu orang dalam kesusahan kerana aku tahu dan pasti Allah akan bagi rezeki yang lebih banyak dari apa yang aku infaqkan.



Banyak pelajaran yang aku dapat melalui terapi mandian garam aura rezeki dimana orang yang tidak aku kenali bila berjumpa atau selisih mesti mereka memberi senyuman dan bila bertegur sapa seolah-olah dah kenal lama (mesra). Aku menjadi perhatian bila berjalan-jalan atau kemana sahaja, pada mulanya aku kekok juga tapi itulah hakikatnya. Bila aku bercakap orang akan memberi perhatian dan aku juga ada self confidence , yang dulu aku malu-malu takut salah dan macam-macam alasan diberi. 

Yang best bila aku beli sesuatu tanpa disedari boleh dapat harga yang berpatutan dan juga kadang-kadang diberi lebih, sekiranya aku minta kurang senang je diberi tanpa banyak alasan. Rezeki bukan untuk aku sahaja tapi seisi rumah, ada je dapat pemberian dari jiran-jiran sekeliling rumah dan juga dari kenalan sekampung. Subhanallah nikmat yang diberi oleh Allah yang maha esa, syukur sangat.  



Yang paling best mereka yang whatsapp aku ni kebanyakkan membaca blog aku bila dia orang google. Dia orang sendiri pun seolah-olah digerakkan hati untuk google dan terus baca dan tertarik sangat-sangat untuk mencuba mendapatkan produk mandian Garam Aura Rezeki ini terus whatsapp atau call. Dan betullah kalau rezeki kita ia tidak pernah salah alamat.



Apa yang aku cerita ini adalah dari hati, setiap whatsapp yang aku terima aku akan tanya dari mana diaorang dapat info produk ini. Jawapan yang diterima kebanyakan dari google atau blog. Setiap produk ada keistimewaan tersendiri, tapi produk mandian Garam Aura Rezeki ini memberi aku Aura yang kuat sehingga belum lagi customer beli baru je whatsapp dan mendapat penerangan cara-cara menangani masalah-masalah yang mereka hadapi tetapi mereka sudah mendapat aura positif.



Ada diantara mereka yang baca semua blog yang ada, akhirnya blog aku juga menjadi pilihan. Syukur Alhamdulillah kerana hati mereka digerakkan oleh Allah SWT. Baru je whatsapp tapi mereka merasa seronok, mesra dan begitu selesa sekali. Ada antara mereka kata" suka sangat berbual dengan akak walaupun dalam wassup je".
Ini adalah kelebihan yang dirasai oleh mereka yang menggunakan terapi mandian garam aura rezeki.



Terapi Mandian ini menjadikan aku lebih fokus kepada tanggungjawab sebagai seorang muslimat, mengajar aku lebih dekat padanya yang maha esa dan lebih yakin dengan anugerahnya bila aku dalam kesusahan . Percaya, tabah serta belajar menjadi seorang yang boleh menerima konsep redha. Rupanya bila aku redha aku akan mendapat yang lebih baik dari apa yang sedia ada. 



Contoh: Andaikata seseorang sudah pun menjadi downline anda tetapi alih-alih dia tinggalkan anda masuk dengan orang lain. Anda mesti marah dan akan kata bla..bla.. seandainya anda redha anda akan mendapat yang lebih bagus atau anda mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka sama sekali. Waktu itu anda akan sujud pada allah tanda syukur yang tak terhingga. Cerita yang dibawah Allah telah ganti balik padaku.



Aku juga dipertemu dengan seorang penjual tudung melalui blog ku. Setelah berkenalan dan bercakap melalui telefon baru aku tahu orang kampong (ganu) rupanya. Aku bersyukur sangat dapat membantunya untuk mendapatkan Garam Aura Rezeki untuk buat jualan. Esoknya dia terus iklankan produk ini, dengan kuasa Allah dia dapat sale 7 botol tetapi barang tak ada, untuk sementara dia jadi dropship aku dulu sementara barang yang diorder sampai. Esok dia terus menjadi Stokis Daerah dan dalam masa 11 hari telah menjual 120 botol garam aura rezeki. 



Kedatangan dia dalam team kami memberi impak kepada jemaah yang lain dimana telah memberi MOTIVASI untuk lebih berusaha. Ilmu tidak datang bergolek tetapi kena berusaha untuk mendapatkannya. Tetapi ILMU Fb ads yang digunakan dalam salenya akan diperturunkan sedikit-sedikit kepada jemaah kami. Inilah hasil yang Allah bagi bila aku dan kawan-kawan ku istiqomah bersedekah. Allah bagi seseorang untuk Jemaah kami lebih aktif membantu jiwa-jiwa yang memerlukan bantuan kami, in shaa allah.



So untuk merasai Pelaris Semulajadi ni, anda cubalah sebotol dulu . Dari situ anda akan merasai ketenangan, kesabaran dan anda sendiri boleh merasai AURAnya. Hebatnya Terapi mandian garam Aura Rezeki ini anda dapat merasai sebelum mandi dan juga selepas mandian pertama. Juga bergantung kepada individu itu ada yang cepat dan ada yang lambat.   



Ini testimoni saya yang belum lagi beli tapi baru saja berwasap sudah dapat aura. " Akak tahu tak... tiba-tiba ipar saya add saya dalam group dia... suka sangat saya". " Nak nangis ni ... saya wassap suami.. dia cakap rupanya adik dia baru sedar yang dia ada kakak ipar...". Saya terharu sangat , dalam masa yang sama dia merasa sedih.

Sesungguhnya apa yang berlaku telah diatur oleh Allah, begitu juga dengan customer-customer saya. Allah dah izinkan mereka ini adalah customer saya dan akan menjadi kawan saya. Syukur Alhamdulillah dengan Terapi Mandian Garam Aura Rezeki ini Allah banyakkan kawan-kawan saya sehingga ke Brunei.



Bila kita dah bersih dari semua perkara-perkara yang negatif, senang nak mengamalkan cara-cara menjemput rezeki melalui amalan yang disuruh oleh Allah bersedekah.

Sedekah banyak caranya, antaranya sedekahkan 10 peratus dari barang yang kita jual setiap kali restok. Sedekah Alfatihah kepada kedua ibu bapa, nabi Mohammad Saw,sahabat-sahabatnya , keluarganya , diri kita dan anak-anak, jiran-jiran, kawan-kawan dan kaum muslimin dan muslimat. Serta mendoakan mereka dan menyebut nama-nama mereka lagi lebih baik.



Setiap kali waktu azan sedekahkan alfatihah dan mendoakan mereka yang anda sayang termasuk customer anda. Juga ringankan mulut anda untuk besedekah alfatihah dan mendoakan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan . Contoh orang sakit, orang dalam kesusahan dan juga orang yang melakukan perkara tidak baik contoh mat rempit. Doakan yang baik-baik kepada mereka.



Setiap kali keluar rumah, singgah dulu ke Masjid samada untuk solat dhuha dan sedekah dalam tabung masjid. In shaa allah



Dan jangan lupa baca zikir yang Allah suka setiap hari setiap masa dalam hati.

Subhanallah
Walhamdulillah
Walailahailallah
Allahu akbar


Ilmu juga boleh disedekahkan, dulu kita tidak tahu tapi sekarang banyak mesej-mesej ilmu yang kita terima. 



Amalan ini in shaa allah akan menjemput rezeki untuk anda. Berilah dengan seikhlas-ikhlasnya.

Untuk keterangan lanjut boleh wasapp ke 

0105487126