Thursday 19 May 2016

BILA KITA REDHA DENGAN UJIAN ADA SESUATU YANG ALLAH BAGI


"Asalamualaikum puan
Saya berminat nak jadi agen dibawah puan...
Boleh ke puan beri saya peluang tu."
Aku menerima wassap dari customer baru  yang dah baca blog aku, Seperti biasa aku akan bertanya soalan-soalan pengenalan. Setelah memberi penerangan panjang lebar berkenaan syarat-syarat menjadi agen,
 aku pun masukkan dia dalam group. Supaya dia dapat mempelajari dan mendapat ilmu .



Dari perbualan kami dalam wassap tu dia memang sangat-sangat berminat untuk jadi agen million dan seterusnya untuk upgrade ke agen billion. Dia juga ada buat bisnes lain sikit-sikit. kami macam kenal dah lama walaupun dalam wassap. 2 hari selepas tu Z tanya macam mana nak dapatkan hadiah TUALA . Aku menerang padanya secara jelas iaitu beli 1 kotak (15sets) dengan harga RM41 x 15 = RM615, postage RM25 . Ini terus jadi Agen Million. "Tamat sampai bila kak ?". Aku jawab sampai bulan ni rasanya.



Pada 12hb April Z left group kerana telah join dengan Agen Billion lain. Aku menerimanya dengan redha dan menghalalkan apa saja ilmu yang diberi dalam group aku. Aku juga mendoakannya semoga berjaya. Aku juga mendoakan dimurah rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Aku bangga dengan Z sebab berterus terang dia nak keluar group, "dia mengucapkan terima kasih sambil berkata rezeki kita tak bersama ya kak".



Pada 27 April Z wassap aku "akk ingat x pasal tuala tu kak.. Mcm mana nak dptkan tuala tu ea kak".
aku jawab "beli 1 kotak dapat tuala percuma". Z berkata " nampaknya saya ni  kene tipu, rasa xhepyy lah kak, saya join niat betol sambil nak dapatkan tuala tu." Subhanallah kesian dia , begitu mengharap. Aku bersimpati padanya dan cuba memujuknya untuk menerima ketentuan allah. Aku sarankan padanya agar memaafkan orang itu dan mendoakan supaya dilembutkan hatinya.
Mungkin tanpa disedari agen tersebut  telah melukai hati orang dan dalam masa yang sama dia telah ambik hak orang lain. Dan lagi sebagai agen kene amanah atas infaq yang telah diamanahkan oleh pihak syarikat . Seandainya dijual dan digunanya apa hukumnya? Subhanallah bagaimana untuk dijawab diakhirat kelak. Elaklah daripada perkara-perkara yang remeh temeh begini pada dasarnya , tetapi akan dibawa bersama sehingga ke liang lahad.



Z akhirnya kembali semula dalam group aku, Bukan senang untuk memaafkan orang yang telah menipu kita, sekiranya maaf pun masih ada luka yang masih berparut. Aku memohon pada Z " Z akak nak Z maafkan dia, Z doakan dia supaya berubah ya. Dari situ Z belajar apa erti keredhaan. Bukan senang nak dapat redha allah. So mungkin allah nak uji Z. So ambik ni sebagai ujian. Menerima dengan penuh ikhlas in shaa allah allah akan beri lebih baik dari apa yang dia dapat. Percayalah Z." "Saya dah cuba tapi hati saya tetap tak ikhlas," kata Z. " Akak jika kita jahat kita boleh bertaubat mohon ampun pada allah...tp kalau sesama kita... kita x jujur... kat akhirat kelak org tu merangkak cari kita.."



" ya betul , mungkin kita xikhlas sekarang, kita belajar menerima.  Apa yang berlaku itu adalah ujian allah...  nanti in shaa allah kita boleh maafkan orang dengan ikhlas dan redha...bukan senang nak redha...tp kita kene belajar menerima kesakitan itu. Satu hari Z akan rasa lapang dada bila kita memaafkan orang dan allah tahu Z orang yang kuat,.. redha itu juga rezeki Z... banyak2 bersabar in shaa allah ada hikmah disebaliknya... dalam akhirat kita juga xnak merangkak mencari orangkan, byk mana kita bwk pahala bergunung2.. kita xnk yang kita bwk tu menjadi muflis.. so kita mudah maafkan orangkan, orang lain pun mudah maafkan kita... kita xnampak dan xsdr kadang2 kita juga mungkin menyakiti hati org lain... so kita maafkan org.. org pun maafkan kita tanpa kita sdr.." Z berkata " mungkin bukan sekarang .."



Dua hari selepas tu Z mendapat surat tawaran  Perumahan Rakyat Mampu Milik, hanya menunggu jawapan dari Z...Yang best tu pihak Syarikat itu sendiri yang menalipon Z bertanyakan nak atau tak tawaran rumah tu. Syukur alhamdulillah berkat kesabaran diatas ujiannya dan sudah mula meredhakan apa yang berlaku.



Sejak dapat surat tawaran rumah, Z telah nampak hikmah disebaliknya, alhamdulillah dia telah betul-betul redha dengan ujian itu. Bayangkan Z hanya menerima ujian itu dengan perkara yang amat kecil iaitu rasa tertipu dan tuala hanya berharga RM30 sahaja. Tetapi Allah beri padanya sesuatu yang sememangnya dia idam-idamkan selama ini. Telah berkali-kali membuat permohonan tetapi tak pernah dapat-dapat. Z amat hepi dan amat bersyukur kerana impiannya telah dikabulkan allah.



Redha juga adalah salah satu cara Menjemput Rezeki, Redha itu sendiri adalah rezeki kerana bukan senang untuk meredhai sesuatu yang kita suka, sayang . Dengan usaha untuk meredhakan apa yang berlaku adalah nikmat yang paling besar kepada setiap orang yang merasainya. Kerana redha itu sendiri mendekatkan diri kita pada allah swt, dan boleh merasai kasih sayang allah pada kita.


Subhanallah!


Ya Allah jadikan kami semua yang membaca cerita ini sebagai panduan untuk mendekatkan hati kami kepada mu ya allah. Peliharalah kami dari leka, mementingkan diri sendiri, alpa dan dosa yang tak nampak atau rasainya. Jadikan kami insan-insan yang sentiasa bertaubat kepadamu ya allah

Aminn   Aminn  Aminn ya Rabb
.
 
0105487126
Rohati Ramlee
Internet Markerter/Finiancial Freedom