Thursday 14 January 2016

PERJALANAN AURA REZEKI KE BRUNIE


"As Salam akak saya nak tahu berkenaan Garam Aura rezeki . Saya Saba dari Brunei." Jawab ku  "Wasalam Saba". Percakapan kami melalui talipon dalam lebih kurang 5 minit lebih dan kami sambung dengan wassap. Ketika itu aku teruja sangat kerana ada yang berminat untuk dapatkan garam Aura Rezeki dari Brunei Darul Salam. Aku tidak pernah pos barang ke Luar Negara dan macam-macam aku fikir macam mana nak pos dan berapa postagenya.


Aku menjawap semua pertanyaan Saba dengan tenang, serta memberi INFO berkenaan garam Aura Rezeki dari awal , kelebihan garam Aura Rezeki, Cara-cara mandian garam Aura Rezeki dan juga TESTIMONI. Saba menceritakan masalah yang ditanggungnya dan aku memberi sedikit sebanyak tips-tips apa yang sepatut dilakukan untuk menangani masalahnya sebelum garam sampai padanya.



Hari berganti hari kami selalu je wassap , rupanya Saba telah mendapati ada perubahan pada dirinya .
Ceritanya begini padaku dalam wassap " baru saya teringat...ni lagi menakjubkan.. seminggu atau 2 minggu sebelum bday saya bulan sept lepas.. petang tu masa driving hati terdetik nak start baca alquran dan jadikan alquran tu teman hidup dan selepas mati.saya.. lepas tu balik rumah kul 5 lalu.. terus mandi dan solat asar. lepas tu terus saya buka alquran yang saya tak baca setahun yang lalu... last saya baca masa ramadhan tahun lepas.. ramadhan tahun ni langsung saya tak buka dan baca. saya cuma baca surah harian dari buku cetakan nipis jer. saya pun hairan kenapa berat betul saya nak baca.Hari itu dengan kuasa Allah..saya baca..saya sambung balik bacaan saya yang saya tinggalkan setahun yang lalu..saya niatkan satu page pun cukup lah untuk saya baca. Sejak hari itu saya bagai dilambai-lambai dari jauh, teringatkan al quran kat rumah..Alhamdulillah... sampai sekarang saya dah dapat baca dengan lancar walaupun ada masanya saya terlanggar ayat tu.. a buat order dengan Allah.. Masya Allah baru saya terkenang masa ni.. harap awak faham cerita saya". "Masa tu hati saya tertanya-tanya kenapa dengan saya ni.. saya cerita kt cousin dan kawan saya, mkena patah balik.. yang buat saya terkenang saat ni..saya berkenalan dengan awak 2 minggu sebelum hari jadi saya. bermakna aura garam aura rezeki dari gunung tu sampai ke jiwa saya..sebelum lagi sayereka kata itu hidayah.."
                                         
 Masa tu saya  tak terfikir kenapa saya tiba-tiba berubah macam tu.. saya takut itu yang saya buat tu hanya sementara. . maklumlah kan ..iman ni boleh turun naik. Malam ni saya dpt jawapannya.. Allah beri petunjuk...menjurus kearah kebaikkan sekaligus memberikan saya petunjuk untuk merawat penyakit saya yang dah lama saya hidapi ini. Mudah-mudahan saya tidak menghadapi masalah sebelum dan selepas mandian garam tu baik dari segi spiritual mahupun phisical.. Aaminn.. mohon doakan ye "

Mesej di atas ini apa yang dirasai oleh Saba 2 minggu selepas berkenalan dengan aku. Apa yang Saba rasa dan lalui serta perubahan peribadinya menjurus kepada amalan kebaikan  sebelum order garam dengan aku. Sebelum dia buat solat isthikarah untuk membuat keputusan membeli garam dengan aku. Subhanallah! Allah maha kuasa segala-galanya adalah darinya, Perjumpaan kami berdua adalah diatur oleh Allah yang maha esa lagi maha agung.

Telah tiba masanya Saba telahpun membuat bayaran kepadaku untuk mendapatkan 2 botol garam Aura Rezeki. Selepas 3 hari paymentnya sudah diproses dan telahpun dikreditkan dalam akaun aku. Esoknya aku ke Poslaju untuk menghantar garam aura rezeki ini ke Brunei. Setelah selesai aku memberi tracking number kepadanya. Perjalanan garam ini mengambil masa 4 - 7 hari bekerja baru sapai ketangan Saba.

Cukup kuat Aura garam ini, rupanya Saba telah merasainya bila diberitahu barang sudah dihantar padanya. " Saya rasa ceria sekali hari ini, baru je lepas ketawa dengan officemate. Saya awal bangun hari ni pukul 3 pagi, sebelum subuh dah bangun buat sembahyang tahajud, lepas tu tak mau tidur lagi sampai waktu subuh. Selalu lepas subuh , mesti tidu punya.. lepas tu rasa malas nak pergi kerja, hari ni ..Alhamdulillah tak tidur balik. Awak percaya tak.. kul 3am saya tak tidu balik. Semalam saya bersih-bersih bilik saya.. buang segala sampah dan bersih icebox..fuhh, saya rasa lain hari ni bersemangat. Order saya belum sampai tapi aura saya sudah ada perubahan sedikit, tu la kuasa Allah kan." Baru semalam aku pos telah banyak perubahannya . " Apakah itu tandanya sudah aura saya berubah."Kata Saba.

Sekiranya diizinkan Allah tidak kira jauh beribu batu pun semuanya boleh berlaku walaupun tidak masuk di akal fikiran. Tiada yang mustahil sebab segalanya darinya,

Banyak fitback yang dirasa oleh Saba diantaranya keadaan rumah serta biliknya merasa sejuk sampai ke tulang ," nak kata disebabkan hujan petang semalam tetapi sudah 2-3 hari dah merasa begini sejak dia mandi Garam Aura Rezeki" katanya. Dia dah lama tak merasa sejuk macam ni, "biliknya tak ada econ cuma guna kipas syiling je, tapi sejuk macam ada econ"." Sebelum ni asyik panas jerr walaupun lepas mandi" saba memberitahu ku. Kadang-kadang Allah memberi seseorang itu lain yang dirasainya walaupun mengguna produk yang sama. Semunya adalah asbab garam dan diizinkan Allah.

Dengan izin Allah Saba menjadi lebih berminat kearah beramal, mengaji bila ada masa terluang dan solat awal di masjid sebagai makmun. Perubahan ini cukup mengembirakan diri aku kerana melalui garam Aura Rezeki telah diberi ilham oleh Allah untuknya kearah beramal. Bukan semua dapat begini kerana ianya perlu konsistan, dan Saba sendiri pun merasai takut tidak istiqomah. " Belum sampai order..aura baik telah meresap kedalam diri saya.. saya berniat jadikan Al quran  teman hidup saya didunia dan juga dialam Barzakh nanti. In shaa allah bulan ni saya khatam kalau tak ada aral melintang" katanya. Subhanallah! Allah tu maha pengasih dan penyayang, apa yang kita niatkan terus je diberi ilham.

Saba telah dapat khatam quran setiap bulan, dan apa yang dicita2 telahpun dapat dilaksanakan. 2 minggu sudah, saba ke Sabah untuk melancong. Saba bagi tau aku " akak ni lah paling sejarah kerana pertama kali berjalan tak tinggal solat, dan dlm masa yang sama dapat mengaji. Subhanallah! Memang allah bagi bila kita yakin dan mintak dengannya untuk beramal solleh, hidup mati dengan al quran.

Jadikan cita-cita yang baik-baik itu sebagai target dan setkan minda kita untuk jadi terbaik. Disamping kita berusaha memperbaiki diri kita ke tahap yang lebih baik. Sama juga dalam kita mengejar cita-cita untuk dunia, ada targetkan dan selalu upgrade ILMU . So sama juga dengan  ilmu dan amalan untuk akhirat, baru kita dapat dua-dua sekali. Bahgia dunia dan akhirat.

Jadikan Saba sebagai CONTOH TERBAIK.

UNTUK ORANG BRUNEI DARUL SALAM BOLEH HUBUNGI 

SABARIAH AHMAD DI NOMBOR TALIPON
 +673 886 8424
























Friday 8 January 2016

MEROKET SELEPAS SEMINAR BCS






Syukur alhamdulillah pada Allah yang maha kuasa mempertemukan aku dengan produk Garam Aura Rezeki. Walaupun pada mulanya aku tak berminat untuk mencuba produk ini tetapi dengan kuasa Allah dibukakan pintu hati ini untuk membuat terapi mandian garam Aura Rezek.

Sejak dari saat itu aku merasai sendiri betapa terkesannya padaku. Aku terus menjadi Stokis Mobile yang kini dikenali pakej Million, iaitu sebanyak 10 sets bermodalkan RM360. Lebih kurang 2 minggu selepas tu aku upgrade ke Stokis Daerah Kuantan bermodalkan RM2730 iaitu 105 sets.

Bulan May aku menghadiri seminar pertama di Kuala Terengganu, masa tu JM seorang sahaja yang memberi penerangan di seminar Jiwai Auramu dan kali pertama JM handle seorang diri. Hari itu merupakan hari pertama pertemuan dengan JM iaitu Ceo JMV Global Sdn Bhd. Ya allah rasa bertuah sangat mempertemukan kami, Dalam seminar itu kami diberi tunjuk ajar dan JM sempat bercerita kisah jatuh bangunnya. Bagaimana dia telah mengambil pengalaman tersebut menjadikan sumber kekuatan padanya untuk bangkit semula. Sesungguhnya setiap orang ada perjalanan cerita pahit manis sebelum bangkit cipta sejuta. Begitu juga dengan aku, pengalaman itu mengajar aku serta memberi suntikan semangat untuk terus berusaha. Banyak ILMU yang kami dapat daripada perkongsian yang singkat itu.


Tak ada jalan pintas untuk berjaya, mesti mula dari bawah dan mengikut step by step untuk maju dalam perniagaan . Jadikan kejatuhan itu sebagai pendorong untuk mendaki semula dan bertapak kukuh serta usaha untuk menimba ilmu . Bagaimana JM boleh bangkit semula cipta sejuta, kenapa aku tidak.

Seminar kedua aku hadiri ialah pada september 2015 dimana Seminar Jiwai Auramu @ Bangkit Cipta Sejuta. Disini aku belajar betulkan niat dahulu sebelum memulakan apa-apa bisnes, kerana niat itu penting , salah niat itulah yang membuat bisnes tak menjadi. Sekiranya masih ada lagi dalam hati fokus untuk dapatkan duit semata-mata memang susah untuk menjadi Money Magnet. Masih lagi berkira-kira nanti aku terangkan kemudian. Kami juga diajar senaman pukau, potensi diri, element diri, booster colour, berdoa berjemaah dan cara-cara menjemput rezeki. Mesti anda yang membaca tertanya-tanya bagaimana cara-cara menjemput rezeki. Oh untuk itu hadiri seminar Jiwai Auramu dan dapatkan ILMU serta praktikkan dengan istiqomah dan menjiwainya baru terkesan.

MESTI ADA IMPIAN DAN SET MINDA ANDA

Sebelum ni aku telah hadir banyak seminar tapi hanya menekankan kepada perkara-perkara bagaimana nak buat sales, dan mesti ada target berapa sales sebulan atau bagaimana nak naik pangkat dan lain-lain berkaitan produk dan sebagainya. Tetapi seminar ini berlainan kerana ia tidak langsung menyentuh pasal produk tetapi banyak menjiwai cinta allah dan berniaga mengikut ajaran Islam. Sejak dari hari itu aku terus praktikkan yang telah diajar oleh JM dan walid, aku set minda apa yg aku nak untuk mencapai impian aku.

1. Menjadi jutawan dunia akhirat pada 16.6.2016
2. Mendapat pendapatan 1.8juta pada 16.6.2016
3. Mendapat 100k pada bulan Jan 2016
4. Mendapat 50k setiap minggu
5. Mendapat 8k setiap hari
6. Menjadi tetamu allah dan orang terpilih untuk pergi haji pada 2016
7. Dapat 20 billion agen,20 Million agen, 20 Dropship pada bulan Jan 2016.

Aku sentiasa mengulangi impianku ini didalam terapi mandian garam aura rezeki setiap pagi. Aku juga setkan mindaku dalam senaman pukau. Aku juga sentiasa berdoa dalam doaku pada allah setiap kali lepas solat.

Subhanallah! Allah maha kuasa dan maha mendengar lagi maha pemberi rezeki. Mintaklah padanya dan bercakaplah dengannya in shaa allah impian anda tercapai.

Disamping itu aku telah mengenali potensi diri dan aku adalah orang yang bernombor 1 iaitu element besi dan warna booster aku kuning dan cokelat. So aku amalkan memakai warna booster aku setiap hari atau warna mengikut hari. Walid kata cuba selama 3 hari dan tengok impak dia. Lepas tu terus je mengguna mengikut warna booster aku dan warna harian. Memang ada perbezaannya sekira kita hayati.


Sebagai seorang islam seharusnya kita mendahulukan solat wajib, dan lakukan diawal waktu. Baru tambah dengan solat sunat tahajud , taubat, hajat, witir ,fajar dan dhuha. Kita selalu mintak dengan allah bila kita dalam keadaan sempit, dalam kesusahan tetapi bila kita tidak ada masalah kita lupa pada pemberi rezeki. Kita solat pun kadang-kadang tak cukup. Sebagai seorang muslim sepatutnya kita sedar bahawa kita hidup atas dunia ini sementara sahaja dan bila-bila masa allah akan menarik semua yang diberi pada kita termasuk nyawa. Solusionnya apa-apa pun submit networking seawal waktu dan conection mesti dari hati yang menjiwai cinta allah.

SEDEKAH BERBAGAI BENTUK DIANTARANYA

Bersedekah atau infaq 10 peratus dari produk yang kita jual. Asingkan terlebih dahulu 10 peratus produk yang hendak diinfaqkan. Boleh diinfaq bila-bila masa atau dengan serta merta. Setiap kali restok mesti infaq 10 peratus dari produk. Cuba anda buat in shaa allah anda akan dapat merasainya bagaimana rezeki masuk berdesup-desup tanpa diduga pun. Aku ingin bercerita sedikit tentang infaq ini, ini kisah benar dan ianya terjadi pada awal January 2016. Ceritanya begini " aku masih ada lagi 6 set garam Aura Rezeki yang belum diinfaq. Hari tu hari Jumaat, tergerak dalam hati apa kata aku bagi infaq kepada customer yang beli 1 dapat satu percuma (dalam hati untuk infaq) hanya untuk 6 orang sahaja, bermakna setiap seorang hanya dapat satu je infaq walaupun mereka beli 2 sets. So alhamdulillah ada 4 orang yang dah order, order yang ke5 ialah Zieta dari Triang. Oleh kerana dia tak sempat nak bank in sebab jauh dari bandar. Esok aku bagi lagi peluang padanya tapi dia merasa macam hampa je dan memberi jawapan "tak per ar kak, saya mmg nak tapi tak kuar bandar. takper la lain kali le." Esoknya aku minta nama penuh dan alamat penuh, Zieta tanye nape kak? ". Aku jawab akak sedekah garam, dia cam rasa serba salah kerana niatnya nak beli. Aku pun pos ke alamat yang diberi. Barang sampai ke tangan Zieta, alhamdulillah dengan kuasa allah zieta telah order 10 set garam aura rezeki. Ya allah begitu cepat sekali menggantikannya dengan 10 kali ganda dari apa yang aku bagi. Itulah janji allah".


Sedekah subuh pun kene ada target bukannya impian sahaja yang kene ada target,
contoh untuk permulaan aku hanya masuk duit dalam tabung rm1, rm2 dan hasilny selepas 40 hari dalam rm70 sahaja. Untuk bulan seterusnya aku target lebih lagi sehingga sampai satu masa aku dah tak sayang lagi nak masuk berapa pun dalam tabung subuh. Aku sudah tidak merasa kedekut atau sayang lagi untuk bersedekah. Sedekah subuh padaku merupakan satu cara mendidik, aku tidak merasa kedekut atau sayang dan rasa bimbang atau takut untuk bersedekah. Sedekah tidak membuatkan kita bankrap atau jadi miskin tetapi menambah lagi hasilnya.

Amalan Sedekah alfatihah kepada kedua ibubapa,nabi mohammad saw, sahabat,-sahabatnya, keluarganya, diriku, anak-anakku,jiran-jiranku,kawan-kawan, customer-customer dan kaum muslimin dan muslimat. Sebut nama kesemua anak-anak dan juga nama-nama customer. Memang aku dapat team yang cukup bermotivasi dan aktif serta mengikut apa yang diajar. Mereka praktikkan apa yang diajar , hasilnya sales mereka setiap bulan bertambah . Yang best 4 daripadanya telah upgrade ke pakej Billion , 1 orang pada bulan Disember dan 3 orang pada Januari 2016. Alhamdulillah yang lain turut meroket buat sales, memang hasil sedekah alfatihah dan doa terjelas didepan mata. Sayangi customer kita in shaa allah mereka juga menyayangi kita

Pada bulan september 2015 aku mendapat seorang pelanggan baru yang amat aktif iaitu Farhah, Dia iklankan postnya mengguna Fbads , salesnya memang laju . Sales bulan sept. sebanyak 500sets dan bulan seterusnya 1200 sets. Farhah macam anak padaku, Pada 6hb Disember aku telah melepaskan Farhah untuk menjadi Stokis Negeri Sarawak supaya dia lebih maju dan boleh mengapai impiannya. Walaupun dia bukan lagi dibawah team Terengganu tapi aku sentiasa mendoakannya.

Jangan risau bila kita redha seseorang yang kita sayang , kita juga akan dapat yang baru, bukan satu tapi allah bagi padaku 5 agen Billion yang baru, subhanallah!.

Sales aku dari oktober mula bertambah, untuk bulan november sebanyak 194set. Aku pun letak target dalam bulan Disember sebanyak 300 sets, akhir bulan SN Rozie suruh kira berapa sales untuk bulan Disember. Ya allah aku terkejut , ya allah kau beri padaku lebih dari pada target memang terus naik meroket. sehingga 33 kotak atau lebih kurang 500 sets untuk bulan Disember 2015. Aku sendiri terdiam sekejap kerana aku hanya ada blog, facebook hanye cite-cite biasa je, page jarang promote cuma aku buat ads rm3 untuk 4 ad set, 1 untuk like, 1 untuk promote blog, 2 lagi untuk boost post bertajuk  "Mona & Lora Dah Wow! Wow! Wow!!!" yang berbayar rm3 sehari. Tapi aku hanya layan wassap dengan group customer aku sahaja dan ajar anak-anak buah dengan ilmu yang aku ada sikit-sikit. Subhanallah!! apa yang aku mintak kau beri padaku, terima kasih allah, terima kasih allah, dengan dicucuri air mata. Dalam banyak-banyak bisnes, bisnes ini yang paling mudah dan aku buat dengan santai je.

Testimoni terbaru masih panas pada 7hb January 2016, aku pagi tu ada tamu iaitu jemaah Aura Rezeki Yatt namanya, dalam sedang aku ajar dan bercerita untuk buat blog dan bagaimana nak menulis atau bercerita, tiba-tiba dapat wassap " assalamualaikum kak , nak order garam aura nak 60 botol" aku terkedu sekejap subhanallah! Mudahnya rezeki masuk cam tu je. Yatt yang duk sebelah aku terdiam dan berkata "Yatt tak pernah lagi dapat order terus 60 sets cam tu, nak kene belajar dengan kak tie ni." Sebenarnya perasaan aku ketika tu hanya allah yang tahu, terkejut! Dengan perasaan percaya dengan tidak apa yang aku baca ni betul ke tak. Tapi aku jawab dengan rilex je. Aku tanye macam biasa akhirnya aku tahu dia dapat tahu semua ni melalui dropship aku Manje dari Kota Tinggi. Masa tu jugak Roslina buat payment dekat aku. Aku merasa cukup mudah Allah beri padaku dan aku bersyukur sangat-sangat.

Inilah yang dipanggil menjemput rezeki rupanya, yang selalu aku dengar akhirnya aku sendiri merasainya.


Dalam perniagaan lebih kurang macam sebuah keluarga yang besar dimana kita ada beratus orang dibawah kita. Kita perlu menjaga mereka seperti anak-anak kita, melayani kerenah masing-masing dengan penuh kasih sayang. Kita perlu memberi ilmu dan mendidik mereka dari zero ke hero. Kita perlu ada impian untuk mereka, supaya mereka boleh melonjak naik seperti kita atau lebih lagi. Kita juga perlu mendengar keluhan dan rintihan mereka seperti anak-anak kita. Beri jalan penyelesaian dan pandangan yang positif . Sekiranya kita perlu bantu dan mampu untuk membantu, bantulah sebaik mungkin. Seandainya kita juga tak mampu bantulah dengan kata-kata yang boleh memberi semangat untuk mereka overcome masalah yang ditanggung in shaa allah mereka sayang kita dan rasa susah untuk meninggalkan kita. Jadikan kita tempat mereka mengadu dan meluahkan perasaan sekurang-kurangnya mereka rasa lega. Sayangilah mereka kerana mereka juga akan menyayangi kita.

Apa pun semua perkara mesti bersandar kepada allah yang maha esa, kebergantungan sepenuhnya disamping usaha yang tak pernah putus.

Jadikan diri seorang yang sentiasa positif. Sentiasa mengikut gerak hati contoh: pertama kali jumpa customer atau kawan, dihati terdetik untuk memberi garam, teruskan beri. Jangan ikut detik hati yang kedua sudah serba salah (itu adalah gangguan syaitan untuk lalaikan kita).

Angkat jual beli penting dalam satu-satu perniagaan atau apa saja yang kita beli untuk keperluan hari-hari kerana ia menjadikan rezeki kita lebih berkat.

Permudahkan orang, allah akan mudahkan kita, contoh: Sekiranya kita order barang (garam AR) sebanyak 4 kotak, kalau boleh terus buat payment tanpa tangguh. Sekiranya tak sempat nak transfer atau lebih had , bagi tau dia. Esoknya kita cepat-cepat transfer. Ini yang selalu aku buat , alhamdulillah. Bila kita selalu beri kemudahan , allah akan beri dan beri, dan urusan kita akan mudah je.

Jangan berkira-kira dengan sesiapa pun, contoh dengan customer, postage kita kene bayar lebih rm1 atau rm5. Sedekah je in shaa allah allah akan beri lebih pada kita. Bila kita tak berkira dengan orang, allah tak berkira dengan kita.

Jangan merunggut dengan apa yang kita dapat, contoh: Allah bagi hari ini dapat satu sale je, sepatutnya sebut Alhamdulillah syukur . Kadang-kadang tak ada sale langsung hari tu. Bersyukur kerana allah beri masa untuk kita bersama anak-anak, suami ,keluarga dan kawan-kawan kene rilex je. Buatlah apa yang patut seperti beramal apa yang kita tinggal semasa kita sibuk.

Ilmu yang dapat tu amalkan dan sentiasa berdoa pada sifu atau mentor yang mengajar kita. Jangan kedekut atau berkira untuk membayar untuk mendapat ilmu. Jangan mengada-adakan alasan bila tak nak ikut serta majlis ilmu. Berterus terang saya tak nak pergi atau saya ada keperluan lain. Untuk berjaya "dont say no, because you have to face it. Even it very hard for you to overcome."


Sentiasa upgrade diri dalam ilmu dunia dan akhirat.

Selalu dapat restu ibu atau suami dalam bisnes anda. Cuba cerita atau bentangkan apa impian kita padanya, mintak mereka sumpah kita jadi jutawan beriman dunia akhirat.

Sumpah customer anda dan sayangkan mereka. Mereka berjaya anda berjaya. Bila kita sayang mereka, mereka sayang kita dan selalu mendoakan kita. Jangan rasa malu luahkan sayang pada customer.

Sedekahlah setiap hari dan tak kira masa.

Hubungi ke  0105487126  untuk mendapat garam Aura Rezeki, dengan automatik anda dapat  bantuan tunjuk ajar dan sertai group Terapi Aura Rezeki RR.





Rohati Ramlee
0105487126