Monday 25 July 2016

Perjalanan Kearah Kejayaan

Apa yang perlu ada pada kita untuk berjaya dalam perniagaan?

Bagaimana nak mula?

Produk apa yang terbaik dan laris untuk dijual?

Modalnya bagaimana?

Mampu ke ?

Ada ke orang nak beli?


Bermacam-macam pertanyaan yang bermain difikiran aku tetapi satu jawapan pun tak dapat. Keinginan tu ada kerana minat dan ingin menambah pendapatan. Setiap kali mencuba tapi seperti hangat-hangat tahi ayam, panas sekejap je lepas tu terus sejuk bila banyak halangan yang perlu hadapi. Akhirnya apa pun tak jadi, tengok orang boleh berjaya sampai kemana-mana. Itulah aku dulu semasa muda, orang ajak join ini masuk, join itu masuk tapi habuk pun tak ada. Akhirnya jadi pekasam, kalu nak dihitung banyak juga hehe....

Kenapa ianya tidak menjadi kerana tiada ilmu dan banyak alasan, syarikat buat kelas tak hadir, ada perjumpaan macam-macam alasan yang direka. Join banyak mana syarikat pun tak akan berjaya kalau awal-awal lagi penuh dengan alasan-alasan yang diberi sekadar untuk menyedapkan hati sendiri.

Naknya dapat income lebih sekurang-kurangnya dapat membantu suami atau keluarga dikampung, dapat balik berhari raya dikampung lama sikit ke untuk menampung perjalanan, makan dan minum disana kononnya. Hakikatnya tak kesampaian kerana tiada jiwa yang bersungguh-sungguh untuk merubah nasib.

Akhirnya aku dapat tukar ke Kemaman Terengganu pada tahun 2000. Alhamdulillah syukur pada Allah kerana apa yang aku mintak dimakbulkan. Bermula disini pada tahun 2008 aku mula kembali berjinak-jinak join MLM . Dari company H aku telah belajar berhutang dengan Bank untuk mendapatkan modal perniagaan. Tetapi aku kecundang dengan hutang bank yang terpaksa bayar setiap bulan. Tetapi masih juga tidak serik lagi pada 2009 aku join company A, Alhamdulillah aku mula belajar dari A sampai Z , semuanya berusaha sendiri dengan diajar oleh leader yang jauh di Kuala Terengganu. Akhirnya dari bawah aku merangkak sendiri sambil belajar tentang produk melalui guna sendiri, bacaan dan berusaha pergi kelas untuk mendapat ILMU. Dari situ aku mempraktikkan apa yang dipelajari serta berusaha untuk bercerita kepada pelanggan tentang kehebatan produk. Aku buang malu, segan, takut dan berusaha untuk mendapat keyakinan diri dengan memujuk hati supaya bertenang, tidak gelabah,tidak gentar dan akhirnya aku berjaya mengatasinya.

Betullah kata orang nak seribu daya , aku berusaha dari bawah sehingga mendapat pangkat Manager, dan waktu itu aku tak takut lagi untuk menjadi jurucakap atau bercakap didepan orang ramai. Duit banyak tetapi tak nampak untung kemana, modal kemana. Aku rasa penat , duit banyak habis jumpa orang sana sini tu semua perlu modal, akhirnya aku jadi pengguna sahaja.

Keinginan untuk berjaya itu masih ada dalam hati , pada 2013 aku mula beralih mencari ilmu bagaimana untuk berjaya dalam jualan online. Aku turun naik ke Kuala Lumpur untuk hadir Kursus atau Seminar. Dalam masa yang sama aku juga membeli ebook2 yang dijual oleh internet-internet markerter yang terkenal. Banyak juga duit habis tapi apa yang aku cari tak dapat-dapat, ilmu dah ada tetapi nak mula tu macam mana. Memang semua orang boleh buat fb, page tapi ada ke orang nak beli barang kita, Sekiranya tak kene cara dan orang tidak mengenali kita dan tidak dapat memberi keyakinan dan kepercayaan pada pelanggan.

Satu hari mungkin ditakdirkan allah berjumpa dengan seorang anak muda yang bermurah hati untuk memberi cara-cara bagaimana nak add friends tanpa diblock oleh fb. Akhirnya dia menjadi MENTORku dengan beli ebook yang berharga RM5, akhirnya dari situ aku belajar. Dalam ebook itu mengajar dari A sampai Z. Bagi aku yang zero ni boleh mengikutinya satu persatu. Penerangan yang cukup mudah dan bersistem, aku belajar dari bagaimana nak buat facebook yang berkualiti, page, nak buat fb group, nak buat blog, minisite, landing page, emel markerting, ayat-ayat emel dan banyak lagi. Inilah yang aku cari sebenarnya iaitu bagaimana nak bermula. Aku habiskan masa lebih kurang 3 minggu untuk step-step emel markerting, dari buat blog, minisite , ayat-ayat emel dan lain-lain. Tak jadi buat lagi dan lagi sehingga jadi. Dah jadi aku sungguh2 hepi dan syukur sangat-sangat kerana segalanya adalah darinya.

Bila dah pandai aku menyahut cabaran Mentorku untuk menjadi agen affilliatenya, iaitu menjual ebook yang berharga RM5 tu. Alhamdulillah aku baru bermula dalam bisnes online markerting atau kata lain Internet Markerter.


Ini adalah jualan ebook aku yang pertama dan masa tu baru nak belajar jadi agen affilliate.

Statistic Akaun Affiliate Anda
Rekod Klik Terhadap Link Affiliate Anda
54 Click(s)
Rekod Jualan Anda - PENDING
0 Unit
MYR 0
Rekod Jualan Anda - VERIFIED
0 Unit
MYR 0
Rekod Jualan Anda - PAID
5 Unit
MYR 25



Aku pernah menjual ebook dari harga RM5 hingga Rm100 . Bukan senang untuk menjual ebook pada waktu itu dengan aku ini belum lagi dikenali , tapi alhamdulillah berkat usaha yang tak pernah putus asa.

http://tanpakos.blogspot.my/2014/04/apa-dia-panduan-dominasi-fb-group-mesti.html

Boleh layari blog aku mengenai kisah lanjut di link yang diberi diatas.


Dalam banyak-banyak bisnes yang aku ceburi, aku rasa bisnes Garam Aura Rezeki paling sesuai dengan jiwa aku. Aku rasa mudah dan senang serta rapat sangat dengan pelanggan-pelanggan. Sambil menjual dalam masa yang sama aku dapat menjalinkan ukhwah dengan mereka. Aku rasa rapat dan terlalu dekat dengan pelanggan-pelanggan dan Agen-agen aku.


Uniknya berada dalam jemaah ini aku mendapat banyak ilmu serta tip-tips bagaimana untuk melonjakkan sales secara menjemput rezeki. Sebenarnya mudah je iaitu balik kepada ASAS sebagai seorang Islam dan melakukan tanggungjawab yang disuruh Allah azawajalla. Kebanyakkan kita tidak melakukan kewajipannya dengan sempurna sehingga sanggup meninggalkan terus atau tidak cukup 5 waktu oleh kerana semata-mata mengejar rezeki.

Dalam group Aura Rezeki kami diterapkan dengan info-info ASAS dan juga berkenaan produk knowledge supaya tahu bagaimana untuk menjawab persoalan-persoalan yang mungkin ditanya oleh customer. Group Support memang best penuh dengan kualiti, aktif dan sama-sama berusaha mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna.

Kami diberi ILMU melalui wassap group dan juga Seminar Jiwai Auramu dengan tag line "Bangkit Cipta Sejuta atau dikenali BCS". Kali pertama hadiri seminar telah membuka minda aku dimana yang pasti mesti perbetulkan niat. Diajar dan diberi maksud perbetulkan niat, ya aku sebelum ni memang pernah mendengar perkataan ini "perbetulkan niat" . Tapi tak faham , dan aku kira orang lain pun macam tu, sebab tidak diberitahu secara detail apa itu perbetulkan niat.

Aku bertuah kerana dalam Seminar Jiwai Auramu aku rasa lain dari yang lain sebab dalam seminar tidak menyentuh mengenai produk tapi menitikkan diri untuk menjaga networking dengan Allah dan selalu subbmit diawal waktu serta sentiasa yakin dan pasti rezeki adalah dari Allah.

Dari seminar aku dapat ilmu baru yang mungkin.tidak.dapat diluar sana. Syukur alhamdulillah banyak yang aku belajar dari Seminar ini. Tentang Senaman Pukau , mesti anda berfikir yang negatifkan. Senaman berupa membangkitkan zikir-zikir yang disukai allah seperti subhanallah, alhamdulillah, allah huakbar. Menerap zikir-zikir dalam jiwa agar sentiasa dekat pada allah.

Dalam masa yang sama digabungkan dengan bayangan hipnosis otak bawah sedar , so nak tahu bagaimana boleh hadiri Seminar Jiwai Auramu Bangkit Cipta Sejuta..

Kami diberi ilmu potensi diri dan warna diri secara asas. Dengan ilmu yang asas ini boleh membangkitkan jiwa dan dalam masa yang sama boleh melonjakkan sales secara tak langsung.
Kami diajar tentang elemen dan warna dimana boleh mengenali diri sendiri tentang keupayaan dan kelemahan diri. Dari situ kami boleh memperbaiki kelemahan menjadikan lebih yakin dan lebih fokus. Dalam masa yang sama kami menjadikan terapi warna booster sebagai pakaian harian supaya ianya menjadi sebati dan boleh menonjolkan aura positif yang WOW.

Kami belajar menginfaqkan dahulu atau asingkan dulu 10 peratus daripada barang yang hendak diniagakan. Contoh yang paling senang 10 peratus dari produk garam aura rezeki. 100set garam hanya 10set darinya yg perlu diinfaqkan.
Hasilnya bisnes kami tetap utuh dan kukuh berdiri kerana sedekah yang diberi itu digandakan 10 kali ganda oleh allah swt. Dari situ kami diajar dan dididik secara ilmiah yang menguatkan keyakinan kepada allah itu lebih tinggi dan tidak ada lagi perasaan takut, kedekut, risau untuk bersedekah.

Memang banyak yang kami belajar dan memberi kami kekuatan untuk hadapi sesuatu ujian atau dugaan dengan tenang. Nilai-nilai murni dalam jiwa menjadikan kami menerima sesuatu itu dengan keredhaan. Dengan redha kami tahu Allah akan memberi lebih lagi dari yang sedia ada.

Yang best kami diberi bimbingan melalui whatsap , bagaimana untuk up kan sales kami . Apa2 yang tak faham boleh tanye dlm group. In shaa allah akan dapat jawapan dan juga testimoni.

Aku memang bertuah kerana apa yang aku pelajari sebelum ini aku boleh match sekali dimana ia memberi kekuatan dalam sales aku setiap bulan. Tools-tools seperti page, fb ads, blog dan insta membantu melonjakkan Sales aku.

Untuk berjaya perlu ada ilmu dan juga tindakan, kedua-duanya mesti seiring baru ada perubahan dan akan mencapai target anda. Seperti Aur dengan tebing memerlukan diatara satu sama lain begitulah Ilmu dan Tindakan.



Rohati Ramlee

0105487126
Roharnetwork