Saturday 8 July 2017

AKU DAN AURA REZEKI





First day mandi aku dapat rasa getaran magnet yang cukup kuat dimana berdesup-desup wassap masuk sehingga jari jemari aku kaku seketika. Hati berbunga-bunga seronok kerana Allah bagi rezeki padaku. Mana pergi diri ini jadi perhatian dan semua urusan aku jadi mudah. Semua yang aku jumpa memberi senyuman seolah-olah gembira menyambut aku datang, seperti macam orang dah kenal lama.



Kini dah lebih 2 tahun aku bersama produk Aura rezeki, cepat betul masa berjalan. Sudah lebih dua tahun juga aku mandi mandian produk Aura Rezeki. Mula-mula dulu aku mandi Aura Rezeki, lepas tu Lady Millionaire, wow memang rasa berlainan kerana lagi power sebab ada 7 warna dan 7 aroma. Lebih positif , lebih pantas, lebih cepat dan aura dia berganda-ganda . Dan yang terbaru Iaitu untuk Lelaki Sukses Maskulin, ini lagi teruja kerana  rasanya memang gagah seperti lelaki, berani dan berenergy amat kuat.

Boleh dikatakan kami yang jadi agen ni memang mandi mandian garam setiap hari. Kami akan mandi semua garam yang kami jual supaya kami rasainya dan boleh bercerita kepada pelanggan kami. Lagi best kami campur-campur diatara tiga aroma garam ni. Wow rasanya hebat sekali , hanya orang yang mandi saja boleh merasai kesegarannya, kekuatannya, kepantasannya , aromanya amat memukau serta auranya cukup kuat berganda-ganda.

Dalam masa lebih 2 tahun ini aku telah berubah 360 darjah. memang amat berbeza dari aku yang dulu tidak ada keyakinan dan kepercayaan diri. Dari seorang yang pemalu , takut, rendah diri, kurang keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri untuk berdepan dengan orang sekeliling kini telah pun dapat diatasi. Rasa macam tak percaya tapi bila JM suruh bercerita didepan peserta seminar , aku rasa ada sesuatu kekuatan yang amat positif sehingga aku boleh bercerita didepan tanpa ada rasa gementar, takut malah selamba je.
.


Dalam perjalanan hidup aku selama lebih 2 tahun ini terlalu banyak perubahan pada diriku. Aku menjadi seorang yang amat positif dimana aku berusaha untuk meninggalkan percakapan yang sia-sia.  Lebih banyak berdiam daripada bercakap yang tidak
 memberi apa-apa manafaat malah menambah dosa. Sesuatu perkara yang nak buat tu aku banyak berfikir terlebih dahulu. Aku boleh cool dan tiada lagi pakai hentam keromo je. Emosi amarah itu dapat diatasi dengan baik, rasa tenang, rilex dan masih boleh senyum.

Banyak aku belajar dari orang sekelilingku terutama dari wassap HQ Aura Rezeki, Seminar Bangkit Cipta Sejuta dan juga dari CEO Aura Rezeki sendiri. Bisnes bukannya hanya nak untung semata-mata tetapi dengan niat yang betul iaitu untuk membantu sesama manusia juga haiwan. Seandainya bisnes kita buat dengan niat nak cari DUIT semata-mata, Percayalah bisnes kita buat itu tak akan mencapai apa yang kita nak, dan mungkin hanya sekadar hidup segan mati tak mahu dimana akhirnya kita akan merasa kecewa sebab tiada kemajuan dan pasti berhenti disitu sahaja.

Bila aku berada dalam Team Aura rezeki baru aku dapat menangkap apa itu niat yang betul, syukur alhamdulillah kerana aku mula mengubah minda aku , cara berfikir dan buat sesuatu itu adalah kerana allah. Aku mula menerima dan menyerap perkara-perkara positif dan aku sendiri telah menjadi seorang yang sentiasa positif. Percaya apa yang kita fikirkan itu boleh menarik kepada perubahan mental dan fizikal.

Aku mula memberi melalui sedekah subuh, apa yang aku peratik setiap pagi itu merupakan satu latihan yang amat bermakna, dimana dari situ aku tidak lagi merasa kedekut untuk bersedekah. Mula-mula aku sedekah RM1 setiap pagi, rupanya sedekah yang sedikit itu setiap pagi mula berganda dan aku mula dapat merasai nikmat disebaliknya. Kini aku boleh sedekah RMxx setiap hari melalui online. Malah aku pernah berkata pada anakku , sedekahlah biarlah habis duit pun tak pe. Dulu nak sedekah berkira-kira sebab takut tak cukup nak makan dan macam-macam difikirkan. Walaupun aku tahu sedekah itu tak akan menjadi aku miskin malah menjadi aku lebih bahagia, lebih nikmat yang cukup indah tapi masih tidak yakin. Alhamdulillah syukur sangat pada Allah atas segala nikmat yang diberi padaku ketika ini.

Hasil menghadiri Seminar Bangkit Cipta Sejuta membuka mata hati , minda untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengubah cara hidup serta upgrade diri menjadi lebih baik sebagai seorang Islam. Aku rasa bersyukur kerana dipertemukan dengan produk Aura Rezeki, Bukan sahaja mendapat manafaat dari produk yang terbaik ini tetapi mendapat Elmu perniagaan secara percuma yang sangat sangat berharga iaitu Markerting Langgit dan juga Markerting Bumi.

Dengan Mandian yang sentiasa istiqomah menjadikan aku sentiasa POSITIF

Aku adalah orang yang paling beruntung bila berada dalam Team Aura Rezeki, walaupun aku jauh nun di Terengganu dan CEO JM Mis Wan nun di Bangi Selangor, Tapi kami boleh sentiasa bersama dalam wassap. Juga selalu bertemu dalam setiap Seminar di Terengganu dan Pahang, menjadikan kami lebih rapat dan boleh bertukar2 cerita dan pengalaman. Yang best JM seorang yang peramah, suka gelak dan selalu tersenyum dan tidak mengenal penat lelah. Susah nak tengok JM menampakkan dirinya muram murung di depan kami semua. Senyuman yang energytic itu memperlihatkan JM sentiasa segar. Pernah tanya JM macam mana dia sentiasa bertenaga , JM jawab mintak dengan Allah.

Sepanjang bersama dengan Aura Rezeki aku rasa diri ini amat bertuah , Setiap Seminar yang aku atend dan tulis hajat dalam sampul surat. Sampul surat aku dapat dibaca oleh JM didepan hadirin dan diaaminnkan oleh peserta seminar dan mendapat Hadiah dari JM. Aku juga mendapat pemberian yang Istimewa dari JM untuk hadiri seminar IMKK Dr Azizan bersama-sama dengan JM dan suami serta Dr Fai. Aku Ditanggung sepenuhnya oleh JM. Aku dianugerahkan Trip Pelancungan ke Padang Bukit Tinggi bersama-sama JM dan Stokis-stokis. Pelancungan ini amat bermakna kerana ianya digabungkan dengan Elmu yang berharga ribu-ribu dari Dr Mir Hazil Azran yang ditanggung sepenuhnya oleh JMV Global Sdn. Bhd. Berkat kesabaran dan redha Allah memberi yang terbaik untuk aku. Semuanya aturan Allah yang maha Esa. Bergantunglah sepenuhnya pada Allah dan yakinlah apa yang kita nak tu pasti dapat. Kadang-kadang Allah bagi yang kita perlu bukan yang kita mintak.
.
Terima Kasih tidak terhingga pada
JMV GLOBAL SDN. BHD dan Jm Mis Wan atas sokongan yang diberikan kepada akak selama akak bersama Aura Rezeki. Akak doakan Aura Rezeki tetap Utuh Berdiri Tegak Sampai Bila-bila, aaminn.












.