Sunday 2 August 2015

Rezeki Menyebelahiku







JIWAI AURAMU


Sepanjang 4 bulan aku mandi garam Aura Rezeki ,aku merasa banyak perubahan pada diri aku. Selama itu jiwa aku tenang dan aku merasa keluarga kami amat bahgia sekali. Kami bertambah erat dan kasih sayang kami terserlah. Aku dan keluarga merasa hepi je, dan kami selalu bergurau senda malah ibu aku pun turut nampak kegirangannya dari raut wajahnya yang berseri-seri.

Alhamdulillah ibuku, adik, anak , mak saudara, sepupu telah pun mandi garam Aura Rezeki. Begitu juga dengan kawan-kawanku yang telah mandi dan sama-sama menjual garam Aura Rezeki, walaupun kami sebelum ni tidak kenal antara satu sama lain tetapi bila kami jumpa seolah-olah kami kenal dah lama. Jalinan ukhwah yang luar biasa dimana kami satu kepala seolah-olah kami tahu apa yang tersurat dan tersirat. Bila berjumpa terasa masa kami bersama amat pendek. Inilah yang dikatakan kekuatan minda yang positif, dimana apa yang diluahkan secara terus terang dan didoa bersama akhirnya yang dihajati tercapai dalam masa yang amat singkat.

Pertemuan kami memberi dan menerima ilmu yang masing-masing ada ilmu yang boleh kami share. Itulah yang untungnya kami menjadi Jemaah Aura Rezeki kerana dapat menimba ILMU Mudahnya Menjemput Rezeki dari CEO JM dan Penasihat WALID. kami diberi Ilmu melalui group, juga melalui perjumpaan dan seminar-seminar yang dianjurkan. Kami diberi tips-tips , ayat-ayat markerting dan tidak lupa mengingati antara kami untuk melakukan solat tahajud, taubat, hajat dan dhuha serta berdoa sama-sama untuk Jemaah Aura Rezeki.

Kami juga diasuh bagaimana untuk bersedekah dengan redha serta ikhlas. Kami ada group Sedekah Subuh dimana kami diajar untuk bersedekah sebanyak RM1 setiap hari selepas subuh selama 40 hari. Setelah cukup 40 hari masing-masing akan kira dan akan bank in ke Tabung Sedekah Subuh. Duit yang terkumpul kami akan agihkan kepada tempat-tempat yang amat memerlukan pertolongan kami seperti Rumah anak yatim, Rumah orang tua, Mangsa banjir, orang perseorangan yang memerlukan.

Aku sebelum ini hanya sedekah bila teringat, hari jumaat, atau mereka datang meminta sedekah , tapi kini hari-hari aku sedekah melalui sedekah subuh.  Aku boleh sedekah berapa banyak aku nak sedekah dalam tabung sedekah subuh janji aku betul-betul ikhlas. Apa yang diamalkan ini mengajar aku tidak sayang atau kedekut untuk bersedekah. Aku tidak akan memikirkan duit tak cukup dan sebagainya kerana kami diberi kesedaran tentang sedekah. Aku tahu bila sedekah banyak , allah akan memberi padaku lagi banyak. So pakat-pakatlah kita semua bersedekah.   Jangan merasa tak cukup atau miskin bila kita betsedekah.

Ini adalah salah seorangTestimoni dari group sedekah subuh, dari pengalamannya juga mengajar kami supaya istiqomah sedekah subuh dan sedekah RM yang  paling  besar anda ada. Contoh bila anda buka beg duit, anda dapati RM50 yang paling besar , so masukkan dalam tabung sedekah subuh RM50. Begitu juga dengan hari hari yang lain . Hasil dari apa yang dilakukan olehnya , beliau sentiasa ada duit dan tak pernah putus malah beliau dapat menyimpan sehingga 5 angka. Beliau juga menabung di rumah sebanyak 4 tabung lain, beliau tidak mengusik atau ambil duit dari tabung-tabung tersebut. Walhal sebelum ini tidak pernah dapat menyimpan duit dan juga menabung. Sekiranya menabung pun , tabung sentiasa tiada duit kerana digunakannya. Betapa besarnya nikmat allah pada kita yang sedekah subuh.

Begitu juga dengan aku sendiri dapat merasa keajaiban ini, dimana aku juga sentiasa ada duit dan tak pernah putus. Aku juga menabung sepertinya alhamdulillah aku juga tak pernah ambik duit dari tabungku. Aku juga mudah untuk memberi sedekah , dan tiada rasa sayang atau kedekut malah sudah menjadi perkara biasa.

Yang bestnya rezeki online aku amat mudah sekali, aku tak perlu nk update hari-hari status facebook. Ada je rezeki ku melalui blog-blog yang aku tulis. Dulu aku selalu iklankan dalam group untuk dapatkan customer tapi kini aku hanya update status sesekali dan update blog dengan testimoni-testimoni yang sebenar. Aku memang suka cerita kisah sebenar dalam blog-blog aku. Apa yang aku cerita adalah kebanyakan kisah diriku sendiri dan kisah-kisah customerku sendiri.

Aku banyak dapat customer-customer yang sudah dikenali dan sudah mempunyai pendapatan 5 angka setiap bulan. Puratanya mereka memang berniaga secara online dan offline. Banyak diantara mereka yang ada masalah kurang sale, malah ada juga yang tidak ada sale lansung seolah-olah ditutup dari pandangan customer-customer yang lalu lalang. Ada juga yang hadapi masalah diri yang malas dan letih lesu tidak bertenaga. Ada juga tidak boleh tidor malah badan-badan merasa sakit-sakit seluruh badan. Ada juga yang ada masalah keluarga dan asyik bertengkar je, namun begitu segala-galanya adalah dari Allah. Semua perjalanan harian kita sudah tertulis sejak azali lagi.

Jadi anda dan aku juga perlu berusaha untuk mencari jalan untuk menyembuhkan diri , keluarga dari apa-apa kesakitan yang dihadapi. Contoh apabila sakit kepala anda akan pergi klinik untuk dapat rawatan dari doktor, doktor akan cek dan sahkan penyakit anda serta memberi ubat panadol.,anda menelan ubat untuk sembuh dari sakit kepala dan yang menyembuhkannya adalah Allah. Panadol hanyalah asbab sahaja. Begitu juga dengan penyakit-penyakit lain anda perlu mencari dan berusaha untuk mengatasinya dan berserah pada Allah.

Setiap penyakit ada ubatnya, dan setiap dugaan dan ujian ada hikmahnya dimana Allah akan memberi yang lebih baik daripada apa yang anda ada. Allah ingin membersihkan segala kekotoran pada anda semoga apa yang salah dapat diperbetulkan dan hidup anda akan menjadi lebih tenang dan jiwa anda lebih kuat serta menghargai apa yang anda ada. Sentiasa bersyukur pada Allah dan sentiasa bersedekah kepada mereka yang amat memerlukan.

Garam bukit yang diturunkan Allah sebagai ubat , anda hanya perlu berusaha dan bertawakal kepadanya. Alhamdulillah customer aku selepas mandi garam  dan telah bersihkan dari kekotoran dan perkara negatif, rezeki datang tidak berhenti-henti malah ada yang tidak menang tangan . Namun begitu jangan leka dengan pemberiannya, mesti laksanakan tanggungjawab kepadanya serta orang sekeliling. Perlu diingat apa yang anda dapat sebenarnya ada juga bahagian orang lain. Jika diabaikan Allah tidak sesekali membiarkannya, malah Allah akan menarik dengan serta merta. Waktu itu menyesal tidak berguna lagi.

Apa yang aku katakan berlandaskan cerita benar dimana hamba allah ini diberi rezeki yang melimpah ruah dimana  jualan susu kambing meningkat hari demi hari. Allah beri apa yang diminta sebelum ini, beliau selalu mengerjakan tanggungjawabnya pada allah. Malah bangun malam untuk solat tahajud, solat taubat , solat hajat dan juga buat solat dhuha. Alhamdulillah Allah kabulkan permintaannya dengan memberi rezeki yang mencurah-curah sehingga dia lupa pada Allah. Duit yang banyaknya tidak sempat untuk dibilang malah dia tidor bersama-sama dengan duit disekelilingnya. Oleh kerana penat dan terlalu sibuknya sehingga tidak berpeluang untuk solat lima waktu, dan begitu asyik melayan customer-customer.

Dalam masa tiga bulan sahaja Allah telah menarik semuanya dan akhirnya baru dia menyesal dan berazam tidak akan buat bisnes sampai lupakan Allah, hanya buat bisnes santai-santai sahaja sudah cukup baginya. Alhamdulillah syukur kerana dia sempat sedar dan balik ke pangkal jalan . Sifat manusia yang tamak dan dihasut oleh syaitan yang keji amat sukar untuk menghindarinya.

Ayuh jadikan cerita aku ini sebagai iktibar dalam perjalanan hari-harian mu dimuka bumi Allah ini. Sebenarnya aku mengambil kisah ini sebagai pendorong untuk lebih dekat pada Allah. Aku juga yang dulunya buat solat malam, solat dhuha tetapi tidak istiqomah. Hasil dari penceritaan ini aku mula menyedari dan belajar memperbetulkan diriku sendiri dan aku merasa beruntung sekali kerana masih sempat sedar walaupun aku telah berusia.

Terima kasih Allah kerana aku berjumpa dengan produk garam Aura Rezeki dimana aku dapat membantu insan-insan diluar sana yang memerlukan pertolonganku.

Boleh hubungi saya Rohati Ramlee dengan whatsapp, call, sms  0105487126

Boleh juga layari page saya Garam Aura Rezeki

https://www.facebook.com/pages/Garam-Aura-Rezeki/432577316916720









No comments:

Post a Comment