Wednesday 12 August 2015

Tiba-tiba Dapat Call;








Bangun pagi macam biasa, setelah selesai tanggungjawab, aku pun ambil handfon untuk mendapat info-info dan teknik-teknik markerting dari group Aura Rezeki dan juga Sedekah Subuh. Dua group ini aku mesti baca dan copy patse mana-mana ilmu yang aku dapat disimpan supaya boleh dibaca semula dan update dalam facebook aku.

Satu whatsapp dari kawan baik, aku kira dia amat memerlukan pertolongan aku. Aku hulurkan bantuan yang seadanya, Sebenarnya bukan aku nak tunjuk yang aku ni baik sangat tapi bila mandi Garam Aura Rezeki , Allah memberi kekuatan padaku supaya aku menjadi orang yang mudah dibawa berunding, mudah kesian pada orang, mudah membantu sesiapa saja yang dalam kesusahan dan mudah untuk bersedekah seikhlas hati serta mudah mendoakan kebaikan untuk orang lain. Sesungguhnya apa yang kita beri itu , kita akan dapat lebih daripada itu dan bersyukurlah padanya Allah yang maha esa.

Sebenarnya ini adalah perjalanan kehidupan harian ku yang telah ditulis oleh Allah. Pukul 9.00 pagi aku dapat satu call dari seorang wanita yang juga seorang bisnes woman yang berjaya, tetapi line tidak berapa elok, aku tak dapat dengar dengan jelas. Aku call balik Maria dan dia menyuruh aku pergi interview untuk dapatkan tapak perniagaan pasar tani . Aku dapatkan butir-butir lokasi dan jabatan yang kelolakan interview tersebut. Sesungguhnya aku tidak memohon atau mengisi borang untuk mendapatkan tapak tersebut.

Subhanallah aku dikejutkan supaya aku pergi interview, namun begitu aku yakin ini semua Allah dah aturkan perjalanan hidup aku hari ini. Aku dengan positifnya terus bersiap-siap untuk ke lokasi yang diberitahu. Sebenarnya walaupun aku orang Terengganu tetapi aku banyak duduk di Penang dan last aku duduk di Kemaman, Untuk ke lokasi aku mengambil masa sedikit untuk sampai kerana terpaksa tanya orang , dan nama tempat yang diberi sedikit berlainan. Apa pun aku mengikut gerak hati dan ternampak signboard Jabatan Pembangunan Wanita, Aku kira inilah kot, dan tekaan ku tepat sekali.

Sampai di depan pintu aku terus membuka pintu , tapi aku tengok mereka sedang makan , ada jamuan Hari Raya. Aku cuba bertanya dan salah seorang pegawai menjawab dengan senyuman dan penuh sopan serta menunjuk ke arah tingkat atas . Aku rasa seperti dihormati dan dihargai. Sampai di tingkat atas aku juga dilayan sama juga sehinggalah aku berjumpa dengan orang yang aku cari iaitu Bossnya.

Disini aku dilayan baik oleh pegawai yang handle tentang tapak ini, diberi penerangan dan mohon maaf padaku kerana produkku tidak menepati kehendaknya. Tetapi dia berjanji akan hubungi balik untuk tapak yang bersangkutan dengan produk ku. Alhamdulillah aku telahpun memberi butir-butir peribadi, flyers dan namekad kepadanya. Bagi aku mesti ada yang tersembunyi disebalik apa yang terjadi pagi ini.

Semasa hendak keluar dari bilik puan Rokiah, aku bersalam dengan calon-calon lain yang sama-sama datang untuk interview tapak. Aku seperti biasa memberi flyers dan namecard dan cerita sikit-sikit kepadanya. Aku pun hairan kenapa aku tidak marah, tidak juga merasa hampa malah aku bertenaga
dan begitu yakin sekali dengan allah, semuanya adalah aturannya.

Disini sebenarnya ujian yang aku terima ini aku dapat menerima dengan redha, dan aku juga berfikir kenapa aku tidak marah-marah atau melenting, subhanallah aku cukup tenang sekali. Terima kasih Allah , Terima Kasih Allah.

Dapatkan Garam Aura Rezeki dengan Whatsapp 0105487126

Saya memohon tuan puan boleh like page saya dibawah. Tuan puan juga boleh layari page saya ini untuk dapat lebih info.

https://www.facebook.com/pages/Garam-Aura-Rezeki/432577316916720

No comments:

Post a Comment